Dalam zaman dunia serba maju dan moden ini masih lagi wujud segelintir manusia yang berfikiran sempit, yang enggan membuka minda walau sekelumit.
Paling menyedihkan mereka orang Islam, walaupun tindak tanduk mereka tidak mencerminkan keislaman yang konon persadakan.
Umat sejati Nabi Muhammad (saw) seharusnya melapangkan dada, menerima qada' dan qadar, dan menggunakan akal kurniaan Allah swt dalam membuat sebarang pertimbangan.
Pilu sekali membaca luahan hati seorang jejaka nelayan dari Taiping, Perak, yang sudah tiga kali pinangannya di tolak oleh keluarga calon isteri apabila mendapat tahu statusnya sebagai anak luar nikah (Harian Metro, Sabtu 15 Oktober 2011).
Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.
Status Mohamad bin Abdullah, 35, sebagai anak luar nikah mula menekan hidupnya apabila dia seringkali terkandas setiap kali mahu mendirikan rumahtangga sejak 1999.
Kata Mohamad, keluarga calon gadis pilihan kerap bertanya mengapa beliau berbinkan nama berlainan dengan nama bapa (angkat) yang menjadi ketua rombongan semasa meminang.
Oleh kerana tidak mahu menjadi salah faham di kemudian hari, mereka mengambil pendekatan berterus terang.
"Saya cuba berlaku jujur menceritakan latar belakang hidup kerana tidak mahu ia menjadi masalah selepas perkahwinan kelak.
"Saya bimbang jika ada orang kampung atau saudara mara terlepas cakap sehingga saya di tuduh penipu."
Malang sekali pendekatan terbuka yang di ambil oleh Mohamad telah menyebabkan pinangan di tolak bulat-bulat atas alasan tidak sanggup bermenantukan anak haram.
Malah kata Mohamad, ibu seorang calon pilihannya pernah menghina dan menyifatkan anak luar nikah sama tarafnya dengan haiwan serta tidak layak berkahwin dengan manusia suci.
"Mungkin jodoh saya hanya sesuai dengan gadis yang juga dilahirkan sebagai anak luar nikah," keluhnya lagi.
Hati saya bagai diguris apabila membaca laporan ini. Amat memalukan apabila seseorang itu tidak dapat membezakan hakikat sebenar.
Yang melakukan zina ialah ibubapanya. Kenapa pula di hukum anak yang tidak berdosa? Bukan dia minta dilahir sebagai anak luar nikah.
Janganlah kita angkuh bila berhadapan dengan keadaan begini. Kita tidak tahu apa yang tersimpan untuk diri kita dan keluarga kita di masa depan...
Saya nasihatkan awak supaya muhasabah diri; jangan terlalu menyombong dalam mengeluarkan kata-kata, takut kalau-kalau di satu hari nanti, dengan izin Allah, kelancangan mulutmu itu akan berbalik makan tuan. Semoga kamu mendapat hidayah).
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=42
(Link berikut khas untuk commenter pertama dibawah. Kot-kotlah merasa pengetahuan agama sudah begitu tinggi dan lebih handal daripada kebanyakan ahli agama yang menyaran pendekatan yang lebih sensible, seperti Dr MAZA.
Saya nasihatkan awak supaya muhasabah diri; jangan terlalu menyombong dalam mengeluarkan kata-kata, takut kalau-kalau di satu hari nanti, dengan izin Allah, kelancangan mulutmu itu akan berbalik makan tuan. Semoga kamu mendapat hidayah).
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=42
29 comments:
Ambil saja dia tu sebagai anak menantu tuan sebab jika kita berpegang kepada hadi dan sunnah jelas telah memperincikan syarat-syarat untuk seseorang untuk berkahwin.
Memang betul yang slah ibubapa tetapi kita juga dipesan supaya untuk mencari jodoh salah satu nya adalh pilih lah dari keturunan yang baik kecuali kita mengetahui lansung dari awal proses pertunagna dan pernikahan maka kita perlu redho.
Kenapa? sebab nay untuk menjadi peringatan kepada nasab dan keturunan suapay tidak melakukan zina sebelum kahwin keran kahwin adalh halal dalam islam jadi kenapa harus berzina. Walaupun kesan kepada anak-anak yang lahir diluar nikah tetapi ambil kan ia sebagai pengajaran untuk kita dan keluarga supaya beringaqt agar tidak terjadi kepada keluarga kita .
Ketiga-tiga keluarga yg menolak dengan jawapan yang menghina hanya perlu tunggu bayaran cash dari YANG MAHA ADIL.
Dalam bercakap pasai mindset orang Islam Malaysia, "Baby Hatch" telah menunjukkan betapa tak retinya mereka nak meletakkan keutamaan bertindak. Dah lebih 1 tahun "Baby Hatch" ujud dan memberi peluang kepada bayi "tak sah taraf" untuk hidup . Yang dok komen secara negatif dok nyanyi lagu "Kerajaan menghalalkan zina". Bila ditanya, "Ada idea dak macam mana nak tolong?". Stereotype jawapan : Itu bukan tanggaungjawab dan masalah aku. Kerajaan laa yg kena buat sesuatu.
Apa punya turrrrrr!!¿
eh eh, kurang asamnya jawapan amniptg ni! nilah contoh terbaik 'orang islam' (kalau islamla) yang ujub, sombong t5ak sedar diri. .. bukak aja mulut bau busuk keluar.
saya memahami hakikat anak luar nikah. tak payah nak bagi syarahan kepada saya. yang saya persoalkan kenapa nak hina orang tu dengan kata2 yg menyakitkan hati.
kita becakap pasal benda yg dah terjadi. cuba fokus sikit, jangan tulis sombrono aja. awak nasib baik saya bagi ruang untuk tulisan awak disiarkan walaupun mulut awak celupar. punyalah kurang ajar..
by the way, amniptg, awak pakai 'nick' apapun saya tetap kenal awak siapa. rajin juga awak membaca blog saya ya, walaupun setiap kali awak masuk, awak akan mengeluarkan kata-kata menghina.
tapi dah lama awak tak komen (i think the last time awak kutuk saya pasal surau kat lake club rasanya) which doesnt mean awak tak datang, cuma takder topik yg saya bincang yang awak boleh kutuk, itu saja.
terima kasih ajalah kerana menjadi pembaca setia blog ini dan menceriakan para pembaca yang lain dengan komen-komen mengutuk awak..:-))
laptop - you are absolutely right. orang kita cepat condemn tapi bab problem-solving slow nak mampos. they never bother to understand the rationale behind baby hatch.. ni semua pseudo-muslims, bercakap macam depalah muslim sejati, orang lain punya aqidah tak sehebat depa. arrogance of the first degree. like you said lah.. cakap aja berdegar2, buat tak..
Perkara ini pernah terjadi kepada keluarga saya. Tapi kami jaga anak itu seperti biasa. Kami tidak menggalakkan zina tapi kami juga tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Saudara kami yang telah terlanjur kami tarik ke pangkal jalan supaya dia tidak terus rosak dan hanyut lebih teruk. Dan orang yang dahulunya menghina, baru2 ini telah ditimpa musibah yang sama malah lebih teruk dimana cucunya pula telah membuntingkan anak dara orang.
Mungkin kita kuat pegangan agama tapi bagaimana anak cucu kita.
Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha mengetahui. Semoga kita tabah menghadapi ujian Allah.
~Dahlia~
dahlia - tq for sharing. syukur alhamdulillah.. kita semua bukan malaikat yg tak pernah buat dosa.. Allah Maha Mengampuni.
Salam,
Syabas atas usaha mengetengahkan isu ini. Memanglah tak adil dihukum anak yang tidak berdosa sedangkan mereka yang bertanggungjawab menghasilkan mereka diberi peluang bertaubat dan memulakan hidup baru. Pujian juga ke atas program 'baby hatch' dan lain-lain yang mencari penyelesaian masalah. Baru-baru 'ni pun ada drama terbitan Sheila Rusly - Ampunkan Daku - tentang isu ini: http://www.youtube.com/watch?v=3UAl97y90Ts&feature=related
baiti - thanks for the positive comment. orang kita cukup suka pass judgement sewenang-wenangnya, tanpa perhalusi isu sebenar, dan melakukan demikian dengan berselindung disebalik tirai agama. sedih sekali attitude macam ni.
Salam Kak Puteri,
Memang malang sungguh nasib anak luar nikah selagi masyarakat masih menghukum mereka walau pun yang salah adalah ibubapa.
Saya ada seorang kenalan yang berstatus anak luar nikah.Dia telah pun berkeluarga dan hidup aman damai.Sejak mengenali beliau, dari zaman remajanya lagi, dia telah pun berhijab, masa tu tak ramai lagi wanita Islam berhijab di M'sia ni.Malah, masa tu kalau berhijab dikata orang, 'masuk dakwah'.Dia bukan saja berhijab diluar rumah, malah tetap berhijab didalam rumah sekiranya ada orang lain selain anak dan suaminya....dari dulu hinggalah sekarang dia macam tu.
Sikap dia tak pernah berubah walaupun dia berpendidikan luar negara (US, bukan Mesir)
Jadi, jangan lah kita pandang rendah kepada mereka ini.
Salam Kak Kama..
hakikatnya ramai lagi amnitpg kat luar sana...kutuk jer pandai tanpa takut bahawa Allah tu ada di mana2. Tuhan dia cuma kat rumah ibadah dia jer. Tuhan kita berada di mana2...
saya pun pernah jumpa beberapa kes, keluarga yg merasa nasab dan kturunan mereka putih suci, tolak pinangan anak luar nikah. Balasannya aada antara anak2 mereka pula buat hal yg serupa...mana nak letak muka? nauzubillah...
demikian jugak ada kes anak2 lelaki yg jenis lembut ni..ada diantaranya disebabkan oleh emak/ayah mereka pernah menghina kaum ini...lalu diberi oleh Allah anak yg serupa..
moralnya - jangan suka menghina apapun kejadian Allah serupa kita tak harus hina anjing dan babi. Itupun kejadian Allah juga hanya Allah dah tentukan benda2 tu mughalazah, pastilah bersebabkan?
-delima.
oh, kak puteri ada tukang kutuk regular ke? hehe.. tak perasan pulak selama ni
memang ada pandangan dalam islam supaya mencari jodoh dari keturunan yang baik. tapi itu tak bermakna kita perlu menjauhi mereka yang keturunannya sedikit terganggu. lagipun, apa makna 'keturunan yang baik' itu sebenarnya? does it refer to legitimacy of marriages of the parents or does it refer to biological/genetic make-up? kalau orang tu dari keturunan orang-orang alim ulama tapi dia wayar sikit putus, adalah dia calon menantu yang baik?
i'm no expert but i think 'keturunan/baka yang baik' refers to the actual physical/biological genes and has nothing to do with his/her parents' sins.
still, even this does not mean we should ostracize those with less that perfect genes ..
all this are purely for the purpose of getting good zuriat. there is another hadith that discourages marriage between relatives (cousins etc).. for the same reason- untuk kembangkan zuriat. So, u see... sins had nothing to do with it
as such, punishing the child for the sins of his/her parents are so unislamic. there is a verse in quran saying:
No soul shall bear the burden of another ..
[Surah al-Najm: 38-39]
shame to all who treat the less fortunate with disrespect
Amnitpg, adakah anda pasti akan kebaikan nasib keturunan masa depan anda?
Rafiah (S'pore)
½ orang Melayu pecaya & cepat jatuh hukum : Keturunan penzina merangkai sampai 7 keturunan. Belajaq dengan tok guru mana ntah! Gemaq sangat dgn bab misteri 7 keturunan.
sangat setuju dengan Typhoon Sue.
hujah yang mantap terbit dari pengetahuan/ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dalam kata lain, guna akal fikiran bertentangan dengan ikut membabi buta tuli iaitu kaedah yang gemar dilakukan oleh segolongan orang.
tahniah Typhoon sue
Jodoh di tangan Tuhan. Kalau jodoh belum sampai, hal yang berlaku cuma alasan dan sebab. Ramai lagi yang bukan anak haram tapi jodoh hanya sampai selepas lebih 5 kali mencuba. Selepas ini nak salahkan Tuhan pulak kah sebab Tuhan yang mewujudkan konsep 'anak haram' ?
Salam Kak Puteri,
Ingin juga saya mencelah pendapat. Saya sering tersinggung apabila orang memperlekeh insan lain seolah-olah diri mereka berbangsa/berketurunan hebat tanpa cela; lebih-lebih lagi pada mereka yang mudah menjatuh hukum pada insan lain dan serasa diri mereka “kalis-sial”. Mereka ini boleh men“gena”kan orang lain kerana mereka itu ada kekebalan semulajadi, kononnya.
Saya (any of us for that matter) tidak mampu memaksa orang lain melakukan apa yang saya rasakan betul. Saya sering beringat – saya ada ibu, makcik, kakak, adik perempuan dan kini anak-anak gadis – saya takut terlepas-laku pada kaum suri yang mungkin berbalik pada diri saya sendiri. Saya amat takut!
Pernah saya menulis dahulu di ruangan Kak Puteri – ramai antara kita tak sedar dan merasakan perkara yang buruk itu hanya akan berlaku pada orang lain – alpa sesungguhnya kita adalah “orang lain” kepada orang lain.
Ujian Allah berbagi bentuk; anak tak sah taraf, kecelaruan gender, kelainan/kekurangan upaya, kemiskinan/kekayaan dsb. Saya tahu saya telah/sering/bakal/terus diuji. Apakah merereka ini juga “kalis-ujian”?
Sirih carang sirih kerakap,
….Susun-bersusun sirih rakit;
Pilih pandang pilih cakap,
….Santun-bersantun sisih penyakit.
betul kak, skrg tgh alami semua ni... skrg umr sy dah 23 thn, br skrg sy dpt tahu status sy, itupun dr mulut org laen. sy xsggup nk tanye mak ngan ayah sy, sy takut dieorg malu.. sy syg mak ayah sy, klu boley sy xnk dieorg tahu yg sy tahu status sy. tp yg menjadi masalah skrg, pihak bakal suami sy, sebab dieorang saudara sy, dieorg tahu pasal mak ngan ayah sy. skrg sy dah rs kena hina, kena kutuk.. kdg2 sy rs mcm nk lari dari org2 yg kenal sy, tp sy xmmpu. sy dgn bf sy dh mrncg nk kawin, tp family bf sy xbg, die ckp sy ni ank haram, adk2 dia kutuk sy, sy tahu sy bkn manusia sempurna, tp sy juga punya hati, sy xsggup kna hina, tp dlm ms sma sy xsggup nk bpisah dgn bf sy... tp skrg sy dh nmpk balasan kat family bf sy, sbb mak dia dpt mnantu yg pernah gugurkan ank luar nikah mcm sy, tp skrg mak dia xtahu.. hina sgtkah ank luar nikah ni kak?? ank luar nikah ni xberhak ke nk hdp mcm org lain??
anon 7.06 - saya sangat simpati. malangnya itulah hakikat orang kita, suka mengutuk dan menaylahkan orang lain. semohga tabar menghadapi cabaran ini..
saya juga ada ambik anak angkat tak sah taraf sorang...saya ambik masa baby umur sehari....baby ni boy...anak kandung saya masa tu umur 4 tahun...kami sekeluarga amat sayang pada baby ni...suatu yang unik...saya dapat rasa perasaan sayang saya sama seperti anak kandung...selepas bela baby ni rezeki saya makin murah...saya dinaikkan pangkat dan bisness saya maju..syukur pada allah.....setiap hari seperti saya sedang membuat kebajikan...bagi saya baby ni bersih dan suci....saya berdoa mudahan saya akan menjadi ibu kandungnya di syurga nanti...walaupun rahim lain yang mengandungnya...tapi saya percaya...baby ini sudah tertulis untuk menjadi tanggungjawab saya...
Assalamualaikum wbt kak kama,
saya seorang gadis yang dikira sebagai anak tidak sah taraf..ibu saya memberitahu perkara sebenar ketika saya berumur 9 tahun..ketika itu yanng hanya ada di dalam fikiran saya.."Aku tidak boleh ulang perkara yang sama...Ya Allah ampunkan segala dosa ibu bapaku.." dan saya sangat bersyukur saya dilahirkan begini..kerana saya tahu percaturan Allah tidak pernah tersilap..Alhamdulillah..bila semakin dewasa saya mula memahami hakikat kehidupan...iaitu Allah menciptakan kita di dunia hanya untuk taat padanya,beribadah pdnya..dan dunia ini hanyalah tempat manusia diuji..kehidupan sebenar adalah di alam sana...saya sgt bersyukur walaupun saya berstatus anak tidak sah taraf atau dikenali sbg ank jahat,anak sial, ank bawak bala sepeti mana org2 jahil skrg katakan..walaupun sy begitu saya sentiasa dikelilingi oleh org soleh dan para kekasih Allah..malah saya ada seorg sahabat yg seperti saya juga dia seorang hafiz quran...Allah tidak memandang daari mana kita terhasil tp Allah memandang tahap keimanan kita...makanya bagi sesiapa yg berstatus anak tidak sah taraf..la tahzan sahabat...ketahuilah kita adalah insan istimewa...Allah tahu kita kuat kerana itulah Allah takdirkan kita begini...dan jgn salahkan ibu bapa kita..mereka jahil ketika itu..Ya Allah..wahai tuhan yg memiliki pengampunan Kau ampunkanlah dosa ibubapa kami..Kau tempatkanlah mereka di syurga firdausMu..aaamiiin..Buat mereka yg tau nak kutuk ank2 seperti kami..ketahuilah di mahsyar nnt kita tetap HAMBA YANG HINA DI DEPAN ALLAH SWT..Semoga kita sentiasa diberi tawfiq dan hidayah drpd Allah Taala :)
asalamualaikum..Saya pun terasa juga apabila mmbaca kisah ni..sebab saya juga anak luar nikah..nama saya Fadilla..sekarang umur saya 18tahun..saya dulu pernah tinggal di rumah anak yatim..saya takde kawan..sebab dieorang tahu saya anak luar nikah..dan mak saya jenis yang tidak betul..mak saya bibir sumbing..saya tidak tahu suatu hari nanti saya berkahwin atau tak sebab saya takut keluarga lelaki tersebut tolak saya..saya takut dan saya hanya mamapu berdoa kepada Allah je..
salam
saya menangis baca post ini
semoga kita semua di bantu, di permudahkan melalui apa yang sudah tertulis
Aamiin
Ramaiiiiii lg kt luar ni yg berfikiran sempit..harap sgt media2 viral kn kesedaran2 mcm ni. Bg masyarakat betol2 faham..sy jmpe yg belajar tinggi2 pon.pensyarah pon xfhm bnde ni. Mereka hina anak tak saf taraf ni...nauzubillah anak cucu cicit kite nnti kite xtau lg..jgn kecam org...manusia same je. Yg membezakan amalan masing2..sedih rase
Ramaiiiiii lg kt luar ni yg berfikiran sempit..harap sgt media2 viral kn kesedaran2 mcm ni. Bg masyarakat betol2 faham..sy jmpe yg belajar tinggi2 pon.pensyarah pon xfhm bnde ni. Mereka hina anak tak saf taraf ni...nauzubillah anak cucu cicit kite nnti kite xtau lg..jgn kecam org...manusia same je. Yg membezakan amalan masing2..sedih rase
Slm,blh saya tanya ..saya lahir dua bulan lps mak ayah saya kahwin..
Tpy nama saya tetap berbinkan ayah saya ..
Adakah boleh begitu..
Saya ada baca kalau saya anak luar nikah sepatutnya saya berbinkan abdul..
kpd zulfad 125 : setau saya, kalau anak lahir dalam tempoh 6 bulan selepas kahwin, anak tersebut boleh dibinkan suami wanita itu. Dalam kes tuan, tuan lahir 2 bulan lepas perkahwinan, maka boleh tuan berbinkan ayah tuan sekarang, tidak perlu berbinkan abdul...
Allahuakbar bagaimana dengan wanita yg lahr diluar nikah apakah ada pria yg mau menikahi nya
Bukanlh...lebih 6 bulan baru boleh binkan...xcukup 6 bulan xboleh
Post a Comment