Thursday, September 9, 2010

Eid Mubarak


Terkedu saya baca di blog Mummy Rokiah tentang Datin Seri Rosmah (DSR), isteri kepada YAB Perdana Menteri kita, yang tamat membaca Al-Quran 30 juzuk pada Ramadan tahun ini.

Beliau dilaporkan khatam pada 6hb September dengan membaca ayat-ayat lazim dengan disaksikan oleh suaminya di kediaman rasmi mereka di Seri Perdana.

Dalam keghairahan orang berpolitik berterusan di bulan Ramadan, termasuk mereka yang terus menerus mengutuk DSR irrespective of the fasting month - it's some people's favourite pastime to take potshots at her - beliau menghabiskan masa membaca Al-Quran sehingga tamat.

I am not a fan and it's nothing personal but I truly salute her for this. Harap-harapnya mereka yang dok mengutuk tu pun tamat 30 juzuk jugak (although it's most unlikely sebab kalau mereka dok spent time baca Quran tak mungkin tergerak hati nak mengutuk orang).

Dan saya juga, sebagaimana kebanyakan Muslimah yang lain, amat teringin sekali melihat DSR berhijab. Pakai tudung macam gambar kat atas ni pun dah anggun, bayangkan kalau bertudung dengan sempurna.

[Jangan pulak ada orang kata "mind your own business" kat saya. Sesungguhnya ini sekadar luahan ikhlas dari sudut hati saya kerana saya amat menyayangi sesama Muslimah. Dan saya mintak hanya yang terbaik untuknya].

Kadang-kadang kita ni kena take a step back sebelum bukak mulut membicarakan hal orang lain. Seharusnyalah kita cermin diri kita sendiri dulu; dah sempurnakah kita?

Kalau belum, adalah menjadi tanggungjawab kita memperbetulkan diri sendiri daripada segala kekurangan, kemungkaran dan lain-lain ciri negatif sebelum casting our net to comment upon others.

Saya menulis posting ini dengan penuh penyesalan kerana saya juga, sebagai insan yang serba kekurangan, kadangkala tersasul meluahkan rasa hati tanpa kewarasan.

Sekiranya saya telah melukakan hati sesiapa, sama ada secara sengaja atau sebaliknya sepanjang saya berblog ini, maafkanlah saya.

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog yang beragama Islam, khususnya saudara mara yang saya kasihi dan rakan taulan yang saya hormati.


12 comments:

Anonymous said...

Dear Madam,
I used to play 'catching' with her when I was about 10 years old. Still, I am no fan of hers. But I would do exactly what you have just done... some things just ooze out from the heart.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin to the Abu's dan keluarga.

Derebar

Wan Sharif said...

Salam Puteri,
Benarlah kalau kita dok sebok mengata orang.. entah entah orang tu lebih dekat dengan Allah dari kita..
Semuga Allah sentiasa membimbing kita kearah yang terbaik..
Eid Mubarak a few more times to you and your loved one..

luahfikiran said...

SALAM,
CAN'T DISAGREE WITH U, KAK PUTERI. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

Anonymous said...

Setuju setuju. Takde kerja lain melainkan mengutuk orang.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Maaf zahir batin

Anonymous said...

Dear Madamme Kama,

Spot on!! kita mesti selalu bersangka baik - Selamat Menyambut Idul Fitri bersama yang tersayang.
Saya berdoa agar Madamme, Pak Abu and family dimurahkan rezeki, sihat dan senantiasa diberkatiNYA..Amen. Always enjoy your beautiful writings!!

From far away land,
AJ
LlanfairPG

dinturtle said...

Salam kak Kama,

Kite setuju sangatlah, dok baik kutuk2 orang ni... berdosa ! emmmm ngusik takpe :))

Selamat Hari Raya kak !

luahfikiran said...

Salam,
Kali kedua LF masuk dalam entri ini. LF mohon persetujuan puan untuk menyiarkannya semula di dalam blog LF. LF menunggu persetujuan puan.

Kama At-Tarawis said...

dengan senang hati, LF.. silakan...

Anonymous said...

Salam dan Selamat Aidil Fitri, pengalaman saya ... yg selalu dok mengumpat DSR ni org lelaki. saya pun no fan, tapi ntah kenapa selalu pulak bela dia kalau org ngumpat .... terdiam pulak depa.

Pn Nur Razali

tireless mom said...

Bukannya senang nak khatam Quran di bulan Ramadhan ni especially when we are a working mother. Alhamdulillah for me and I even have to read in the bad KL traffic jam to catch up.

So yes, I agree with you, kak Puteri!

White Melur said...

Salam Syawal,
Good food, good company and good memories, all the components of a perfect Raya:)

Kama At-Tarawis said...

kitA harus bersangka baik sentiasa, kan? raya wishes to all of you kind folks; Derebar, Wan,LF, AJ, Din, Nur, Yatt, Melur..