Monday, March 7, 2011

Chow Xiao Wei - The Kitten Killer


Memang lidah tak bertulang. Betapa senangnya mengeluarkan kata-kata berbaur 'regret'. Entah ya entah tidak segala penyesalan. Pada aku, hanya wayang semata-mata. Engkau tak deserve pun benefit of the doubt.

Mungkin sebab dah terbongkar identiti, takut lumat dikerjakan dek orang sekeliling, terpaksa cepat-cepat mintak maaf. Kalau diikutkan hati, mau aku jejak dan sedekahkan buku lima.

Sorry, I don't buy all these crap about being depressed over parental divorce and such. Kalau nak cari alasan, semua jadi. Yang sebenarnya, betina ni emotionally senget. Takder control langsung.

Anak-anak aku pun depressed jugak waktu mak bapak dia orang bercerai dulu; tapi takder la pulak sampai pergi kerjakan anak-anak kucing yang tak berdosa; pukul, tendang terajang dan pijak sampai mati!



http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/7/nation/8203557&sec=nation

It's about time the Animals Act 1953 dipinda. Akta ni lebih tua dari aku. Bayangkan, if found guilty of abusing the kittens, she faces either a fine of RM200, six months in prison or both.

RM200 jer? Bayar saman ekor pun lebih dari tu. Enam bulan merengkok dalam penjara pun, kalau dikira dari date of arrest, tolak sana tolak sini, entah berapa hari aja kena sumbat kat dalam.

Even kalau kena kedua-duanya sekali pun, masih amat ringan. Bagaimana kalau kita punish dia macam mana dia balun kucing-kucing tu...tibai dengan payung, pijak keronyok dan yang sewaktu dengannya.. hah, baru adil...

Hisyyy, pagi-pagi hari dah sakit jiwa dibuatnya..

19 comments:

HHalem said...

WoooW
garang nampak pagi ni:-)

Kama At-Tarawis said...

halem - geramlah.. i love animals, tak kira kucing ka, anjing ka.. kalau binatang sakit kita yg terasa.. ni dipukul dipijak sampai mati.. apa punya manusia..

Anonymous said...

Yes, K kama , please start campaign. RM200 untuk seksa kucing tak bersalah? ramai lagi anak orang bercerai tak de plak nak lunyaikan kucing. Aku pun suka kucing , kucing stray pun aku kasi makan dan hantar vet belanja sendiri. Ni kan plak si sewel ni nak pi henyak kucing. Naik kan saman ke rm5000 dan kalu tak bayar , masuk jel dan hantar rumah sakit mental untuk terapi psaikologist. Kalu biarkan ni la muka yang akan bunuh orang satu hari.

Kak Ezza@makcik blogger said...

Kalau akak pergi bagi penampar ke buku lima ke, cakap jer kak..saya pun nak ikut...nak gak bagi sedas dua kat dia...
Saya ni bukan saja kucing, anjing pun saya kesian..itu binatang bukan nya ada akal pun..
Saya pin ada kenal sorang tu..sembahyang tak tinggal, kalau berjalan ngan dia asyik cakap pasal dosa pahala...tapi lakau nampak kucing..terus perambat dengan kayu...baling ngan batu atau siap maki hamun lagi....
macam ni ke orang yang nak masuk syurga...entah laa

Brain Damaged said...

Pootz in Boots, you're a retard. All Malaysians are fighting to get her prosecuted properly. You think "chinese" don't have love for animals? You fucking UMNO racist.

Cat-in-Sydney said...

Bagaimana kalau kita punish dia macam mana dia balun kucing-kucing tu...tibai dengan payung, pijak keronyok dan yang sewaktu dengannya.. hah, baru adil...

Aunty Puteri, I totally agree with the above sentence. Measure for measure, eh! Remember, cats (mine lah!) don't forgive and forget. Oooh...can't wait for the day when cats rule the world. har har har *angry laughs*

Wan Sharif said...

mari kita gi wi nappar laju sedas dua!

Kama At-Tarawis said...

Poots - even though this is an open forum, what you had just said is terribly unkind dan tak kena pada tempat, so I am deleting it.

BD - you dont hv to agree with Pootz - i certainly dont and I had just farmed out some strays to a wonderful young chinese couple, not to mention my adopted son is chinese - but you dont have to bring Umno into it ya..

Anonymous said...

benci-benci-benci....hantar kat Hospital Mental..dia ni memang mental, hati kering

Kama At-Tarawis said...

to me, kalau yg sebangsa seagama yg buat macam ni, i balun secukup rasa jugak. bab abuse, tak kira spousal ker, animal ker, children ker.. memang takder ampun. lebih2 lagi kalau orang islam.. dimana keislaman yang Allah tuntut kalau hidup takder peri kemanusiaan..

Bingai @ Bangang said...

kalau aku naik angin dan mula menengking kat kucing, anak aku dulu yang melompat selamatkan kucing tu.
Masaalah mangkuk ayun ni ialah mengawal perasaan dia sendiri bukan masaalah ibubapanya. kalau TEKANAN lain dia rela terima, mengapa tekanan seperti ini menjadi alasan?

Aku Memang Bingai
http://tendangterajang.blogspot.com/2011/03/prk-kerdau-merlimau-kemenangan-yang.html

HHalem said...

Brain Damaged, your nick really befitted your moronic view.

What UMNO got to do with the cat?
U r the kind of people who would give yr racist views initially, then you would dubbed people racist when slendering words are thrown at you.

Go set up yr 2 book-log proper, goodness me, then we can throw slender at each other, not here.

Or better still go take a long walk on a short pier.

Frm HHalem

mamasita said...

I nak nangis..

zaitgha said...

Betul Kak Puteri, senang ajer dia minta maaf....i tgk video tuh i rasa nak jer pergi Kembangan and wallop her with the payung and henyak dia dgn my big foot nih....geram betul.....

Ayu said...

ulat daun pisang pun tak sampai hati nak kuis, inikan pulak haiwan kesayangan hampir sebahagian umat manusia di dunia ini....sigh! Yes, kak Puteri, memang patut dia kena luku!

Anonymous said...

Kalau betullah pembunuh anak kucing ini tertekan disebabkan tidak dapat menerima penceraian di pihak kedua ibu dan bapanya maka dia layak diberikan simpati.

Tetapi kalau anak kucing (golongan yang sama taraf dengan dia) dianiaya sebagai melepaskan geram terhadap ibu/bapa sendiri maka tindakan seumpama ini langsung tidak dapat diterima oleh akal yang rasional.

Kalaulah amoi ini membunuh ibu/bapa kucing kerana ada kemungkinan ibu/bapa kucing telah menindas anak-anaknya (anak kucing) mungkin tindakan itu boleh dianggap ada justifikasinya yakni masuk juka dek akal kalau dikaitkan dengan tekanan yang dia (amoi) hadapi.

Kalaulah anak kucing dibunuh kerana si ibu/bapa kucing menganggu dirinya makanya perbuatan itu boleh disamakan dengan 'pukul anak sindir menantu' dan ini juga tidak ada ampun dan maaf yang layak diberikan kepada pelakunya.

Kalau itulah kebenarannya (pukul anak kucing sindir orang tua sendiri) maka sahlah amoi ini masih waras kerana hanya orang yang waras saja yang faham makna sindiran dan mampu menyindir orang lain di sekelilingnya.

kah-kah-kah

Kama At-Tarawis said...

anon 12.05 - i dengar dah ada ura2 nak pinda akta .. tapi kita ni selalu reactive, tak proactive langsung.. dah jadi baru terkial2 nak cari remedy..

ezza - saya pun ada kenal yg macam tu, zah. solat tak tinggal tapi kalau kucing masuk dekat, dipelangkungnya..

cat - nanti i bawak you tolong cakar ekk? hehehe

wan - ambe nok bagi bukan sedas, 4-5 skali..

BB - betul tu.. dia tak reti kawal perasaan..

Halem - tula dia.. tak pasal2 diheretnya politik pulak.. haissyy..

huda, zai, ayu - kita yg sayang kucing ni memang terasa sangat..

anon 3.49 - kak kama ingat dia ni ada sadistic streak..

Anonymous said...

memang sial perempuan ni..apa pun alasan. makhluk lain jangan disakiti

Gurindam Jiwa said...

Lebih kurang macam hukuman khalwat/zina. Sape² pun boleh bayar.