Monday, September 13, 2010

Dimana Keperihatinan Mu DocMarjan?

Dalam kita bergembira merayakan Eid Mubarak yang mulia, misteri kehilangan usahawan dan jutawan wanita Melayu dikenali ramai, Datuk Sosilawati Lawiyah serta tiga lagi, pembantu peribadinya Kamarudin Shamsudin, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, sejak 30 Ogos akhirnya terjawab.

Sumber-sumber polis mengatakan mereka dibunuh dengan kejam dan mayat mereka dibakar serta abunya di buang ke sungai berdekatan tempat pembunuhan di sebuah ladang ternakan di Morib.

Cebisan-cebisan tulang juga telah ditemui dengan tertangkapnya 8 suspek yang membawa pihak polis ke kawasan berkenaan. Dalang pembunuhan dikatakan seorang peguam bergelar Dato' serta adiknya yang juga seorang peguam.

Walaupun keputusan DNA belum didapati, semua petunjuk menjurus ke arah pengenalpastian cebisan tersebut sebagai sebahagian daripada allahyarhamah Sosilawati dan tiga mangsa yang lain tersebut.

Berita ini sungguh tragis, sungguh menyayat hati, di kala kaum Muslimin dan Muslimat merayakan Aidilfitri. Begitu malang dan menyedihkan sekali nasib yang menimpa saudara seagama kita, diperlakukan oleh syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia.

Tapi bagi saya, paling menjijikkan ialah usaha sesetengah pihak untuk mempolitikkan kes ini dengan mengaitkannya dengan kematian wanita Mongolia, Althantuya, tidak lama dulu dan usaha memperlekehkan kerja-kerja pihak polis dalam kes terbaru ini.

Kepada Muslimah (??) PAS DocMarjan yang demi politik membuat komen 'busuk' ini melalui Twitter, ini isihati saya:

I am sorry to say but your mouth stinks, doc. You don't reflect your muslimah'ness' at all. Puan langsung tidak menghormati pemergian tragis ke empat-empat saudara sesama Islam kita. Jangan adopt the "holier-than-thou" stance, doc. Sendiri mau ingat, Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.

Hidup kita seharusnya berlandaskan kata-kata hikmah ini:
If you have nothing nice to say, shut the 'ef' up.

13 comments:

Puteri's territory said...

Yes way to go Kak Kama. Diaorg ni bercakap mcm tak ingat Allah langsung kononnya apa yg diucapkan itu berlandaskan kebenaran. Chit! Sedih sungguh!

Anonymous said...

and the sad part is...they are spinning that the said murderers have political links as they had been comprehended before...

so blame UMNO-BN for all the sins in MY coz the saints in PR are pure as white...

Anonymous said...

Salams

Depa ni kelulusan kedoktoran tapi otak d kepala lutut.Heran ya.doc ni tidak dapat petunjuk oleh Allah!

wawa

CUCU TOK WAN said...

Barangkali nama Sosilawati tu sendiri kut..

Cuba nama Sosilawati tu bertukar jadi Elizabeth... mahu dibuat sidang media sambil peluk-peluk, nangis-nangis, meraung-raung macam yang Ketua Muslimah buat untuk SOKONG Elizabeth Wong dulu...

Bila kita tulis macam ni, depa kata kita perkauman... tapi pemimpin-pemimpin seginilah yang mengkayakan perkauman dan persengketaan agama di negara ni... pemimpin-pemimpin yang sentiasa memikirkan cara untuk mengekal atau mendapatkan kuasa....

Naz in Norway said...

Allah mendengar, Allah melihat ...

AlFatihah kepada semua mangsa mangsa.

Unknown said...

SALAM,
SEGALA APA YANG BOLEH, MAHU DIPOLITIKKAN ! LF TAK MAHU BERHUJAH PANJANG DENGAN MEREKA YANG SEBEGINI ! NANTI DIKATAKAN LF BERPIHAK KEPADA KERAJAAN PULAK ! MUNGKINKAH, APA KOMEN YANG DIHAMBURKAN OLEH CUCU TOK WAN ITU SATU KEBENARAN?

Wan Sharif said...

Kita di anjurkan untuk mengasihi makhluk Allah..sehingga di beritakan seorang pelacur di anugerahi syurga hanya sanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Bukankah taksub itu lebih dekat kepada kekufuran?..WaLLAHU a'lam

Anonymous said...

Every community has its own sh(one)t
head. She's one. How pathetic, doctor or no doctor.

Derebar

Miz Lavender said...

Isnt DocMarjan Dr Lo'Lo' of PAS?
Not suprising at all since PAS and PKR people are judgemental.

ninotaziz said...

Just to share, Kak Kama. I am no expert and this is part of what I read up on fitnah:

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah, iaitu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (al-Baqarah: 191)

Dalam apa jua tindakan, janganlah kita jadi seumpama al-ghaugha kerana akibat dan kemudaratannya boleh menghancurkan sebuah peradaban. Segala sesuatu perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati haruslah diselidiki dengan tenang kerana ketenangan itu adalah dari Allah dan gopoh-gapah itu adalah daripada syaitan (maksud hadis).

Apa jua berita yang diterima harus diperiksa kesahihan fakta-faktanya kerana mungkin ia hanya bersifat provokasi atau fitnah.

For the full version:
http://ummatanwasatan.net/2009/07/menghindari-fitnah-dalam-masyarakat/

I too was sick to the stomach with all the speculation. Sir Remgold says this often - we never want to see the good in ourselves, always seeking the shadows and the reek of the rot. When Malaya became Malaysia, it is like we lost that measure of innocence that is required for overall goodness.

mekyam said...

yikes! biting words, puteri, but they certainly need to be said.

i read your parting shot with quite a bit of satisfaction too, because it IS quite disgusting how political scoring has become so important to some in the country that it can trump basic decency.

jaflam said...

Slm P3, memang mereka ini nampknya makin hilang kewarasan segalanya sekarang diputar untuk kepentingan politik tak kira hadis, peristiwa mau pun ayat2 Al Quran sekali pun. Mungkin hati dah mula hitam dan tidak lagi merasa bersalah atas dosa dan fitnah.

Wake UP! said...

Pemimpin PAS sendiri dengan angkuh kata dia malu jadi Melayu.

Jadi kalau Melayu mati dibunuh dengan kejam pun, dia bolayanlah.

Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.