Untuk renungan bersama, semoga kita sentiasa berwaspada....
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
ZALITUUN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. [Aaaa, yang kaki shopping tuh, ambik extra perhatian ya..]
WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat, terutama tempat-tempat yang ada minuman keras.
MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. [Aiiii, ini mesti ada kat karaoke lounge ni...]
MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga.
WALAHAAN
Menimbulkan rasa waswas dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
8 comments:
nama mala'ikat pun saya tak kenal. nama nabi2 pun saya tak hafal, kita nak belajar pula nama setan.
bila nampak headline tadi, ingat u nak letak nama2 ahli politik.... heehee.
Rem - you cuma patut ingat Isetan cukup lah.. dia selalu kasi discount! LOL
Peringatan yang baik.. semuga Allah membimbing kita kearah yang lebih baik Sokmo sokmo
tq for sharing kak puteri :D
hah! aku ingakkang politi' gok takdi, bérréh Kak Kama...
wan & mama - mari kiota sama-sam beringat..
CU - mu ni gok..lol..
salam,
nak share w friends ya.tq!
terima kasih ...
Post a Comment