Friday, September 24, 2010

Buat Baik Berpada-pada...

Bercelaru betul otak segelintir manusia pendek akal yang bertindak melulu di Indonesia akhir-akhir ini.

Pada hemat saya, mereka yang menggelar diri mereka BENDERA ini telah berjaya menjatuhkan maruah orang Indonesia itu sendiri dengan kebiadaban mereka.

Memijak, meludah dan membakar bendera Malaysia, membaling najis ke kedutaan Malaysia, mengepung kedutaan dan menghalau Duta kita kembali ke Malaysia, menjalankan 'sweeping' rakyat Malaysia; ini semua tindak-tanduk orang tidak bertamadun.

Pada amnya, orang Indonesia berhemah. Mereka beradaban dan berbudi pekerti tinggi, halus tuturkata dan baik tingkah laku.

BENDERA's over-the-top, irrational actions have done Indonesians in general a disservice; mereka telah mencalar imej bangsa mereka sendiri.

Jadi saya rasa sudah sampai masanya kita mengambil langkah yang tegas dan berpatutan berhubung isu kehadiran warga Indonesia yang melimpah ruah di negara kita.

Terkini dilapor, wujud sejumlah RM64 juta terhutang di hospital-hospital di Malaysia, dihutangi mereka yang menggunakan perkhidmatan kesihatan negara ini dan kemudian melarikan diri tanpa membayar.

Dikatakan sejumlah besar adalah ekoran penggunaan khidmat hospital oleh warga asing. They are untraceable, timbul hanya bila keadaan mereka memaksa atau memerlukan.

Kalau orang Malaysia sendiri, jangan berangan nak jadi halimunan melesapkan diri macam ini. Sampai ke lubang cacing pihak berkuasa cari dan tuntut bayaran.

Memang tak boleh nak mengelak. Argumentnya senang; kalau sakit pandai cari hospital, dah sihat pandailah bayar!

Menurut laporan, pada keseluruhannya ada kira-kira 3 juta warga Indonesia di Malaysia kini, yang mana setengah daripada jumlah ini masuk secara halal.

Ini bermaksud lebih kurang 1.5 juta adalah pendatang haram yang menyelinap masuk tanpa dokumen sah.

Tak perlu berlapik beralas dengan menggunakan ungkapan PATI (pendatang tanpa izin). Mereka illegal aliens, yakni pendatang haram. Just call a spade a spade.

Cuba tanya kenapa mereka bersusah payah ke mari walaupun kadangkala kena tipu dek tekong yang tak berhati perut?

Jawapannya telus dan spontan; sebab takder duit nak datang secara sah tetapi tetap mahu datang sebab disini lubuk rezeki.

Curi-curi masuk itu ajalah pilihan yang ada. Bukankah Malaysia ini Land of Milk and Honey? Dahlah gitu, serumpun sebangsa seagama pulak.

Mereka selesa ke mari kerana tahu orang Malaysia ni rata-rata murah hati. Tak usah cuba nak sangkal kenyataan ini because it is the truth.

Having said that, dalam 27 juta rakyat Malaysia, sudah tentu ada yang berperangai macam iblis diantaranya. Laknat-laknat inilah yang membuat onar hingga satu Malaysia turut terpalit.

Apakah di Indonesia dengan anggaran penduduk 230 juta semuanya terdiri daripada wali Allah yang cukup sempurna tingkah lakunya, yang tidak ada cacat celanya?

Kalian jangan buat-buat lupa, ada juga yang datang dari seberang itu yang berniat nak mencari rezeki melalui jenayah; dengan mencuri, merompak, merogol dan membunuh penduduk tempatan.

Kalau teruja sangat nak mempersoalkan beberapa kerat kes aniaya high profile yang melibatkan majikan Malaysia, kenapa membutakan mata dan memekakkan telinga akan kes-kes di mana warga mereka menjadi petualangnya?

Pembantu rumah Indonesia mencedera dan membunuh majikan dan bayi, bersekongkol dengan jantan senegara dalam merompak dan mencuri di rumah majikan, tidak amanah dan bermacam jenayah lagi yang melibatkan warga Indonesia..... di mana komen kamu?

Itu belum lagi diambilkira pekerja wanita yang moralnya bertakhta di tapak kaki. Datang sebagai isteri orang tetapi mendampingi dan bersekedudukan dengan jantan lain sesama warga mereka sampai beranak pinak.

Bila dah beranak, ada yang campak bayi di merata tempat sebab takut rahsia terbongkar. Tapi masa berenak-enakan semua tu tak terlintas difikiran.

Sebelum negara ini dibanjiri warga asing, gejala buang bayi tak pernah didengari. Kini, begitu kerap jasad kaku bayi yang tidak berdosa ditemui; di tempat pelupusan sampah, di campak ke sungai dan sebagainya.

Yang berbunuhan sesama sendiri toksah cakaplah banyaknya. Mereka berpuak-puak mengikut tempat asal mereka dan sering bertikaman antara satu sama lain.

Yang melacurkan diripun bukan sedikit. Tinjau aja kawasan Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Bukit Bintang untuk melihat realitinya. Di mana komen kamu?

Bukan saya tidak perihatin akan pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa dera majikan Malaysia. Kerajaan kita amat tegas bertindak apabila perkara ini dilapor, disahkan dan di bawa kemuka pengadilan.

Ada majikan dari neraka ini yang kini menunggu tali gantung, ada yang dah dipenjara dan ada yang bakal menerima habuan masing-masing di atas kekejaman mereka. Apakan ahli-ahli BENDERA itu buta akan hakikat ini?

Keperihatinan kerajaan Malaysia dengan saudara serumpun yang kurang bernasib baik tiada tolok bandingnya. Kadang-kadang saya terkilan dengan kebaikan kita sendiri.

Atas dasar kemanusiaan, hampir setiap tahun kerajaan Malaysia menawarkan amnesty iaitu pengampunan kepada para pendatang haram Indonesia, dengan syarat mereka keluar daripada tempat persembunyian masing-masing untuk di hantar pulang.

Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Walaupun masuk secara haram, kita hantar mereka balik dengan baik, teratur dan tersusun.

Setelah butiran mereka diambil, mereka dihantar pulang melalui udara atau laut mengikut destinasi masing-masing. mereka tidak disumbat macam ikan sardin dalam tongkang tiris and di tolak ke laut. Itu ketinggian hemah orang Malaysia.

Dan apa balasannya untuk kita? Menurut laporan, lebih daripada setengah yang dihantar balik itu kembali dengan cara yang sama.

Bagaimana mereka boleh meloloskan diri lagi? Kerana persempadanan kita, terutama di Kalimantan, macam penapis, full of holes like a sieve.

Juga, kepulangan mereka didalangi orang tempatan, iaitu para tekong dan orang tengah yang, demi wang, will have no qualms about whoring out their own mothers.

Di negara kita sekarang ada kira-kira 300,000 orang pembantu rumah warga Indonesia yang berdaftar. Ini merupakan 10 peratus daripada jumlah kehadiran menyeluruh warga Indonesia di sini.

Mereka dibawa masuk oleh agen secara sah dan wujud database untuk dikenalpasti. Yang bekerja tanpa dokumen sah entah berapa ramai lagi.

Sesetengah majikan Malaysia pun tak kurang siutnya; bloody opportunists yang suka menangguk diair keruh, ambil kesempatan di atas kejerihan orang lain. I wish you hell, unscrupulous employers!

Saya amat mengalu-alukan pengumuman Pak Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia tempoh hari supaya hentikan saja penghantaran pembantu rumah dari negara mereka ke sini.

Lebih baik lagi, hentikan penghantaran kesemua pekerja warga Indonesia ke Malaysia dalam bidang dan sektor apa sekalipun.

Kita bukan tidak ada option, bukan kesempitan dari segi pilihan. Berlambak pekerja dari negara lain yang mahu datang mencari rezeki di Malaysia; pembantu rumah dari Filipina dan Sri Lanka, tenaga buruh dari India, Bangladesh dan Nepal umpamanya.

Kita mengutamakan warga Indonesia atas dasar keperihatinan dan kemanusiaan kerana - saya ulangi lagi - kita serumpun, sebangsa dan seagama.

Kalau penghinaan sebegini yang kita terima, tidak berbaloi kita buat baik kepada mereka. Maruah kita dicemari, dan kita masih mahu bertolak ansur?

Takkan nak tunggu sampai ada orang kita yang terlingkup kejang kena terjah dengan buluh runcing 'sweeping' dulu baru nak bertindak kot?

To BENDERA I say, take back your undesirable lot and shove it...

PS: Bila nak issue travel advisory, Yen Yen? Kerajaan Indonesia cukup takut bila diacah dengan travel advisory. Tourism money daripada Malaysian tourists besar, beb.

Listen Malaysians: Tak mati lah kalau tak pi tengok Borobudur, tak bersantai di Bali dan tak bershopping di Bandung!

PS: Berpuluh ribu pelajar Malaysia di universiti-universiti Indonesia buat masa kini. Hentikan saja penghantaran pelajar baru.

Kalau nak buat medical studies, berlambak pusat pengajian tinggi yang lain di Eropah; Russia, Croatia etc. yang saya difahamkan just as affordable and of good, if not better, quality.

PS: Bayangkan, berapa trillion rupiahs 'hangus' kepada ekonomi mereka kalau takder pekerja Indonesia hantar duit balik (outflow ini saja dah berjuta ringgit setiap bulan).

Tu belum diambilkira tourism income dari pelancong Malaysia dan puluhan ribu pelajar Malaysia yang berterusan menyumbang kepada ekonomi setempat.

Juga belum dicaturkan kepentingan perniagaan Malaysia di negara itu, dalam bidang pertanian, pembinaan dan perbankan antaranya, yang menghasilkan puluhan ribu peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

At the end of the day, amatlah susah bila berdepan dengan kebingaian manusia bodoh sombong macam ahli-ahli BENDERA, yang akal mereka sudah berlabuh di kepala lutut.

16 comments:

Anonymous said...

Kak Putri

Kubor d Bukit Kiara pun penuh dengan Indon.Kematian Indon ni kebanyakan nya kes tikam menikam akibat rompakan dan pergaduhan.Puak Indon ni ambil kesempatan dengan bermaharajalela d tanah Melayu ni.Harap Mentri dlm Negri bertindak segera atas kebanjiran puak Indon ni.

wawa

Anonymous said...

Salam kak,

Pati lebih ramai dari yang berpermit, dan mereka ini memberi kesan yang besar kepada sosioekonomi kita. Raya baru ni saya ke KL terasa sangat seperti berada di negara lain !

Berapa ramai dari mereka yang berniaga ketahap chowkit itu sendiri sudah bertukar hakmilik kepada warga Indon. Peniaga kita terpinggir, bungkus.


Yang bekerja pula, berapa ramai yang menidakkan peluang pekerjaan kepada orang tempatan.

Bukan saja menghentikan penghantaran pekerja, kalau nak panggil balik semua warga Indon pun digalakkan !

Kerajaan patut serius dalam menangani masalah kebanjiran orang asing ini. Tetapkan bidang kerja yang memerlukan khidmat mereka. Contoh - buruh, pembantu rumah ok.. pembantu kedai NO, sebab ramai taukeh yang berlagak jadi pekerja bila ditanya. Jadi siapa saja bekerja di tempat2 selain dari yang dibenarkan, kerajaan tangkap je tanpa perlu banyak soal.

Majikan juga tidak punya alasan untuk relocate pembantu rumah jadi pembantu kedai. Ramai anak muda kita yang tidak bekerja.

Yang hairan, tidak ada pula pemimpin yang ingin menjuarai isu pendatang ini ...??

aida said...

kak,u said whatever i feel..well done..it's about time.we are too nice to them.suka hati nak sweeping malaysians konon.cuba i buat sweeping indon dekat area mont kiara/segambut?mau hilang separuh aliens tu semua.so far i've been lucky in getting good indon maids who would stay with me until the contract is over.but if they chose to continue to demo,i wouldn't hesitate to switch to other nationalities.

Anonymous said...

Take Sumatra back, its ours.

The Bendera thugs in Jakarta can go suck eggs.

Actually, it only costs RM1.00 per kepala to demo.

Derebar

Mama Huptihup said...

kak puteri,

betoi apa yg u kata tu...i skit pun tak hengin nak pi indon tu..i pi sekali pun i rasa serik x mau pi lagi...kalau ikut hati i yg panas ni...biar di hantaq balik semua pkerja depa kat sini, depa pun silakan lah stop penghantaran pekerja depa ke sini...amik students kita balik sini...dan kita x pyh lah pi sana nak shopping...byk tempat lain lagi....bukan kita nak hukum depa semua tp depa sendiri pun x buat apa bila bendera buat gila mcm tu....seriously, i benci sungguh!!

Anonymous said...

Cage, a very good article put forth...hopefully our govt will do something b4 someone got killed...i just love to read your blog!...



~SnOwY~

Anonymous said...

Salam Puteri

Di Temasik dah lama tak da pekerja pembangunan orang Indon. Banyak jenayah mereka lakukan bukan datang nak cari rezeki yang halal jadi pemerentah ambil pekerja pembangunan dari saluran lain2. Memang masih ada jenayah tapi berkurangan.

Ami

_deli said...

Salam Kak Puteri,

You've said it all if not more. Thank you.

Kita ini terlalu baik sehingga terlupa pesan orang tua-tua dahulu agar berpada-pada. Inilah padahnya.

On positive note, memang telah sebati dan sejadinya kita begitu, an excellent host; fortunate, unfortunately...

Anonymous said...

Salam Puteri

Excellent piece...exactly my sentiment.

Hallie

mekyam said...

YES!!!!!

[about time someone gives it straight in the faces of all concerned. not just of those BENDERA morons but of the bl**dy limp governments of both nations!]

permisi utk mengedar (pautan) tamparan sulung ini di FB saya dan forum2 lain yg saya bergabung, bu!

Kama At-Tarawis said...

by all means mekyam..silakan..

NanaDJ said...

Well said, Puteri.They need us more than we need them. BENDERA forgot that its the money earned in Malaysia and remitted to Indonesia that helped thousands of them to educate their children, buy land and cows, build and repair their houses and lift their standard of living.
I don't know about construction workers but their maids that are sent here are definitely their rejects with the exception of a few. Otherwise how else do we get the weirdos, the wackos, the nymphomaniacs,the kleptomaniacs and the mental case that are disguised as maids.

Desert Rose said...

kak puteri,
Kebenaran pahit yg harus mereka telan, ekonomi mereka sangat bergantung kpd M'sia. SBY pun spt x minat nk tangani secara serius, the best way supaya mereka yg sombong ni sedar diri , haruskah kita mengugut menghentikn hubungn diplomatik dgn mereka ? Tidak akn muflis rasanya kita kalau buat mcm tu, infact depa la melingkup. Sapa la dalang yg dok upah bodo2 ni semua berdemo, I really wonder. Beside, tang situ pun dh nmpk tahap kedunguan depa, lempaq najis kt kedutaan kita tu, sapa yg kena cuci? I'm 100 percent sure cleaner kt kedutaan kita d sana adalah minah2 indon juga hahaha

Mutiara said...

Kama
May I share your posting on my FB?

Kak Saloma

Kama At-Tarawis said...

go ahead kak sal..with pleasure

Anonymous said...

sis, thank you for this piece. exactly my sentiments and that of most malaysians definitely! in our homes & our own country we are continuosly bullied by the these bodoh sombong tak sedar diuntung & tak mengenang budi opportunists (with a few exceptions). kerajaan curb/stop them before they take over our country!