Sunday, July 17, 2011

Mini Tazkirah: Ujub


Nabi Muhammad (saw) pernah bersabda: "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang; pertamanya kedekut yang ditaati, keduanya hawa nafsu yang diikuti dan ketiganya ujub”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi).

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Sufyan at-Tsauri mengatakan: "Ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat".

Muthrif rahimahullah pernah berkata: “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi, Abu Ubaidah al-Jarrah, yang menjadi imam, pernah setelah selesai mengimamkan sembahyang berkata: “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa, antaranya:

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya. Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah swt, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah swt, bukan diri sendiri.

(dipetik dari sini)

8 comments:

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. MOHON DISIARKAN SEMULA DI BLOG LF. TKASIH

Kama At-Tarawis said...

dengan senang hati, LF.. :D

Anonymous said...

Untuk hilangkan rasa ujub,sentiasa lah berzikir walahaulawalaQuwatailabillahilazimm < sila betul kan ejaan..saya memang tak pandai...Terima Kasih . AS Salam

Kama At-Tarawis said...

Anon - tq atas peringatan..:D

Anonymous said...

..paling kuat ujub ialah segolongan ulamak (? ) yang mengatakan orang bukan dari kalangan pengajian Islam takdok hok nok kecek Isle!

Kama At-Tarawis said...

anon 9.53 - eheheh ... Isle itu suci & mulio. Isle itu hok semuo..

koolmokcikZ said...

thanks for sharing this.

wishing you a great evening

Wan Sharif said...

Comei tu.. tazkirah I mean..