Tuesday, October 11, 2011

Monolog Pagi Selasa

Si Eli pembantu rumah separuh masa ku sedang rancak mengelap pintu kaca sliding door di balcony when I launched into one of my usual celoteh..

"Pagi tadi kan Eli, pukul lima, masa saya bukak sliding door tu, saya nampak bayang-bayang entah apatah kat tepi pagar dalam kawasan kubur kat bawah tu.

"Berderau darah saya sekejap. Apalah agaknya. Eli lalu kot situ kan hari-hari? Bukanlah nak takutkan Eli, saja tanya." 

Senyap.

Saya angkat muka; dia tengah mengelap dengan penuh kyusuk dan tawadduk. "Kadang-kadang saya pun boring gak dengan benda-benda macam ni. Bukannya saya nak tengok sangat pun. Nampak dari hujung mata, nak buat macam mana.."

Senyap.

Jari jemarinya semakin pantas menari atas permukaan cermin. Berkelip pun tak si Eli ni. Pandang muka saya jauh sekali. Dia buat derkk ajer. Haisyyy, kurang asam betul. Respond la sikit kalau ya pun!

Saya angkat muka sekali lagi. Saya perhati dia betul-betul. Laaaa, patutla takdak response; sliding door tu bertutup rapat dan dia di belah 'sana' dok mengelap, mana dia dengar potpet ku!

Dok bercerita sorang-sorang rupanya saya...

7 comments:

Ezza said...

apa lah akak ni...bikin suspen jer..hahahaha

zaitgha said...

ha ha ha......lucky i am the only one in the house now if not they would had thought i had gone bonkers laughing so loud.....thank u Mam

Pi Bani said...

Laahai, ingat kot bila perhati betul-betul you nampak muka dia takde mata hidung mulut apa bagai... :)

naniasda said...

Ketawa sorang2 di ofis yg sejuk beku ni..terima kasih kerana memanaskan sikit badan ni..hehe

MA said...

Nasib baik dia tak menjawap. Buatnya "dia" jawap and THEN you baru realise the sliding door was closed, lagi haruu....:P

Kama At-Tarawis said...

Zah, Zai, Pi, Nani - bagus tu mulakan hari dengan ketawa.. sure ceria your day :D

MA - mau terkincit dan dan tu jugak kot..lol

mzabisa said...

http://nov.io/J0COSj