Thursday, October 21, 2010

(Un)Islamic Fashion Festival...


Islamic Fashion Festival 2010, Monaco
(perhatikan perkataan 'Muhammad' yang terbalik menghiasi dada)


Islamic Fashion Festival 2010, Monaco
(entah apa yang ditutup pun tak tau)

Islamic Fashion Festival 2010, Jakarta
(tangan, rambut, dada semua terdedah...)


Islamic Fashion Festival (IFF) 2010 di Monaco yang begitu gah diwarwarkan seantero dunia tempoh hari sudah lama berakhir. Ia berlangsung selama tiga hari, 7-9 Ogos 2010, di Monte Carlo.

Antara tetamu kehormatnya termasuk Prince Albert of Monaco sebagai tuan rumah, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir khabarnya Perdana Menteri Qatar, kaum kerabat diraja Malaysia di samping beberapa selebriti antarabangsa (tidak pula diperincikan siapa dan saya pun tak ambik pot nak tahu).

Difahamkan pengerusi dan pengasas IFF ialah pereka fesyen tempatan tersohor, Datuk Raja Rezza Abdullah, dan antara busana yang diperaga di Monaco adalah ciptaan tempatan, antaranya oleh Datuk Tom Abang Saufi dan Melinda Looi.

Mengimbas IFF: di asas di Kuala Lumpur pada tahun 2006, dengan peragaan di buat di KL dan Jakarta pada tahun yang sama, kemudian menjangkau ke Dubai pada 2008 dan kini sudah bertapak di "playground of the rich and famous", Monte Carlo.

Menurut Datuk Raja Rezza, impiannya ialah untuk menjadikan Kuala Lumpur, Jakarta dan Dubai sebagai "Islamic fashion capitals of the world", setanding London, Paris, New York dan Milan yang menjadi 'ibu' kepada fesyen Barat.

Banyak write-ups mengenainya di dalam dan di luar negara. Ramai yang kagum dengan busana yang diperagakan, kebanyakannya abaya/jubah, hijab/tudung dan pakaian tradisional yang telah ubahsuai dan dimodenkan.

Tak kurang juga yang bengang, menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap fesyen yang dianggap langsung tidak mencerminkan cara pemakaian Muslimin sebagaimana dituntut agama.

Rata-rata mereka mengutuk penampilan sesetengah busana sebagai "un-Islamic"; lihat saja contoh gambar-gambar di atas.

Pada awalnya saya agak terkilan apabila kedengaran suara-suara sumbang melepaskan geram terhadap isteri DS Najib, yang turut hadir di Monaco. [Lepas geram kat PM tak guna, dia ikut jer!]

Dalam benak saya berkata apalah mereka ni, asyik condemn semedang. Kehadiran PM dan isteri tak ubah macam tetamu di majlis persandingan; kalau pengantin perempuan pakai baju nampak pangkal susu, takkan nak salahkan tetamu kot?

Kemudian saya teringat, IFF ini satu homegrown project dan DS Rosmah adalah penaung asasnya (founding patron), jadi pembabitannya bukan setakat luaran.

Dan lagi, ini bukan kali pertama beliau muncul di fashion showcase sebegini. Setiap peragaan beliau menghadirkan diri. Justeru itu, saya terkilan kat DS Rosmah lah pulak.

First and foremost sebagai seorang Muslimah, secondly sebagai isteri Perdana Menteri, thirdly sebagai penaung asas IFF dan fourthly sebagai wakil kami wanita Islam Malaysia (bab ni saya dah rasa berat nak terima), dia kena cakna lah sikit.

Datin Seri, you are in a position of power to dictate (takkan tak berani nak sound kat para pereka fesyen tempatan kot kalau kat 'cik abang' pun berani); janganlah memalukan agama kita di persada dunia.

Dah cukup sebenarnya Islam diperkotak-katikkan. Apa perlu kita tokok tambah lagi, merendahkan maruah dan mertabatnya di mata orang lain?

Bagi saya, perkataan 'Islam' itu dijaja dengan sewenang-wenangnya dalam Islamic Fashion Festival yang jelas terbukti tanpa ciri-ciri keislaman ini.

Cuba tengok fesyen kat atas tu; terdedah sana, terburai sini, tak sopan langsung. Tutup aurat jauh sekali. Apa ker jadahnya? Islam jenis apa yang dipertonton dan diperagakan ini?

Malu saya.. amat malu...

14 comments:

Wake UP! said...

Nak terlibat dalam NGO atau perkara yang memberikan faedah kepada masyarakat umum memanglah baik.

Tapi janganlah sampai diri digunakan untuk menjatuhkan maruah agama Islam.

AuntieYan said...

Salam Kak Puteri,

He!...he!...rasanya depa ni tak faham kot??...ke depa ikut sunnah lain??? "geleng-geleng pala"

Anonymous said...

Salams Kak Putri.

The culprit is latuk rezza abdullah.Rezza is from Kelantan Nik ajis.Kelantan is famous for its lovely scarfs n I guess Rezza ( Lupa daratan n RIAK)

wawa

Mama Huptihup said...

masa i tgk memula tu i was so terkejut...kalau nak buat fashion show, buat sajalah tp jgnlah letak islamic...sbb tak islamic lgsg...yg tom abg saufi tu buleh lah gagah lagi ( i berkenan pulak)...hat lain tu i pun confuse apa yg islamicnya...

Anonymous said...

Salam Kak, it reminds me of Awwa punya jubah yang cantik cantik. mana dia beli kak? baik saya laburkan duit kat kedai tu dari terkujat tengok latest fashion ni :)

terima kasih

Anonymous said...

Kak Puteri, this is a simple case of ketam yg teringin nak ajar anak berjalan. Diri sendiri tak cukup kain (nak cover badan, rambut, etc), ada hati nak perkenalkan a proper Islamic attire to the world (kononnya).

Kalau ada quarters yg terikut fesyen2 yang tak proper ni...hmm sendiri mau ingatlah. Datin seri or whatever seri...jawblah esok kat akhirat.

-rina

Kak Teh said...

salam, dengar ura-ura, dalam masa yang singkat ini , akan diadakand i Dubai pula and then awal tahun depan di London. Jadi harap review semulalah rekaan.

Kama At-Tarawis said...

WU - benar sekali apa yg WU katakan..

Yan - pada pandangan saya, kalau kita libatkan orang lain yg bukan Islam, jadi tugas kita untuk bagitau mereka what's involved dalam cara pemakaian muslimin. ni sebenarnya kes lepas tangan..

Wawa - shared responsibility tu. yang menyedihkan kebanyakan yg terbabit tu muslim designers.. they should know better la kan..

Mama - kak puteri pun setuju, some of the designs memang cantik dan sopan..

Anon - kebanyakan jubah awwa beli kat medinah masa pi umrah april lepas. selainnya dia beli kain dan hantar ke tailor di ampang point.

Rina - agreed. as ihv said many times before, kita kena pandang diri sendiri dulu sebelum nak perbetui orang lain.

Kak Teh - harap-harapnya macam tulah kak teh.. review balik the designs, that's the best. i think the idea of showcasing cara pemakaian islam tu bagus, tapi executionnya tak betul..

koolmokcikZ said...

Salaam Puteri,

Inilah satu contoh yang dikatakan Melayu ni Islamnya hanya pada 'form' bukan pada 'content'.

Kalau tak silap, Rezza tu dah mengerjakan haji. Umur pun bukan muda lagi. Seharusnya dia mampu menggunakan peluang yang ada di depan matanya untuk promosi keperibadian Muslim

AnnoyinglyAnonymous-LemanPulut said...

Lelaki Pompuan kalau pi pesyen show, persepsi diorang berbeza. Kalau pompuan akan appreciate dan memuji pakaian dan outfitnya.

Jika mana-mana model perempuan berjalan atas catwalk, imej minda mereka akan memaparkan satu set busana berjalan tanpa badan atas catwalk tu, dan akan membayangkan mereka yang memakai pakaian fesyen tu.

Lelaki pulak lain. Busana Musana. Dia akan nampak setusuk badan berjalan tanpa seurat benang, bergerak ke arahnya dan menyerahkan diri kepadanya.

Duniaaaaaa, dunia.

Leman Pulut

Kama At-Tarawis said...

koolM - there's hope for IFF yet, that's my take on this project. mudah2an the future ones will be a little more sopan..

LemaN -hehehehe... dunia, dunia!

Anonymous said...

Crap...

Derebar

Anonymous said...

Memalukan mengunakan nama islam untuk fashion festival yang tak nampak pun ciri ciri islamic.

Sepatutnya ditukar kepada first lady fashion festival baru bersesuaian dengan penganjurnya yang tergedik gedik nak jual nama.perasan la tu!.

....minah karan...

Kama At-Tarawis said...

Derebar - aha!

MK - hehehe, komen yang penuh karan..!