Thursday, November 11, 2010

Katakan "Tak Nak!"


Semasa going through akhbar-akhbar harian pagi tadi, saya terpandang salah satu iklan dalam siri kempen anti-merokok anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, yang isi kandungannya menarik perhatian saya.

Kempen Tak Nak! ini kalau tak silap dah berjalan lima tahun lamanya. Sungguhpun begitu, keberkesanannya saya tidak pasti. Mungkin juga jumlah perokok telah berkurangan, wallahu'alam.

Apapun, ini content iklan tersebut; ia mengandungi beberapa fakta menarik yang amat baik untuk kita hayati bersama.

Saya menulis sebagai seorang ex-smoker, yang hanya berhenti merokok lima tahun yang lalu setelah menjadi perokok tegar selama 32 tahun.

Dalam keadaan sekarang, amat baik kalau buang aja tabiat yang tidak membawa apa-apa faedah ini, demi kesihatan badan dan kesejahteraan poket.

Rokok dah hampir RM10 sepeket sekarang, folks. Berat nak tanggung tuh; kalau sepeket sehari dah dekat RM300 sebulan. Bayangkan 'bakar' duit buta-buta setiap bulan..

BETULKAH PEROKOK JUGA ADA HAK?

YA! HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA SEBATANG ROKOK

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:

- 24 sen untuk cukai hasil tembakau
- 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
- 5 sen untuk peruncit
- 1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
- 1 sen untuk dinikmati penanam/pengawit tembakau

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:

- 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
- 10 kali lebih nacaman penyakit paru-paru
- 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
- 4 kali lebih ancaman serangan jantung
- 2 kali lebih risiko serangan strok
- 50% risiko kematian akibat tabiat merokok

Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT!

6 comments:

Pak Zawi said...

Kama,
Seorang kawan meninggal kerana penyakit paru paru. Dia tidak merokok tetapi kerap menghabiskan masa bersama kawan peokok di kedai kopi. Disitu lah dia menyedut asap second hand dari kawan-kawannya yang membawa padah. Ya perokok memang menghadiahkan penderitaan kepada orang tersayang dan kawan-kawan.

Unknown said...

SALAM,
SELALU KITA DENGAR ALASAN SUSAH NAK HENTI HISAP ROKOK. TETAPI KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, MENGAPA KITA TIDAK?

Pp said...

Congrats to ALL ex-smokers who have succesfully said, "Tak Nak!"

Ozz said...

Puan,
Tahniah kepada anda yang berjaya mengekang kecanduan nikotin.....saya pun baru setahun "Tak Nak!" bayar cukai....."kemut" rokok daun saja...

Anonymous said...

Saya ada buat sedikit kaunseling. Ramai orang Melayu mempunyai masalah kewangan - tidak ada duit untuk bayar yuran sekolah anak, ataupun untuk bayar bil api air dan bayar hutang rumah. Tapi bila mereka buka mulut untuk terangkan masalah, masyaAllah bau rokok basi!

Di tempat saya sekotak rokok berharga sama dengan RM25. Kalau dah bantai 2 kotak tiap hari, gaji yang tidak besar itu habis dibakar sahaja.

Selalu saya ingatkan keperluan yang lebih penting, terutama kepada bapa-bapa. Anak-anak dan keluarga mempunyai hak yang lebih utama!

Jasmani, Singapura

Kama At-Tarawis said...

Pak Zawi - Just goes to prove that secondhand smoke is just as lethal..

LF - sesetengah orang memerlukan 'willpower' yg amat kuat untuk berhenti merokok sebab ciggies ni addictive, macam dadah.

Pp - alhamdulillah so far so good, dah 6 tahun, mudah2an kekal.

Ozz - selow selow takpa Ozz. Pak Abu pun sejak rokok naik harga ni dia pakai gulung sendiri; beli tembakau, kertas, filter, roller.

Jas - Indeed Jas..ini semua sebab priority tak betul. I know of people macam ni.. nak bayar yuran sekolah anak takder wang, nak beli rokok ada pulak..