Thursday, May 19, 2011

U'start'... U'start'...

Inilah dia bila berguru sekerat jalan (sekerat pun tak lepas kot, kalau macam ni gayanya). Yang pasti bukan salah ibu mengandung, atau salah UMNO atau BN maupun Kerajaan Malaysia, seperti yang dicanangkan.

Look inside yourself, Bob. Take a very long look. Pandang diri sendiri. Kesyukuran nampaknya dah lesap entah kemana. Adakah ketentuan Ilahi - Qadaq dan Qadar - nak di tolak ke tepi? Jangan sampai pahala di undang, dosa mendatang...

Berubah ke arah kebaikan itu bagus. Kesedaran akan kesilapan dulu itu bagus. Nak tebus dosa dengan meningkatkan amalan yang dah lama diabaikan tu tersangatlah bagus.

Tapi apa perlunya berdakwah atas pentas politik? Bukan tak tau bila dakwah bercampur aduk dengan politik, satu antara dua akan tenggelam. Fikir-fikirlah, jangan terbawa-bawa.

Salah satu kesilapan besar yang 'born-again Muslims' macam bekas penghibur Bob Lokman ni lakukan ialah menyemat 'holier than thou attitude" dalam hati sebaik saja berpatah balik ke pangkal jalan. Fail lah Bob, awal-awal lagi dah fail ujian..

http://mahaguru58.blogspot.com/

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

Bob, Bob.. bawak bertenang dik..

9 comments:

rohaizahabas said...

kak

nak muntah saya dengar si bob ni berkata kata...

Kita ni kan..kalau nak belajar mengaji semula,ustaz akan suruh kita belajar Iqra dulu sampai habis..belajar segala panjang pendek nya..dengung dan makhraj nya..

si Bob ni tak pulak..dari pelakon dunia...terus jadi penceramah...macam mana nak pangil ustaz..panggil je lah u stat dulu...
Belajar agama lah BOB..bukan nya belajar mengutuk orang...

Anonymous said...

salam kak kama,

dulu dipuji ..... sekarang dipuja, tak sama tu. Orang tengah mabuk darah , you know the type.

isolate him, break him ... and when he spills his gut then you know what his perjuangan is made of - plastic.

Anonymous said...

Super jerk.

Derebar

Unknown said...

Oghe kelatae kato, "Paghoppp~!"
hahaha.

in other words - 'far rock!'
hehehe

in other words - 'teruk punya kes lah!'

Kama At-Tarawis said...

zah - seharusnya di tegur, kan zah..

din - doh nokwak guaner..

derebar - saya amat mengharapkan dia lebih perihatin dan berhati-hati dalam penggunaan bahasanya.

Pp - meme paghoh lagu ni gak.. bakpo kene ..

Anonymous said...

Assallam Kak Kama...

boleh aje kita tengok tengok dulu apa yang mereka lakukan sebaik baiknya masuk insaf dan taubat (macam orang baru masuk melayu) tau bersunat dan berpuasa sahaja..

core bagi orang orang taubat ialah ianya berpanjangan dan makin matang dalam pemulihan diri

kita tengok dulu

ramai dah kita tengok cakap boleh lah jangan jadi 3g udah lah (gedik gedik gempaq jer

Kama At-Tarawis said...

anon 11.53 - stuju with what you said.

HHalem said...

Madamme Kama:-)

Aik!
Bertukar arah dan corak nampak:-)

Nak kata ke arah political, ya juga.
Nak kata ke agama, ya juga.

A bit of both world. How nice.
Reading this latest posting make my adrenalin flow faster to the necessary part:-)

Watching me, watching you:-)

Kama At-Tarawis said...

halem - kadang2 isi hati nak kena luah jugak kan..dengan niat yang ikhlas dan untuk kebaikan bersama.. :D