daun sirih
Tergelak besar saya apabila membaca satu laporan dalam akhbar-akhbar harian dua hari lepas tentang perlakuan segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Kelang.
Apa tidaknya, meletakkan kepercayaan kepada jinn yang handal berbahasa Inggeris untuk mendampingi mereka semasa periksa agar jinn tersebut boleh membantu untuk lulus peperiksaan bahasa Inggeris?
Dilaporkan pelajar-pelajar desperado tahap gaban ini sanggup membayar RM350 kepada seorang bomoh yang menawarkan khidmat membekal 'sirih azimat' yang kononnya membolehkan jinn take over badan mereka untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Apa dah jadi dengan korang ni hah? Mak bapak hantar belajar sampai ke menara gading, alih-alih korang mintak nyawa dengan menyeru jinn melalui daun sirih untuk berjaya dalam pelajaran. Dari hidey hole manalah korang ni merangkak keluar!
Bomoh tu jauh lebih cerdik dari korang semua. Besar kemungkinan dia tak pernah masuk IPT pun. Berniaga jinn aja, bergulung duit masuk. Habis korang diperbodoh dan dijualnya.
Daripada korang sedekahkan kat dia RM350, lebih baik pergi beli daun sirih kat pasar tani, gobek dengan gambir, pinang dan kapur, kunyah dan sentil kat pipi, kemudian 'puit' air sirih tu macam Tok Nek dan Tok Wan buat dulu-dulu.
Ada jugak hasilnya. Paling koman pun, gigi korang jadi kuat dan bersinar. [Tapi kalau kunyah daun sirih sepokok macam kambing sekalipun, bahasa Inggeris korang tetap no-go lah. Yang tu ubatnya kena rajin membaca, belajar dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris, baru ada jalan].
Ditakdirkan korang lulus dengan cemerlang hasil pertolongan jinn, korang tetap bengap dalam bahasa Inggeris sebab kepandaian yang korang capai melalui jalan mudah ini hanyalah sementara. Bila mengadap job interviewers masa cari kerja esok, menggelabahlah korang, terpinga-pinga tak faham.
Bekas Naib Cancelor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, dalam mengulas laporan akhbar tersebut (Harian Metro 8 Februari 2012) berkata:
"Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai pelajaran sepatutnya tidak percaya dengan perkara seperti itu kerana setiap kejayaan memerlukan usaha serta diiringi doa dan bukan dengan mengambil benda mengarut seperti ini.
"Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai pelajaran sepatutnya tidak percaya dengan perkara seperti itu kerana setiap kejayaan memerlukan usaha serta diiringi doa dan bukan dengan mengambil benda mengarut seperti ini.
"Sebelum ini ada juga kes kononnya dengan meminum air rebusan buku mampu membuatkan pelajar yang lemah dalam subjek menguasai mata pelajaran berkenaan. Itu semua tak betul. Sepanjang saya menjadi pendidik, belum pernah lagi ada pelajar yang mencapai kejayaan tanpa usaha.
"Pelajar berkenaan juga harus tahu yang perbuatan mereka ini jauh menyimpang dan perkara itu jelas khurafat serta menyalahi hukum agama. Mereka harus tahu kepentingan bahasa Inggeris kerana kita bukan hanya menggunakannya di dalam peperiksaan, tetapi akan dipraktikkan apabila memasuki alam pekerjaan."
Budak-budak sekarang ni suka sangat mencari jalan pintas, hinggakan pelajaran pun nak di'shortcut'kan. Sanggup rebus buku, beb! Apa punya bodoh piang. Kalau inilah pewaris bangsa kita, God help us all.
Membaca malas, bertutur dalam bahasa Inggeris jauh sekali; sampai bila nak pandai? There is no substitute to hard work, kids, believe me....
Membaca malas, bertutur dalam bahasa Inggeris jauh sekali; sampai bila nak pandai? There is no substitute to hard work, kids, believe me....
PS: Jinn tu ajar Queen's English ker American English? Kalau dia perturun ilmu 'American spelling', korang patut mintak diskaun, sebab tak original.
21 comments:
Aunty Puteri,
Macam ni Prof Dr Angelina pun nak bukak klinik, macam mana nak ajar kucing peliharaan membaca, menulis dan bertutur dalam BI. Boleh pilih nak version mana - QE, AE or OZ. purrr....meow!
pee ess: sireh nak buat apa...at least kalau kaduk boleh juga buat otak-otak or ming kam...
Cat - hahahahah!
Ya Allah apa nak jadi dengan pelajar pelajar kita ni, kalau pun deperadoes tahap gaban .. tak kan lah hingga mengamalkan yang kurafat...
Interesting comments from the cat.. Ayoh Wang ada dengar yang daun kaduk boleh direbus untuk buat ubat penyakit buasir.. buat otak-otak tak tau lah pulak! ;))
hahaha!
"O haunter of land, sea haunter, haunter of wind, fire haunter, I collect all orders haunter haunter and which speak English to answer questions on behalf of this man who is chewing beetle leaf and who has paid me RM350 as the hardened money"
cuba buat google translation.
pakpin... nah!
"Wahai Mambang tanah, laut momok, momok angin, api momok, saya mengumpul semua pesanan momok momok dan yang bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk menjawab soalan bagi pihak orang ini yang mengunyah daun kumbang dan yang telah membayar saya RM350 sebagai wang keras"
LOL!
yohwang - kalau yg gunakan jinn tu kena buasir, lagi baik .. sekali turun aja pakai daun yg sama..lol
Ibrahim Shah is NOT the Vice-Chancellor of UiTM anymore.
betel leaves NOT beetle leaves, me think.
anon - oh my apologies.. bekas naib canselor... and yes, it's betel, bukan beetle. tq on both counts.
anon - come to think of it, patutla when i saw daun kumbang masa buat google tranlslate tadi, i felt funny. mana pulak datang kumbang ni..lol.. my oversight ..
Kak Puteri
Tergelak saya baca artikel tu ...
Kalau macam tu, saya nak cari jinn pelbagai bahasa, so that I can be multilingual. Tak payah nak belajar sampai tergeliat lidah nak menyebut perkataan-perkataan sampai sengau (nasal) jadinya!
LoL...Daun kumbang....
LoL ...wang keras...hahaha.
errr. Masa dulu2 saya naik sheh setelah kena jampi bomoh menurun...mereka kata saya berkata2 bahasa Siam...hahaha...adakah dalam diri saya ini Jinn dari sebelah sempadan....adushhh.
Ayoyo...
I thought hardened money is duit pengeras or something..;)
Kama,
These people had been using Jinn to pass the UPSR, PMR and SPM and thus the As in English. They must have thought that the same technique is applicable at tertiary level as well. We definitely can't blame them for such stupidity.
Kak Puteri,
Kesian ada, nak tergelak pun ada with your posting and the comments here.
Imagine if one jinn had to do OT, due to popular demand :-D..then masa tgh menjawap jinn tu "kejap ada kejap tak ada"..hehe..
Need to have more people like Pak Cik Al-Manar.
:-)
p/s - sebut daun kaduk teringat bubur lambuk.
fauziah - jom kita pun ambik jalan pintas and share jinn. i pun nak juga belajar pelbagai bahasa..lol
pakpin - jinn hok beloh Sie ganah.. hati-hati..hehehe
ninot - yr 'ayoyo' is as eloquent as can be.
yohwang - spot on, wang pengeras.
pak zawi - betul ker pak? jadi bukan fenomena baru lah pakai jinn nak pass pereksa ni.. manusia2, macam-macam..
cheqna - hehehe, boleh dibayangkan an overworked jinn berkhidmat untuk satu exam class..lol. saya pulak bila sebut daun kaduk ingat the thai appetiser dish entah apa namanya yang makan mcm makan sirih tu.. sedap sungguh..
cheqna - cubalah pulak bayangkan andainya tersilap seru. panggil jinn yg pakar bahasa inggeris, yg tiba pakar bahasa jerman ker, perancis ker, entah2 pakar matematik, tak ke haru nak jawab soalan..LOL!
hahaha...LOL, bomoh tutup kedai cari IPTA lain :-D.
Ish ish Aunty Puteri...Thai appetiser tu ming kam or meung kham lah.....dah sebut awal2 tu. Jom pi Sri Ayutthaya? purrr...meow!
hehe,its funny how some people's minds work, here I am slogging my socks off and there they are believing in Jinn and mumbo jumbo- its a real pity really and imagine these people will eventually graduate, by whichever methods or means, and walk and work among us... I hope none of them will hold the scalpel otherwise they coul be jinn themselves...on another note am glad you're a lamb person cos there is really just so much fish and chips one can swallow..visiting England anytime soon? The -30 degrees expected this weekend is a good reason to gorge on lamb and I make mean lamb kuzis. Its so nice to read your posts just before bedtime.. good night.
Post a Comment