Thursday, July 29, 2010

Renungan Pagi Khamis

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

14 comments:

NanaDJ said...

Puteri,
Ribuan terima kasih kerana memberi makluman dan peringatan kepada kami semua. Sesuatu yang baik itu memang patut dikongsi ramai, semoga diberkati Allah. Ameen.
Salam mesra.

Kama At-Tarawis said...

Kak Nas - bila saya baca e-mail ni, terasa betapa tak sempurna dan tak kusyuknya solat saya... :(

luahfikiran said...

Salam Puteri,
Terima kasih atas entri in. Banyak panduan dan pengajaran yang LF perolehi. Kita sama-sama mengambil maklum dan membuat tindakan, beristiqamah dan berserah kpd Allah

Wan Sharif said...

Pernah dengar dan baca.. now boleh lah saya cut and paste..
Thank you for the reminder.. semuga Allah terima solat dan amal2kita

Anonymous said...

Alhamdulillah dan terima kasih,terasa sangat ibadat saya selama ini sekadar orang awam sahaja.Sekali lagi keep it up and coming the good piece.

Zendra-Maria said...

Thanks for sharing, kama. One of the other ways as practised by one of the Companions / Ulama is to think of the solat we're doing as the last.

Wallahu'alam

Bingai @ Bangang said...

Alhamdulillah,
Ilmu adalah sedekah. Lebih banyak ilmu yang kita sedekahkan maka lebih banyak ilmu akan diberikan Allah kepada kita.

Aku yang bingai
Layakkah Mahasiswa Mengundi di Tendang Terajang

Tam Dalyell said...

As salaamu alaikum;

Orang yang dikurniai solat begini khusyu' tentu selalu menitiskan air mata kerana rindu dan takut akan Tuhannya.

Kak Teh said...

Ya Allah, banyak mana saja solat hambamu yang diterima?

Thanks Puteri for sharing this.

Kama At-Tarawis said...

LF, Wan, Anon, Zen, BB - kita sama2 ingat mengingati, tu yang sebaik2nya kan..

Dal - betul tu Dal; Sometimes I wish I understand Arabic, boleh memahami apa yg dibaca. Semasa di Tanah Suci, pernah dengar imam terisak2 semasa solat, sayu betul rasa hati..

Kak Teh - precisely what's on my mind too...semoga Allah terima solat kita selama ini..

D said...

Thanks for sharing, Kak Puteri...

Very insightful and inspiring!

ninotaziz said...

Thank you for sharing, Kak Kama. This will help me and my girls in our prayers.

Anonymous said...

Assalamualaikum Auntie Kama (hope you don't mind me calling you with this name)

I've been one of your silent readers for over a year now. But I have to admit, this post touched me the most.

Thank you so much.

Err... nak copy and paste ke dalam blog saya boleh x? Rasa mcm rugi pulak kalau saya x share dengan kawan2..

Kama At-Tarawis said...

D, Ninot - yw, as always..

Azu - w'salam azu, plse do, and thanks for dropping by..