Thursday, October 28, 2010

Tawarikh (Revised)

Nah, tak lama lagi mata pelajaran Sejarah (zaman saya dulu dipanggil Tawarikh) akan jadi subjek wajib lulus. Tak lulus kalo, pengajian kamu terbantut.

Diumumkan bahawa Sejarah akan diwajibkan lulus bermula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2013 dan akan dijadikan salah satu subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.

Saya antara orang paling gembira mendengar pengumuman Muhyiddin ini. Bukan apa, sudah sampai masanya sejarah tanahair itu MESTI dihayati sepenuhnya.

We learn from the past to chart our future. Kalau sejarah silam pun jahil dan tak ketahuan, macam mana nak rancang masa depan?

Tidak disangkal lagi rata-rata generasi sekarang, yang lahir ke dunia post-Independence, kurang peka dengan sejarah tanahair.

Mereka mengambil sikap acuh tak acuh, mungkin kerana tidak mampu menghayati (ataupun sengaja menidakkan) nilai-nilai perjuangan kearah kemerdekaan.

Betapa perit hati saya membaca bagaimana kejerihan para nasionalis negara dalam memperjuangkan kemerdekaan diperlekeh dan dipersenda oleh Generasi 'Aku' ('Me' Generation) ini.

Bagi saya, hanya orang yang tidak bangga menjadi rakyat negara ini yang merasakan tidak perlu tahu urutan sejarahnya, sepertimana golongan yang tak ambik kisah untuk memahami dan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan.

Kini sudah kedengaran nada-nada sumbang mencebik bibir dengan kenyataan Muhyiddin berhubung subjek yang bakal diwajibkan ini. Sebagaimana biasa, the naysayers ini sepantas kilat berprasangka buruk.

Antara rungutan yang dijadikan dendangan ialah "Alah, sudah mesti sejarah negara akan diubahsuai dan diolah menurut citarasa Pemerintah."

Cemuhan seperti ini sebenarnya memperlekehkan daya pemikiran generasi muda. Apa anda ingat mereka senang diperbodohkan dengan sejarah rekaan?

Tahap kepekaan generasi sekarang kian meningkat, terutama dalam kesedaran politik. Mereka juga mampu menimbang baik buruk dalam public governance dan tidak teragak-agak menyuarakan pendapat mereka.

Zaman 'pak turut' dan 'lembu dicucuk hidung' sudah berlalu; kalau Pemerintah masih belum sedar hakikat ini, then they are signing their own death warrant.

Walau apapun, perlu diingat Pemerintah juga tidak sedangkal yang anda sangka. Memang kerajaan banyak kepincangannya, tetapi dari segi pembelajaran sejarah saya yakin mereka tidak akan menyimpang dari kebenaran.

Depart from the truth, and you know where you will be soon enough... kamu akan dikuburkan rakyat..

Hanya satu harapan saya, dan ini ditujukan khas kepada mereka yang mengajar Sejarah di sekolah-sekolah: Make the lessons of History interesting! Jangan sampai pelajar hilang minat.

Secara peribadi, saya amat meminati mata pelajaran Tawarikh semasa dibangku sekolah. Mungkin kerana saya memang suka membaca, dan mempunyai keinginan mendalam untuk mengetahui sejarah silam.

Apa sekalipun, Sejarah akan menjadi tawar hambar kalau cara penyampaiannya terlalu bersahaja, tanpa kreativiti dan inovasi. Jadi para guru kenalah peka sikit perihal ini.

Nada-nada sumbang juga kini kedengaran berikutan ura-ura memasukkan Artikel 153 Perlembagaan Negara berhubung hak-hak istimewa orang Melayu sebagai sebahagian daripada syllabus Sejarah.

Soalan saya, apa nak ditakutkan sangat bila Artikel 153 difahami semua? Apa asas mempertikai ura-ura ini? Bukankah sesuatu yang baik apabila generasi pelapis memahami apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara kita ?

Cuba tanya generasi kini, apa yang mereka tahu akan Perlembagaan Negara? Bagi sesetengah mereka, usahkan Perlembagaan Negara, Rukunegara pun tak lepas, walaupun dah recite beratus (mungkin beribu) kali di zaman persekolahan!

Saya terbaca dalam akhbar sekejap tadi akan komen seorang guru sejarah yang menyatakan beliau setuju dengan saranan ini hanya kalau perubahan dibuat kepada syllabus semasa.

Katanya skop mata pelajaran Sejarah sekolah menengah hari ini terlalu luas dan merangkumi terlalu banyak maklumat dan fakta.

Difahamkan ada 10 bab yang perlu diliputi di Tingkatan Empat dan 9 lagi di Tingkatan Lima.

Andainya metodologi semasa dikekalkan, memang terduduklah budak-budak nak mempelajarinya. Apatah lagi bila dah jadi wajib lulus, alamat ada yang terkandas nanti.

Walau bagaimanapun, diharapkan pihak-pihak berwajib mendalami dengan terperinci dari semua segi sebelum saranan menjadi kenyataan.

Niat mungkin murni; mewujud dan mempertingkat kepekaan terhadap sejarah tanahair, sekaligus menanam semangat nasionalisme dan cintakan negara, tapi janganlah sampai memudaratkan pembelajaran anak-anak kita pulak.

4 comments:

Wan Sharif said...

Saya juga meminati sejarah di zaman persekolahan. Seingat saya agak sukar untuk menjadikan sejarah sebagai matapelajaran yang menarik perhatian semua pelajar. Guru harus banyak membaca dan berusaha kearah itu.. dok gittu?

Anonymous said...

Salams Kak Putri

Guru2 sejarah wajib ada semangat nasionalis n cintakan tanah Melayu ini
Thank Q for this interesting reminder on Tawarikh.

wawa

Mama Huptihup said...

i love history...tp cikgu i buat i hampir zzzzzzzzzzzzz dlm kelas...dia baca notes dia sambil berjalan dlm kelas dan suruh kami salin apa yg dia ckp..and then habis...lenguh tangan dok salin :D

Kama At-Tarawis said...

wan - history can be a dry subject because it needs a lot of reading. tu sebab ramai budak2 tak suka mata pelajaran ni.

saya baca banyak komen dari pihak guru in the papers berkenaan isu ni. rata2 they agree creative and innovative thinking perlu in the teaching of history...not just regurgitating facts.

wawa - kalau cikgu ada semangat macam tu amat bagus sekali sebab boleh diperturunkan kepada anak murid. malangnya ramai cikgu kuat berpolitik sekarang..

MH - saya pernah ada cikgu sedjarah macam ni. yakity yak yakity yak dari mula sampai habis, pastu copy apa yg dia cakap.. this is NOT the kind of history teachers we want..