Bacalah Al-Quran
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda: "Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang amat kacak di bahagian kepalanya.
Dan bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian dan semua orang pulang ke rumah, datanglah dua malaikat Mungkar dan Nangkir.
Mereka cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.
"Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nangkir, kamu tidak akan bersedih."
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda: "Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."
@@@@@@@@@@@@@@@@
Solat Subuh di Masjid
Seorang pemuda bangun di pagi yang hening untuk bersolat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Setelah hampir tiba, dia terjatuh dan pakaiannya kotor.
Lantas dia bangkit dan pulang ke rumah menggantikan baju, berwudhu dan berjalan kembali menuju masjid. Dalam perjalanan kembali ini dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Sekali lagi dia bangkit, kembali ke rumah menggantikan baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Apabila ditanya siapa beliau, si pemegang lampu menjawab: "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Setelah tiba, pemuda tersebut mengajak lelaki pembawa lampu untuk bersolat subuh bersamanya, tetapi lelaki itu menolak.
Pemuda itu mengajak lagi, dan ditolak lagi ajakan itu. Lantas pemuda itu bertanya kenapa menolak untuk masuk dan solat. Maka lelaki tersebut menjawab: "Aku adalah Iblis."
Pemuda itu amat terkejut dengan jawapan lelaki itu. Iblis kemudian menjelaskan: "Aku melihat kamu berjalan ke masjid, lantas aku buat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa mu.
"Aku membuatmu jatuh kedua kalinya, tetapi itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah. Kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana itu Allah memaafkan semua dosa seluruh anggota keluarga mu.
"Aku khuatir jika aku membuat kamu jatuh buat kali ketiga, Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desa mu, jadi aku harus memastikan supaya kamu sampai di masjid dengan selamat."
Kesimpulan
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan, karena kamu tidak tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut.
9 comments:
Thanks for sharing Kak Puteri. Sungguh lah besarnya pahala membaca Al Quran itu. No more excuses - gotta start NOW.
I do neither. How pathetic.
Derebar
tersentuh...
tq kak puteri.
~seri~
Kay & Derebar - I am guilty of same. It's time for change..
Seri - Saya jugak. Dan sedih kerana selama ini sambil lewa..
like the young man on his way to the mosque, I'm stumbling, falling and picking myself up in my quest to learn arabic and read the Qur'an regularly ...
Hi Kama At-Tarawis, I love your name....first time see one like this. Very nice.
Was at your other blog, only one sentence?
Love your sense of humour, i.e. 'Resident nag', ha ha ha.
But minta ma'af bahasa saya sebelum Merdeka...it's out of tune now if comment in bahasa takut silap get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, kan? Ha ha. Just kidding.
You have a pleasant weekend and keep a song in your heart.
Best regards. Lee.
Baiti - I'm with you there..
Uncle Lee - What a pleasant surprise! Thank you for visiting. Tarawis is my clan name. Our folks originated from Pagar Ruyung, a province in Sumatra. The first Tarawis came to Malacca, and onwards to Perak where we flourish till today, in the late 1500.
sejuk dan damai di dalam hati membaca entry Puteri Kama ni...ameeen, semoga kita berada di dalam golongan mendapat petunjuk dan Nur keimanan.
Pak Pin - Ameen, ameen..
Post a Comment