Saturday, June 19, 2010

Miskin Susah, Kaya Pun Susah

Setiap kali saya membaca tentang perebutan harta yang menyusul berikutan kematian seseorang Islam yang kaya, saya yang takder kena mengena dengan kes tersebut turut terkilan.

Apatah lagi kalau kekayaan yang menjadi rebutan itu banyak sekali, hingga beratus juta ringgit nilainya, perasaan sedih saya juga turut berlipat ganda.

Mungkin naluri saya terlalu sensitif kerana sudah berabad saya berdepan dengan berbagai kepincangan masyarakat melalui penglibatan saya dalam beberapa pertubuhan amal.

Nak sumbang duit saya bukan orang berada, yang saya mampu hanyalah menyumbang masa dan tenaga setakat yang terdaya.

Tulisan saya ini tidak memihak kepada sesiapa, jauh sekali menjadi kaypochee, yakni menyebok dan menjaga tepi kain orang. Ia sekadar nukilan hati seorang pemerhati yang ingin mengambil iktibar daripadanya.

Saya baca dan ulas sebagai peringatan kepada diri saya sendiri, supaya sentiasa sedar dan mensyukuri akan nikmat kurniaan Allah swt, dan supaya Allah jauhkan saya daripada perasaan tamak haloba.

Di dalam akhbar-akhbar utama hari ini membawa cerita tentang permohonan caveat yang dibuat oleh Syed Gamal bin Syed Kecik, anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Kecik Syed Muhammad Al-Bukhary berhubung harta pusaka berjumlah RM400 juta.

Sebagai wartawan pada tahun-tahun 70an dan 80an, saya masih ingat akan Tan Sri Syed Kecik Al-Bukhary kerana beliau adalah salah seorang usahawan Melayu yang berjaya, walaupun di akhir hayatnya perniagaan beliau agak merudum.

Bangunan pejabatnya terletak di Bangsar, tidak berapa jauh dari pejabat The New Straits Times di mana saya bertugas. Dan saya juga pernah meliputi satu dua 'assignments' berhubung dengan Allahyarham.

Berbalik kepada kes, permohonan difailkan oleh Syed Gamal terhadap ibu tirinya Puan Sri Sofiah Moo Abdullah @Moo Nyok Yin, 67, dan adik-adik perempuannya, Puan Sri Sharifah Zarah, 44, dan Sharifah Munira, 42, untuk menghalang mereka daripada menguruskan harta pusaka tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Syed Gamal adalah anak lelaki tunggal Allahyarham Syed Kecik dengan isteri pertamanya Zainab @ Eshah Abdullah. Difahamkan perkahwinan ini tidak kekal lama dan Syed Gamal dibesarkan oleh ibunya tanpa campurtangan bapanya.

Memetik laporan akhbar, kemelut perebutan harta pusaka keluarga ini bermula selepas kematian Allahyarham pada 10 April 2009 pada usia 80 tahun kerana sakit jantung.

Syed Gamal membuat permohonan caveat berikutan ibu tiri dan dua adik tiri pempuannya itu memfailkan petisyen pada 15 September 2009, memohon surat kuasa mentadbir harta tersebut.

Dalam petisyen tersebut mereka mendakwa Syed Kecik tidak meninggalkan wasiat dan dengan itu mereka memohon surat kuasa mentadbir diberikan kepada mereka sebagai isteri dan anak-anak yang sah di sisi undang-undang (seolah-olah Syed Gamal ni bukan legitimate heir pulak).

Susulan itu, pada 9 November 2009 syarikat Syed Kecik Holdings Sdn Bhd, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira memfail saman pemula bagi mengisytiharkan Syed Gamal tidak mempunyai hak atau kepentingan dalam aset syarikat tersebut sehingga pentadbiran dan pembahagian harta itu selesai.

Sebelum itu, pada 14 September 2009 Mahkamah Syariah memberi Syed Gamal ex-parte injunction yang menghalang ibu tiri dan kedua-dua adik tiri perempuannya menjual atau melupuskan haknya sebanyak 44%, menurut hukum syarie, dalam peninggalan itu.

Yang menariknya, peguam bagi pihak ibu tiri dan adik-adik tirinya, Datuk N. Vijay Kumar, memberitahu mahkamah bahawa Syed Gamal tidak layak menguruskan peninggalan tersebut "as he has total disregard of the Civil Law. (here)

Tambah peguam itu lagi: "He thinks the Syariah Court supersedes the Civil Law," hanya kerana Syed Gamal "is persistent with his case at the Syariah Court."

Selama ini saya beranggapan hukum Allah mengatasi segalanya bagi orang Islam dan dalam pembahagian harta orang Islam pula, hukum faraid itu digunapakai. Tidakkah begitu?

Berikutan perceraian seorang kenalan saya, beliau mahu memfail tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Sivil kerana judgement daripada Mahkamah Syariah memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Tetapi beliau dinasihati peguamnya supaya memfail di Mahkamah Syariah kerana menurut peguam, keputusan Mahkamah Syariah mengatasi Mahkamah Sivil dalam perihal ini.

Di sini, Datuk peguam yang bukan Islam ini berkata hukum pembahagian harta menurut Islam tak boleh diterimapakai kalau bertembung kes di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Jadi yang mana betul?

Walau bagaimanapun, dalam kes perebutan harta di atas, saya amat berharap common sense prevails di antara ketiga beradik dan balu Allahyarham.

Seharusnya dibawa berunding secara baik, terselindung daripada pengetahuan umum, kerana berebut harta pusaka sebegini mengaibkan. RM400 juta satu jumlah yang amat besar. Jadi, bermuafakatlah.

Menulis perihal ini mengingatkan saya kepada anak-anak di Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong (here) yang kian kehabisan beras. Ya Allah, bagai dihiris rasa hati ini...

22 comments:

Anonymous said...

Madam,

Saperti biasa.

When it comes to money, even a dead body rises.

Derebar

Kama At-Tarawis said...

Derebar - indeed. what a scary vision, literally.. hehehe

Ahmadi said...

salam Kak...
hukum yang ditetapkan Allah swt tak akan terbatal in whatever ways...

Iron Butterfly said...

yang paling seksa adalah arwah di sana sebab heirs berebut

Wan Sharif said...

Salam Puteri Kama,
I Love this...
"remains proudly Mek Tranu, to whom 'home' is quaint and laidback Dungun"

I hope to go back to Dungun for good..within 10 years insyaAllah..

Kama At-Tarawis said...

Ahmadi - w'salam dan terimakasih kerana mengunjungi blog saya. yang menyedihkan ialah bagaimana hukum syarie dan mahkamah syariah diperlekeh oleh sesetengah orang..

IB - seksaan yang ditanggung oleh roh inilah yang paling menyedihkan.

Wan - Tranu dulu kini dan selamanya!

Naz in Norway said...

Sedih bila dengar cerita begini. Saya rasa bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga dan keadaan yang sangat sederhana.

Unknown said...

ermmm....kesian~! kan kan kan...

Kama At-Tarawis said...

Naz -tu yang saya perturunkan kat sini, supaya kita sama-sama jadikan panduan hidup.

Pp - indeed, kesian kat roh yg terseksa.

Unknown said...

..beg to differ, lady..only the rich susah..yg miskin hidup senang, for only in our eyes do we perceived them susah...harta peninggalan arwah, selagi tidak diselesaikan selagi itulah menyeksa rohnya..and at this point in time, no one cares anymore about the dead..bagi yang miskin, death is peace..no harta to quarrel about or to fight for...what little is left is used to settled the burial..Rumah Limpahan Kasih yg tidak berlimpah dengan beras?..sikaya akan diadili esok..tentang hartanya..dan bagaimana ianya dibelanjakan..dsbnya..at this point in time, I am happy to be poor..terlalu berat ujian kekayaan/harta....

Kama At-Tarawis said...

pakmat - Ya Allah how true your words. Tak Kena gaya, harta yang banyak ni membebankan kita diakhirat.

hazeleyed lady said...

Ass-Salam sis
...kaya atau miskin sama aje bila bab berebut harta pusaka...bezanya jumlah riburibu or jutajuta...selagi ianya manusia tamak...
Ia berlaku depan mata saya sendiri

DrSam said...

salam Kak Putri. Mendengar cerita perebutan harta yang melimpah ruah ni seperti melihat siri-siri drama TV yang selalu dipertontonkan pula. Saya membacanya dengan keinsafan dan menjadi teladan disebalik kesusahan yang dialami dilain pihak. Hubbu dunia tiada akan kesudahannya, yang kekal hanya amalan baik sebagai bekalan.

Terimakasih di atas perkongsian.

لف توف™ said...

Islam apanya kalau tak tau farait tu pedia? Balik to basic laaa. Ini kes nak masuk temolok sendiri semuanya. Sapa sapa kena bagi kelas tuition kat adik beradik dia yg asai cha ya nun alif tu bab bédak harta pusaka. Nampak reta banyak, gelap mata!

Loyer sekoq tu ckp through his kpala lutut. Nanti ditutupnya rejeki baru tau.

mamasita said...

Unless the stepmother and his stepsisters nak claim they are non Muslims, whats due to this man should be enforced! Immediately!

Anonymous said...

Madam

Yet again this post remind me of the
weaknesses in the power of the civil court and the syariah court.
There is really need an urgent look
by those concerned for an effective
implementation of the syariah laws.

Anonymous said...

Kak

Puan Sri Sharifah Zarah ni(one of the daughters) isteri Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary ke?

Kalau gitu I terasa sedih lagi cause as it is she's already rich!

D said...

Hmm... I hate it when people fight over money! (esp when you never earned it in the first place: inheritance, that is). To me, kalau dapat - baguslah, Alhamdulillah... Kalau tak (sebab hak orang lain; faraid, etc), redha je lah. No matter how unfair some things are, hak tetap hak, kan? I've seen adopted children claiming harta pusaka dengan angkuh sekali, it embarrasses me! Betul kata Pak Mat, lagi senang tak berduit...

Kama At-Tarawis said...

Hazel - Kama pun pernah come across orang berebut harta pusaka nih. betul like you said, tamak ni tak tunggu miskin kaya. some people cepat gelap mata.

Dr Sam - it's story like this yang patut kita hayati supaya kita sentiasa tak lupa that we owe everything to Allah. Takder apa yang kita punya.

Lap - i wonder jugak kenapa pi civil court and pakai non-muslim lawyer? awat tak pi syariah court and pakai peguam islam? bab-bab pembahagian harta pusaka patut ikut hukum la kan?

Mamasita - non-muslim mana buleh claim harta pesaka orang islam mamasita oi..lol..

Anon 8.36 - and the situation is made even messier, i think, dengan non-muslim lawyers dok buat permohonan kat high court to force syariah court to allow them to argue syariah cases in syariah court.

Anon 8.46 - the answer is yes.. :(

D - the key word is redha. like you said, hak tetap hak. Allah dah tentukan macam tu, buat apa kita nak pertikai. HE knows best.

Matt Kopikarat said...

Salam..kes begini tidak akan adaer kesudahannya, kalau berakhir pun hubungan silaturahim sudah tiada lagi. Ingatlah orang-orang yang memutuskan silaturahim tidak akan masuk syurga. Tepuk dada tanya selera.

Deen

Kama At-Tarawis said...

Deen - betul tuh.takut bila difikirkan tentang putus silaturrahim ni.. tak masuk syurga tu balasan yang amat berat sekali.. mintak Allah swt jauhi perasaan macam ni..

Anonymous said...

Puan Sri Sofiah tu asal usulnya CINA... Apa dia tau hukum ISLAM. Yang dia tau RM....sahaja. Sebab tu beliau bawa ke mahkamah Civil dan memperkecilkan mahkamah Syariah