Thursday, January 27, 2011

Pahala Free


Semalam saya dapat pahala free. Dalam saya dok diam-diam belek kuku, garu telinga dan cungkil gigi, tak ganggu sesiapa pun, ada jugak insan yang sudi sedekah pahala. Terima kasih ajalah.

Ini semua gara-gara menulis ikut perasaan. Emosi yang tak dibendung, kata orang. Hentam dulu, pikir kemudian. Penyudahnya kebodohan sendiri yang terserlah. Apa punya singkat otak daa...

Pada awalnya hati saya agak keberatan nak menyingkap kembali the unfortunate incident (read here) yang melibatkan saya dan keluarga dengan sebuah restoran Melayu di Taman Tun Dr Ismail ini.

Bagi saya, kisah itu sudah berlalu. Dah ada penutupnya pun. Saya dah buat yang terbaik pada tanggapan saya (read here). Tapi bila saya dihina dengan kata-kata kesat seperti di bawah, berderau juga darah.

Anonymous said...

http://www.friedchillies.com/index.php/site/detail/dcengkih/

Pendengki macam orang DAP. Berlagak Islamik dan pro-Umno tapi nak jatuhkan bisnes orang Melayu sendiri. Kau patut duduk Penang tolong Lim Guan Eng halau peniaga-peniaga Melayu. Bila Melayu buat silap sikit, terus nak kritik. Bila mamak charge mahal, tak senyum, makanan lambat sampai, kau ok je. Bila Melayu terus nampak. Hati busuklah kau ni. Aku bukan owner restoran, aku adalah orang yang benci Melayu dengki kat Melayu. Aku berani junjung Quran. Kau mana berani kan? Kau ni macam Anwar lah perangai.

January 25, 2011 8:14 PM

Komen ini muncul dalam ruang komen posting saya yang bertajuk Money, Money, Money (read here).

Saya pun ingin jugak nak tau; yang saya nak berdengki dengan pengusaha restoran Melayu tu kenapa? Owner kedai tu pun saya tak kenal. Lagipun, saya bukan tuan punya restoran, bukan berniaga makanan, bukan pesaing.

Malah, kalau kena gayanya dulu, mungkin saya dan suami dah jadi regular customers kat situ memandangkan kami lebih banyak makan di kedai daripada makan di rumah, sebab kami hanya berdua, jadi masak tak berbaloi.

Andainya khidmat yang diberi itu baik, makanan sedap dan harga berpatutan, sudah tentu kami paling kerap mengulangi kedai tersebut, sebagaimana kami dok ulang Santai, Ismail, Doli, Quali, Puteri, Wak Chai, Dapur Mas, Homst, Muhibbah, Salero Nogori, Jaseema, Paandi, .99 dan lain-lain.

Itu hakikatnya. Jangan lupa, di TTDI ni pilihan cukup banyak. Baru tadi kami mencuba Nasi Padang di Restoran Bagindo yang baru dibuka 8 hari lalu. Dua tiga pintu sebelum Bagindo ada lagi eatery baru, Ruz Aladdin @TTDI, yang berniaga biryani gam Johor.

Kata Kak Anon 8.14 lagi: "Bila Melayu buat silap sikit, terus nak kritik. Bila mamak charge mahal, tak senyum, makanan lambat sampai, kau ok je. Bila Melayu terus nampak. Hati busuklah kau ni."

Yang ni saya nak jawab: kami tunggu SATU JAM. Satu jam tu lama! Bukan 15 minit, bukan 20 minit, bukan setengah jam, bukan 45 minit. SATU JAM! Kami ada hak tegur sebab kami customer, yang nak makan berbayar, bukan nak makan free.

Sepertimana yang saya tulis dalam posting asal saya, bukan kami sekeluarga aja yang walkout, terdapat beberapa orang office workers yang juga angkat kaki sebab tidak dilayani.

Lunch hour mereka terhad, dari jam 1 hingga 2. Tentunya mereka mencari pilihan lain. Kedua-dua anak saya juga kembali ke pejabat lewat setengah jam kerana debacle ini.

Dah la makanan tak nampak kelibat sampai sudah, bila ditanya kena herdik pulak. Service macam ni tak boleh ditegur? Kalau tak boleh terima teguran membina, baik toksah berniaga.

Orang tegur untuk kebaikan, supaya apa yang terkurang dapat diperbaiki. Kalau tegur kena bantai balik, terer la lu berniaga, kawan!

Untuk pengetahuan Kak Anon 8.14, saya tak pernah pilih bulu. Mamak ker, Cina kopitiam ker, makcik warung tomyam ker, kalau tak betul memang saya tegur. Saya bukan jenis suffer in silence. Jadi jangan memandai-mandai buat andaian sendiri.

Hah, yang ni kita masuk bab kelakar tak terampun. Tergelak besar saya baca sebab tahap bingainya mencakar awan. "Aku berani junjung Quran. Kau mana berani kan? Kau ni macam Anwar lah perangai."

Junjung Quran untuk apa ni? Untuk mengesahkan pada dunia (atau sekurang-kurangnya kepada penduduk TTDI) yang restoran tu bagus?

Di sini saya nak sahkan, nak ulangi - tak perlu junjung Quran pun - bahawa restoran itu sudah berubah. Presentation dan servicenya dah lama improved. Jauh lebih baik daripada masa saya pergi kali pertama dulu (yang baik tetap saya kata baik).

Junjung Quran untuk mengesahkan kami sekeluarga termangu-mangu tunggu makanan tak sampai hingga SATU JAM dan bila ditanya kena herdik? Tang tu sangguplah, sebab ianya benar.

Dah la gitu, tak pasal diheretnya nama anak Pak Brahim sekali dalam tirade dia. Isy, apa punya dangkal. Apa kena mengena si Nuar tu dengan this silly little spat? Takder relevance langsung!

Jadi hingga di sinilah al-kisah saya dengan kedai tersebut. Lepas ni, mintak-mintak janganlah melatah lagi. Saya dah komen dan saya dah redeem; cukuplah kan. Bawak mengucap ya Kak?

17 comments:

MELAYURAYADAILY said...

Pelanggan adalah raja dalam bisnes. Kerana seorang peniaga harus menghargai pelanggan. Disebabkan pelanggan seseorang usahawan itu berjaya dalam bisnes. Peniaga yang tidak memberi layanan yang baik kepada pelanggan dan tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan nescaya bungkus. tq

Pi Bani said...

Apasal yang selalu bagi komen macam tu tak berani nak letak nama? Asyik lah remain anonymous untuk mengelak dikenali... kata berani junjung Quran, letak nama tak pulak berani...

Kama At-Tarawis said...

MRD - betul tu..

Pi - hehehe biasalah kan? baling batu sembunyi tangan.. :D

HHalem said...

WoooooW,

when women got angry,
better run far far far away.

Mana ada batu nyer...x der batu ler tuu.:-)

Nowdays we don't use batu, we use mouse.:-)

Kama At-Tarawis said...

halem: hehehe.. betui.. words in cyberspace ada power :D

Cat-from-Sydney said...

Aunty Pi,
Bukan ke dulu dah salam-salam and karaoke lagi...ada yang marah lagi ke? Pendendam betullah. Nanti kita hantar satu batallion kucing baru tau! Sabor ajelah dengan orang macam ni kan? Baik-baik nak junjung Quran tu, nanti sumpah makan diri baru tahu. Setakat junjung je tp tak baca dan menghayati, buat habis beras je. purrr....meow!

psst...panjang pulak kucing ni bebel, erk?

Anonymous said...

Madam,

U forgot to mention your other pit stop - the culinary selections in the Royal Lake Club.

Got karaoke some more.

Derebar

kay_leeda said...

When I saw & read Anon's comments kat blog you hari tu, macam pelik gak. Apasal old story ni dia ungkit lagi. Tak de keje eh??

Pls lah kepada Anon tu, byk lagi benda lain yg more important nak buat. Kalu tak tau nak buat apa. hah pi susun Quran kat masjid pun okay. Dapat gak pahala hari-hari Jumaat nih!!

AuntieYan said...

Salam Kak Puteri,

Indeed you dah dapat pahala free
Hairan ye??...apa pasal dia nak marah sangat? Kita ni kalau boleh memang nak sangat tengok orang kita maju ke depan...dah kalau tak elok patut di tegur untuk kebaikan. Saya pun ada beberapa incidents macam ni. ni saya nak pi blogkan.

لف توف™ said...

Kpd Mak Enon & Ma Cage.
Jangan begadoh.
Hangpa mai Kola Kedah pekena lunch kat Restoren RM2.00.
Sepinggan nasi + lauk + sayoq + sarbat segelaih baru RM2.00... coooool kan¿

HHalem said...

Lap Top,

Betui ka hang dok cakap ni.

Aku tak pernah jumpa pun kat Kola.
Kedai tu dok cerok mana?
Jauh dak dgn Oasis?
lepas titi kola tu ka?

Balik Raya cina ni aku nak pi, endap-endap tengok.
Hang dok tang mana?

Frm HHalem

mekyam said...

alamak, luka lama ni masih tak baik2 lagi ke? ni kena bagi tip kat anon: jangan dok kutis, nanti jadi kudis! ;D

Aishah said...

Sekarang saya rasa bukan hanya tak mudah mencari restoran yang bagus, tapi yang halal pun agak susah. Kalau kita ke mall-mall baru yang canggih-canggih, nak jumpa yang halal mungkin satu dalam 15. Ada kala tak ada langsung, kira balik perut kosong, beli-belah kat tingkap jer;)

Kama At-Tarawis said...

thanks for your comments folks.

aishah - too true, sebab tu seboleh-bolehnya saya dan pak abu pi makan kat kedai yg diusahakan oleh orang islam (meaning kedai melayu, kecuali 'Homst' yg dikendalikan oleh cina islam dan menghidangkan chinese muslim food). at least kehalalan terjamin kalau pi makan kat kedai orang islam.

Anonymous said...

bab "junjung qurán" tu buat saya tergelak. ini perbuatan pseudo-Islamik aka "alim kampungan".

nabi kita ajar bersumpah dgn nama Allah, bukan dgn qurán.

anyhow, qurán itu bukan "buku" (physical book), tapi bacaan (recitation). kalau gunakan the physical volume untuk acara sumpah menyumpah, mcm nampak benar ignorance...

Maaf ya kak kama

Jasmani, Singapura

Kama At-Tarawis said...

betul sesangat jas apa yang you katakan..

CouponHouz said...

Hi Guys, let's grab this Deal at CouponHouz before it's too late :D

The Real Nasi Padang Dinner Promotion