Semalam entah kenapa saya terpanggil untuk menurunkan satu artikel berunsur tazkirah yang sudah kian lama tersimpan, yang membicarakan ungkapan innalillahi wa'inna ilaihirrajioun.
Gerak hati yang tersirat kini tersurat sudah, kerana beberapa jam selepas berbuat demikian, menyusul berita pemergian rakan blogger Yang Gambi menemui Allah Yang Maha Esa.
Allahyarham YG, nama sebenar Abdul Aziz Baharom, 56, meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, jam 11 Rabu malam akibat jangkitan kuman di paru-paru. Inna lillahi wa'inna ilaihirrajioun.
Saya tidak mengenalinya secara langsung dan berinteraksi hanya setakat melalui laman blog masing-masing, tetapi keakraban anak jati Felda ini amat terasa.
Pemergiannya mengguris hati saya; terasa seolah-olah kehilangan seorang ahli keluarga. Mungkin kerana perjuangan kami ke arah yang sama, demi agama, bangsa dan negara.
Begitulah perancanaan Allah Subhanahu Wata'ala... tidak lewat walau sedetik. Semoga roh allahyarham Abdul Aziz dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh para solihin. Al-Fatihah.

4 comments:
Kama,
Inna lillahi wa'inna ilaihirrajioun.
Al fathihah,
Inna lillahiwa'innailaihirraji'un.
AlFatihah.
Untuk bersama mengucap takziah. DIA saja yang tahu bila sampai masanya.
Post a Comment