Sunday, May 23, 2010

JANGAN...


JANGAN
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN
sengaja lewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai Allah swt.

JANGAN
tidur selepas solat subuh, nanti rezeki tersekat kerana di waktu pagi itulah pintu rezeki dibuka.

JANGAN
makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut kalau-kalau kita mati dalam perjalanan.

JANGAN
biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN
menangguh taubat apabila membuat dosa kerana mati itu boleh datang pada bila-bila masa.

JANGAN
ego untuk meminta maaf daripada ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN
mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita dan hilang kebahagiaan hidup kita.

JANGAN
lupa bergantung kepada Allah swt dalam setiap kerja yang kita lakukan, nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa kalau gagal.

JANGAN
bakhil untuk bersedekah kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN
terlalu banyak ketawa, nanti mati jiwa.

JANGAN
biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

JANGAN
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.

JANGAN
pertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab ianya ada hikmah tersendiri. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

JANGAN
baca saja coretan ini. Sebarkan kepada saudara sesama Islam untuk kebaikan bersama.


(TQ Pak Abu for forwarding this from MACOBA-Mail)

12 comments:

rohaizahabas said...

Thanks Kak ....tapi dalam banyak2 jangan ni..hak yang ketawa tu yang susah nak hilang, apa lagi bila we ladies berjumpa.....macammana ye!!

Hajjah Noraini @Nanie said...

Perkataan JANGAN itu sendiri membawa kita ker jalan yg lurus nanti..
InshaAllah

Kama At-Tarawis said...

ezza - hehehe, saya rasa maksudnya bukan takleh ketawa, cuma jangan lebey2 mengilai macam orang hilang akal kot..LOL

Marina - amatlah tepat sekali.. :-)

Anonymous said...

Madam,

Thank you for these reminders.

Derebar

Wan Sharif said...

Alhamdulillah,
Sometimes, we are not very comfortable to say DON'T or NO for fear of being labelled anti-social and whats-not.

Then again ISLAM starts with a big NO (penafian).

There is NO god but(except)ALLAH.

May Allah bless us all..

Unknown said...

..salam, lady..if blogs have a like button, then I would have clicked on it..:) but, yes, I like this...cheers..

لف توف™ said...

Dok calling calling as Pak Abu still? Isshkk.
Dari segi human psychology, terutama yg kanak kanak & muda belia, depa nie "tak nampak perkataan JANGAN".
Rasanya lebih elok/berkesan kalau disebut dalam mood "ajakan" berbanding dengan mood "larangan".

Kama At-Tarawis said...

lap - dak aih. pak abu is the public face; in private lain panggilannya :>E

saya pulak suka calling a spade, a spade. kadang2 kita orang melayu/islam ni beralas banyak sangat sampai tenggelam mesej yg nak disampaikan. having said that, memang ada tempat2 yg patut beralas & berkias..

Kama At-Tarawis said...

derebar - yw, hope to see u in LC.. lama tak nampak..

wan - precisely. At the very beginning pun kita dah profess TIDAK ada tuhan melainkan Allah..

pakmat - yw, i note you're ambling down memory lane yourself.. hehehe.. [kama dok tunggu the appropriate time to comment]

Unknown said...

..thank you, lady..for pointing the way..I should have read your past posts a long time ago..but I am glad I am doing it now..and it was quite a ride, lady..quite a ride..have not finished yet, will definitely continue tomorrow..and other days until I reached the beginning..but for whatever it is worth, lady..you have my respect..and to say that you are some lady is an understatement..and that janda post?..gets me to the quick...cheers..

Mior Azhar said...

Kak Puteri,
Mohon izin nak copy paste this one onto my blog ya.

Kama At-Tarawis said...

Plse do, Mior..