Muka depan Harian Metro hari ini mengisahkan bagaimana empat anggota penguatkuasa imigresen dicekup JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) di sebuah pusat urut di Putrajaya di waktu umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di masjid yang terletak hanya 100 meter daripada rumah urut tersebut.
Menurut laporan, keempat-empatnya yang beragama Islam dan berumur di antara 25 hingga 30 tahun, di tahan pada jam 2.15 petang dalam keadaan 'menanti sesuatu' di rumah urut yang terkenal menawarkan urut batin dan juga seks.
Sewaktu kena cekup, tidak dipastikan sama ada mereka telahpun menerima "khidmat" atau sedang menunggu habuan. Yang pasti ialah mereka dihurungi cewek-cewek Indonesia yang menjadi tarikan urut di situ.
Keempat-empat terbabit memberi alasan sedang memantau pendatang asing tanpa izin di premis berkenaan. Tetapi alasan itu diragui pihak berkuasa yang curiga dengan kehadiran mereka, terutama kerana terdapat laporan bahawa pusat urut tersebut menjadi tempat umat Islam melampias nafsu sewaktu orang Islam lain menunaikan sembahyang Jumaat.
Seorang pegawai JAIS memberitahu Harian Metro bahawa keempat-empat penguatkuasa imigresen tersebut tersilap anggap bahawa JAIS tidak menjalankan pemantauan sewaktu solat Jumaat, jadi mereka menggunakan waktu dua jam itu untuk kegiatan maksiat.
"Sebenarnya pegawai wanita JAIS mengambilalih tugas memantau di waktu tersebut dan penguatkuasa lelaki membuat serbuan sebaik sahaja solat selesai."
Turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah seorang warganegara Indonesia yang sedang memberi 'urut ghairah' dalam keadaan bogel kepada seorang pelanggan, dan tidak sempat melarikan diri.
Hairan jugak;
1) macam mana rumah urut boleh beroperasi dekat benar dengan masjid? Huihh Putrajaya, kata tampok kerajaan; tak malu ka?
2) Mana pihak-pihak terbabit yang sepatutnya memantau keadaan dengan lebih tegas dan berterusan? Setakat occasional spot checks buat apa?
3) Kalau dah terbukti pusat-pusat urut ni bukan dok urut kaki saja, tapi urut punai dan juga lain-lain yang sewaktu dengannya sekali, kenapa tak dibatalkan aja lesennya? Kan ker tu dah menyalahgunakan lesen perniagaan?
4) Cewek-cewek Indonesia yang terbabit dikatakan hanya diberi kaunseling berkaitan kerja maksiat yang mereka lakukan. Isyy, takkan setakat kaunseling aja? Is that it? Hangpa ingat lepas dapat kaunseling depa balik kampung tanam padi ka? Kalau dah kerja uli 'benda tu' lumayan, mau depa nak tukar kerjaya...
5) Oh, satu lagi. Kalau umur baru 25-30 tahun dah meraban cari urut batin, kerat buang ajalah dik oii! 'Barang' bermutu rendah dan takder cop SIRIM tuh!
(You may want to read my past entry on "urut lunchtime special" here)