Tuesday, February 21, 2012

Amanat Yang Mengkhianati

Minggu lepas, seorang rakan blogger senegeri dengan saya, yang memakai nom de plume Dinturtle, telah menyingkap kembali sejarah silam berhubung 'Amanat Haji Hadi' (sila baca nukilan Din di sini dan sini).

Saya jangka Din bukan orang Umno; dia tidak pernah selindungi bagaimana dia tidak 'ngam' dengan DS Najib. Atas pengakuannya sendiri, dia juga bukan penyokong Pas. Bersandar kepada DAP dan PKR jauh sekalilah.

By the same token, saya juga tidak pernah menjadi ahli Umno. Cuma saya tidak anti-establishment, menghargai jasa-jasa kerajaan selama ini dan bersyukur bernaung di bumi Malaysia yang amat saya sayangi.  

Pada hemat saya, Dinturtle seorang agen bebas yang semangat nasionalismenya begitu kental, dengan aspirasi hendak menubuhkan Parti Melayu. Way to go, Din! Saya sokong sokmo!

Berbalik kepada the now-infamous 'Amanat', saya mengambil cue daripada tulisan Din untuk merakamkan pengalaman keluarga saya di Dungun, di tengah-tengah kemelut yang dibawa oleh Haji Hadi ini.

Sedikit sebanyak persepsi saya terhadap Pas diwarnai oleh 'Amanat Haji Hadi'. Don't tell me it's history because I lived that history. Banyak yang tersimpan di hati saya dan perasaan saya berkecamuk - marah, geram, sedih, hampa - bila mengenangkannya kembali.

Di tahun-tahun '60an hingga '80an, Dungun, seperti Marang dan beberapa pekan lain di Trengganu, adalah kubu Pas. Saya tidak tahu dan tidak mampu mengulas tentang penyokong dan cadre Pas di tempat lain, tetapi kalau di Trengganu, they were one of a kind.

They wore their 'holier than thou' hat at all times. Humble they were not. Jauh sekali. They thumbed their noses up at those who didn't support their party. Dengan angkuh mereka berkata 'orang Umno kafir'; itu yang diulang-ulang sebagai mantra.  

Semasa 'Amanat Haji Hadi' dibuat, saya baru berpindah ke Kuala Lumpur dari Kuantan, di mana saya dan keluarga tinggal buat beberapa tahun selepas pulang daripada berkhidmat di luar negara.

Tok Ayah pula di Dungun; beliau baru kematian isteri (Opah saya) dan sedang dalam ura-ura kembali ke Kota Bahru tempat kelahirannya, untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di bawah penjagaan dua anaknya iaitu ibu saudara dan bapa saudara saya, yang tinggal di sana.

Beliau seorang yang pendiam; sentiasa bertemankan sejadah, ke mesjid dan beribadat, dan zikir tidak lekang dari bibirnya. Tetapi berikutan 'Amanat Haji Hadi', beliau tidak lagi ke mesjid.

Apabila ditanya, beliau menjawab beliau tidak sanggup melihat orang sembahyang dua imam. Orang Pas tidak mahu diimamkan oleh orang Umno; maklumlah orang Umno kafir.

Disebabkan arwah isterinya orang kuat Umno cawangan, beliau yang apolitical juga terkena tempiasnya. Tok Ayah tidak suka politik dan bukan ahli mana-mana parti politik, tidak seperti Opah yang aktif dalam Kaum Ibu (sekarang dipanggil Wanita Umno).

Ekoran 'Amanat Haji Hadi', kenduri kendara dan urusan jenazah pun mengikut kepartian. Bukan setakat itu, sembelihan orang Umno diharamkan; perkahwinan yang dinikahkan oleh kadi orang Umno dianggap tidak sah; dan paling teruk, ada rumah tangga yang hancur berkecai akibat ideologi yang berbeza.

Penyudahnya, dalam satu masyarakat yang overwhelmingly Malay and Muslim, Tok Ayah hidup menyendiri. Beliau pulang ke Kota Bahru di tengah-tengah kancah perpecahan orang Melayu di Trengganu berikutan dasar parti yang melaungkan diri mereka pejuang Islam.

Masih saya terkenang linangan airmatanya ketika bercerita bagaimana arwah Opah diherdik, diludahi dan dihalau oleh seorang muslimat Pas semasa arwah berkempen dari rumah ke rumah di Dungun menjelang pilihanraya umum sebelum 'Amanat Haji Hadi' dikeluarkan.

Bagi saya, 'Amanat Haji Hadi' adalah satu pengkhianatan yang tidak terkata besarnya kepada orang Islam, khususnya saya dan keluarga saya, dan amnya mereka yang tidak mendokong perjuangan Pas. Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya?  

"Haji Hadi Awang, semoga Allah swt mengampuni segala dosa mu terhadap Tok Ayah dan Opah ku, Haji Jaafar dan Hajjah Puteri Habibah, yang keislaman mereka dengan sewenang-wenangnya engkau pertikaikan demi parti. Allahu Akbar!"

11 comments:

Anonymous said...

bila masa pulok saya suka makan plum ? hehehe ...

nanti saya copy crita kak ya..

TerimaKasih !

Anonymous said...

This is so touching and, sad.
Apalah nasib Melayu? One faith, divided ummah.
I was still a child in the "Amanat Hadi" years. But I've heard stories from the t'ganu and kelantan branch of our family. Apparently, even budak2 tadika diajar membenci kerajaan, kerajaan umno kafir, and the kids were shown pictures of dr mahathir (then pm) and were told this is syaitan. OMG!
When will we Malays have political maturity? We can be Pas or Umno but we are still of the same faith, Islam, and we are still sebangsa, Melayu. And that we surely can come together on issues, especially if it concerns our Akidah?
B.B

Anonymous said...

Salams Kak Puteri
Arwah ayah I biasa becerita tntang Hj Hadi.D hadapan umah hadi ada sebuah kolah penuh dgn air.Hj hadi akan mandi d dlm kolah itu.Orang2 kpg yg taksub dan sanjung hj hadi akan ambil air dri kolah itu dan minum.Bahalol2 ini mndewa dewakn si hadi, semacam Ayah pin pulak.
Laknat kpd mereka yg mnzalimi n mnindas opah kak.

wawa

Anonymous said...

tqsm puteri....sangat sedih org melayu, apa nak jadi...

Unknown said...

Saya masih tidak habis berfikir dan amat kesal di hati. Akibat sikap manusia-manusia jumud yang menganggap diri mereka saja yg mulia dan bakal ahli syurga, sanggup mengkafirkan dan menuding jari, menyakiti hati orang lain sesuka hati hanya kerana 'politik' dangkal mereka. Kemuliaan Islam dilacurkan semahu hati!

Anonymous said...

Mek,

Dak pe lah weh.. Kalu Mek lalu Rusila le ning, dok ramai doh orang gi dengor ceramoh Ustaz Hadi tu. Dok laku doh, lepas pelok ciung dengan DAPigs.

The crowd has withered away. Dulu kapir Harbi, le ning guana gamok?


Mat Bonk

satD said...

Salam Sis Kama

I myself bear witness to sembahyang dua imam when I was growing up in downtown KL in the 80's. It's a national phenomenon, the imam was a government appointed person, folks would wait for the "official" jemaah to finish then start their own. As a child I was confused and some of them actually went up to me to say that "tok soh" to kalau sembahyang with the official folks.

Fast forward to where we are now, try looking into a Surau in town, folks would just walk in and not do a jemaah...why? Don't have time? Strange. Women would also look at girls in short skirts who go to surau in a "jeling semacam way". Again why?

Out here in Indonesia, none of that. Jemaah is the way everywhere and we have suraus on each floor of most shopping complexes (Chinese owned buildings). Women wear what ever they want to go into the suraus, takde hal nak cover2 lebih, asalkan sembahyang.

We Malaysians i think layan lebih about petty things for reasons unknown to me.

Servant of God said...

Terima kasih kerana telah sudi mengabadikan kenangan Puan dalam nukilan yang menyentuh hati ini.

Saya bersyukur kerana telah mendapat bukti sejarah betapa besarnya pengkhianatan Haji Hadi kepada umat Islam di Malaysia ini.

Walaupun ini pengalaman individu, tetapi ilmu ini sangat berguna kepada saya.

Mohon izinkan saya memetik kata-kata Puan ini pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi.

Kama At-Tarawis said...

din - thanks for revisiting the amanat issue. ramai orang sekarang yang tidak mengalaminya menganggap cerita begini sebagai hearsay. mungkin kerana tak mahu menerima hakikat. bagi saya ia amat real.

BB - what you had said memang terjadi. itulah yg menyedihkan..

wawa - kadang2 ketaksuban mereka melampaui norm..

anon 12.33 & Rafi - my sentiment, exactly.. :(

Mat Bonk - dengo criternyer pong ggitulah.. takdok saper nok gi dengor doh ler ning.. bawok betobaklah blakaseme.. banyok sungguh doser tu..

antara - thanks for the link; kak kama dah gi baca.

satD - that's the trouble, our melayus here tend to sweat the small stuffs more than the big ones..

SG - the pleasure's mine. saya menulis sekadar meluahkan perasaan yg sudah lama dipendam...

Al-Manar said...

Like you don't anyone dare say this is sejarah. Almost twenty years ago I had two children married on two successive days at ny new home then. Someone came around to ask me who did the slaughter.

I did not think it odd at the time the question was put to me; but later I began to ralise the very 'serious' implication. How unislamic a muslim can be as much as what a traitor is one who unwittingly causes my people to become disunited and in disarray.

Kama At-Tarawis said...

Al-Manar: thanks for sharing, Pak. Really appreciate it...