Friday, March 11, 2011

Mini Tazkirah - Renungan Jumaat

[Petikan daripada himpunan ceramah Ustaz Dato' Ismail Kamus]

Puasa sunat vs kenduri
Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sangat nak bukak puasa; kononnya nak dapat pahala puasa penuh.

Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih utama untuk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut, kerana memperkenankan jemputan itu adalah lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih, takkan tak nak?

Islam itu syumul
Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja; hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam, contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu syumul (menyeluruh).

Bertarhim
Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar, kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur!

Kena ambilkira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yang tidur semula selepas bangun tahajjud dan sebagainya. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yang sedang tidur itu. Inikan pulak sekampung..

Kalau nak bertarhim kuat2 pun, agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah, tak payah lama2. Sempat la orang nak bangun bersiap2 untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yg baca ni, sila ambil perhatian.

Makan/tidur vs solat
Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang, tapi dengan syarat masih di awal waktu lah.

Takbiratul ihram
Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak.

Itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul iham. Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca.

Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua, takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal.

Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal, melainkan anda melakukan takbir kali ketiga. Jadi kesimpulannya, tegaskan hati ketika takbir, seelok-eloknya dapat pada takbir pertama dan jangan peduli dengan bisikan syaitan..

Hamdan?
Terdapat segelintir imam yang apabila berdoa selepas solat memulakan doa dengan “Hamdan hamidin“, “Hamdan zakirin“ atau “Hamdansyakirin“.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu Bahasa Arabnya salah.

Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yang sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin“, “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin“. (p/s: huruf z adalahhuruf zal).

Betulkan cara solat
Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut, dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja).

Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan ketika sujud. Tak sah solat kalau macam tu.

Lagi satu yang selalu perhatikan, ketika sujud sebelum tahyat akhir, ada yang dah standby siap2 silangkan kaki seperti tak sabar2 hendak duduk tahyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Berjaga2, jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh macam ini menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

Hantar kuih ke rumah jiran
Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran. Memang bagus sekali, tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke jiran sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas itu rezeki lah.

Ringkaskan jika perlu
Apabila kita bersolat di tempat yang ruangnya terhad tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus ajelah bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat.

Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la; sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat. Lebih2 lagi kalau waktu maghrib, sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang macam ni.

Naik haji
Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita, tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Guna duit tu untuk bantu saudara kita. Itu yang dituntut dalam Islam.

Solat sunat vs tetamu
Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang bertandang, kita kena tangguhkan sembahyang tu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih utama. Contohnya; apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah tiba2 ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.

Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar, walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi. Tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor boleh, kerana ini pernah dibuat sendiri oleh Nabi Muhammad (saw). Tapi itu pun jika ada hal yang tak dapat dielakkan. Kalau saja2 nak qada tak boleh.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Dahulukan yang lebih utama. Jika kita gagal berbuat demikian boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula. Renungkanlah..

16 comments:

Naz said...

Salam Jumaat, Kak Puteri.

Thanks for this post.
Indahnya Islam :)

Kama At-Tarawis said...

You brought tears to my eyes so early in the morning Naz. Yup, indahnya Islam :-)

an0nymous-ign0ranus said...

it is so simple, but people in general make it so hard.

Anonymous said...

Pandai you tulis this kind of posting..thanks Puteri.
You never ceased to amaze me..

Anonymous said...

Salams Kak,
Ada oreng tu,duit belambak tapi Mekah
tak p pong.Mashallah,i doakan ia d berkati Allah.Si polan tu dah d semadikan.TQ for the post

wawa

Anonymous said...

Very tepat. Terima Kaseh.

Derebar

Wan Sharif said...

Alhamdulillah kekadang kita dapat sesuatu yang sangat indah dan perlu untuk di baca dan diamalkan..

Kama At-Tarawis said...

a-i: biasala tu.. Islam is not complicated, macam-macam leeway Allah bagi. yang menyusahkan benda senang ialah pengamal tu sendiri..

anon - saya tukang sampaikan aja.. syukran kepada kawan2 yg tak jemu2 hantar islamic pointers macam ni kepada saya yg still very jahil..

wawa - amin to yr doa. semuanya bergantung pada DIA. kalau tak diizinNYA, duit banyak manapun tak jugak sampai ke sana. kita panjangkan kesyukuran sebab kita dah diberi peluang ke sana, sama ada untuk umrah maupun haji.

drebar - nice to see you actively commenting again pakji.. :-D

ayohwang - tepat sekali..

mamasita said...

Anon 9.05 tu I..macam mana boleh tertekan butang anon..hehe..thanks!

Kama At-Tarawis said...

laaa huda.. hehehe...:D

Aisanda said...

salam kak, terima kasih banyak2 atas artikel ini. Moga ia menjadi ilmu yang terus di manafaatkan secara berterusan.

Anonymous said...

islam memang mudah tapi jangan ambil mudah...

~seri~

HHalem said...

Ingat mengingati sesama insan.

Minta permisi untuk copy, bila2 sesuai:-)

Kama At-Tarawis said...

aisanda - w'salam dear. the pleasure is all mine :D

seri - betul sesangat apayg seir kata.

halem - silakan. saya pun cilok kat e-mail... hehehe

Al-Manar said...

Hjjh,

It is a good thing to keep reminding one another some of these simple principles from time time.

Kama At-Tarawis said...

indeed pak, kekadang benda2 yg 'simple' macam ni yg terlepas pandang..