Sekadar berkongsi maklumat, untuk kebaikan bersama.
Dipetik dari MyMetro .....
SEMPENA musim haji 1431H, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 akan menyiarkan secara langsung program khas Salam Baitullah.
Program 15 episod itu mula bersiaran 1 November hingga 19 November ini, jam 9.00 malam, setiap malam dari Isnin hingga Jumaat selama tiga minggu berturut-turut (kecuali Sabtu dan Ahad).
Program itu akan diulang siar pada hari berikutnya (Isnin hingga Jumaat) di TV2 dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Bagaimanapun pada 5 November ini siaran ulangan pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Penyiaran program Salam Baitullah bertujuan memberi maklumat kepada bakal haji dan sanak saudara yang tinggal di tanah air berkaitan aktiviti dan operasi haji di Tanah Suci.

Mereka juga boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi berita yang disiarkan. Penonton boleh membuat ucap selamat kepada bakal haji menerusi telefon atau SMS sewaktu program itu disiarkan.
RTM akan turut menyiarkan ucapan jemaah dan menemuramah mereka di Tanah Suci bagi tontonan sanak saudara di Malaysia
Program yang disiarkan selama sejam setiap episod itu diacarakan pendakwah terkenal, Ustaz Farid Ravi Abdullah.

Ustaz Ravi akan membawa tetamu ke studio (grandstand) di Angkasapuri, Kuala Lumpur, bagi membincang topik berkaitan ibadah haji.
Pelbagai topik disediakan untuk dibincang bersama tetamu undangan bagi menyemarakkan lagi suasana haji tahun ini.
Selain itu, RTM juga menjemput imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Abdul Halim Zakaria menyertai rombongan RTM ke Tanah Suci.

Dia akan bertugas sebagai pengacara di lokasi dan menemuramah tokoh agama dan pihak berkuasa Arab Saudi dalam bahasa Arab.
Ustaz Abdul Halim akan membuat lintas langsung yang dirakam dari beberapa lokasi di Makkah, Arafah dan Mina.
Ini kali pertama RTM mengadakan siaran langsung selama tiga minggu berturut-turut sempena musim haji. Tahun lalu siaran langsung yang sama pernah diadakan tetapi hanya empat hari.
Rombongan RTM sudah bertolak ke Tanah Suci pada 25 Oktober lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama Kerajaan Arab Saudi, Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Luar Negeri.
Penaja utama program ini Bank Rakyat. Turut menaja, syarikat tempatan Ukhuwah Sdn Bhd dan Syarikat Bin Nagi yang beribu pejabat di Makkah.
-ends-
Kata Kama: Posting ini ditujukan kepada sesiapa yang bakal menunaikan fardhu haji di masa terdekat, ataupun yang telah menanam hasrat untuk melakukannya apabila cukup syarat, maupun yang telah menjadi tetamu Allah dan ingin mengimbau kembali saat-saat syahdu semasa di Tanah Suci.
Mungkin ada di antara kalian yang sudah maklum akan program ini dan telahpun mengikuti episod pertamanya semalam. Tetapi kepada yang masih belum cakna dan berminat untuk mengikutinya, hayatilah maklumat di atas.
Kami 'tuned in' episod pertama semalam. Subhanallah, bergenang airmata mendengar laungan Labbaikallah.., di tambah pula dengan 'footages' dari Makkah Al-Mukarramah dan ucapan sendu para tetamu Allah untuk ahli keluarga dan sanak saudara di Malaysia, Sayunya hati tidak terkira...

5 comments:
terima kasih kerana berkongsi..
Salam, Saya ingin berkongsi live feed from Masjidil Haram Makkah Mukaramah melalui justin.tv/bidyatv.
Untuk solat Subuh lebih kurang jam 10 pagi, Zohor, 5 ptg dan Asar 9 malam.
wan - yw.
aofuad - tq for the info.
Sorry should be bidayatv
Eloklah dapat berkongsi maklumat yang beguna. Terlampau banyak siaran yang berlumba lumba langsung hilang minat menonton. Hiburan dan hiburan.
Post a Comment