Saturday, October 30, 2010

Tambah Cawangan


Semasa merayau-rayau kat Facebook tadi, saya terjumpa dengan posting ini. I find it very refreshing, lantas pohon izin untuk memuatkannya ke dalam blog ini untuk direnungi bersama.

Luahan Hati Lelaki 40-an yang dibenarkan berkahwin sorang lagi

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewarwarkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-sengih ajelah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psychology dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah. Sebab apa? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.

Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb. Tapi tentang makan minum pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasanya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala-galanyalah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu.

Rasa-rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu? Tentu dia banyak ragam. Yelah, dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan. Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dengan kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95. Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam!

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmen 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari. Hari minggu pun kena cari duit, nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah, sekarang nikan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.

Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak, sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama - bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak). Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. Haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun dua. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.

Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii, tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I. Lagi haru ...!

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria-ria kita nakkan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua takkan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk. Takkan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak bapak mertua baru I tu .... Hisyy, banyaklah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah-indah kawin dua nih, silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tulah I taknak tambah. Taknaklah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut Nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.

Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payahlah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam Nabi konon. Ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam Nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial-kial.

Wallahualam.

- suami orang-

18 comments:

D said...

Oh, I'm giving this man a standing ovation! He's indeed wise and this is certainly refreshing. thanks for sharing Kak Puteri!

oRang kAmpong said...

Rasanya bab kahwin lebih dr 1 ni subjektif sgt cik kak ooi.ada org nak sgt kahwin 2 xp xdapat2 jugak.jodoh tulah klu xada xkan merasa.xp sebagai ahli persatuan 2B dgn jujur sejujurnya sy nasihatkan penulis sahabat kak tu dan juga org2 lain yg layak dan mampu zahir dan batin klu bolih elak ok dulu xp klu dah ketentuan allah tu xdapatlah den nak nolongnya.sedapnya xseberapa mengidapnya yg banyak.

Kama At-Tarawis said...

D - refreshing kan?

OK - stuju dgn apa yg OK katakan..:)

Cik Puan Kamil said...

I like this Aunty. Thanks for posting this.. finally a breath of fresh air..

Unknown said...

Macam OK kata...sedapnya x seberapa, sementara isteri muda tu masih muda, syok le, dah tua esuk..sama je. Kawan2 yg ada 2 pun selalu kata mcm tu, kalau boleh elak, cubalah elak, takut tak terbawa tanggungjawab yg berat, esuk jalan senget di padang masyar.

mekyam said...

i'm right beside D giving "en suami orang" standing ovation!

dah tu pandai dia inject humour dlm perkara yg serius. itu yang buat mahal tu. i baca dua kali, sbb seronok. :D

Memorable trails... said...

Klu ramai yang berfikiran mcm 'suami orang' ni,ramai lah isteri2 yg bahagia d luar sana..
Thnks for sharing..

AuntieYan said...

Salam Kak Puteri,

Sebenarnya ramai jugak para suami yang berfikiran macam Encik ni, tapi, ye lah orang lelaki, depa ni kan ke kuat dengan sifat ego, jadi takmo le cakap macam tu nampak tak macho le pulak kan?

Syabas pada Encik yang jujur ni....suami-suami yang lain tu pikir banyak, banyak, banyak kali sebelum nak cuba-cuba tambah cawangan.

AnnoyinglyAnonymous-LemanPulut said...

A refreshing thought indeed by Mr Tringin-Nak-Kawin-Tapi-Tak-Brani “suami orang” there. His treatise of course provides some pheromonal boosts to some of your female readers, reminding me of those days in which we all sat in the school padang watching a western movie in one Kementerian-Penerangan night long, long ago and therein the Red Indian penjahat crept slowly behind the hero with his tomahawk and before he could raise it up --- BLAM! --- the quick-thinking, quick-witted cowboy drew his gun and sent the Hopi brave to kingdom come and we all cheered and we all clapped and we all were ...oh so grateful for such good-triumphs-over-evil scenarios.

Yes Kama, your First-Wives-Club readers all cheer and all clap in an enthusiastic, grateful manner not very much different from our cowboy movie there, but they rightly do so: if everything is brought down to analysis, can any of those with desires to “pasang another branch” do so out of necessity? Or is it pure lust, with some hadiths thrown in here and there for camouflage? I myself am perplexed at this concept of pasang-pasang branch thing. Perhaps it just shows my weakness or my inability to concentrate on more than one thing (read: family) but ... how on earth do these people ... multitask? I mean, it’s crazy enough for a set of kids to shorten your lifespan with their karenah and they look forward to have another set?

Perhaps I dont (or can’t) belong to those who have the potential to “pasang” purely because of one thing: I walk in front of girls or ladies and they don’t even know I exist! How to even begin flirting? Not that I am not good looking. In fact, by most homo sapiens standards, I can rightly say I am so handsome it itches (see my photos here to verify claim). But then this shows one thing: irrespective of whether the guy is handsome or not, what on earth are those ladies doing flirting with other people’s husbands? (or put it in a reversed paraphrase: what on earth are they doing accepting the flirtings of a married man?)

But be that as it may, we cannot run away from what God has ordained to be halal and acceptable. Just that some men never realize that when God permits certain things, it doesn’t include those who can’t afford to do them.

So in the midst of our applauses on some inspiring tale about cowboys and indians, be aware that without provisions like those given by God, your husbands might fall into the trap of the cow-milk philosophy: “Why should one buy the cow when you can get the milk for free”?

Leman Pulut
Tak mampu Tak takut
Cuma tak mahu tambah serabut

Anonymous said...

Kak, anak dara tua yang nak masuk 40 macam saya sangat ngeri bila bercakap dengan lelaki terutamanya di office. Takut di kata menggatal. Kalau tak cakap di kata mengada macam bagus jual mahal.
Kalau nampak jiran, saya jalan tunduk, takut di kerling sang isteri yang jelingan mampu membuatkan saya mahu masuk 6' under.
Hidup yang sukar sebenarnya, orang akan menyalahkan kita selalu. Tu belum masuk sindiran saudara mara.

Miss Gina

Anonymous said...

MAKAN UNTUK HIDUP UNTUK MAKAN

Untuk terus hidup manusia kena pastikan keperluan asas dipenuhi. Tanpanya manusia akan jadi lemah, sakit, mati dan pupus.

Contoh keperluan asas adalah makan dan minum. Jasad perlukan makanan dan minuman dalam kuantiti tertentu.

Keperluan ini dikawal secara otomatik. Apabila tubuh perlukan makanan dan minuman manusia akan berasa lapar dan dahaga.

Perasaan tersebut (lapar dan dahaga) akan hilang setelah tubuh mendapat kuatiti makanan dan minuman yang diperlukan.

Dalam masa yang sama manusia mempunyai nafsu. Nafsulah yang mengajak manusia melakukan sesuatu melebihi keperluan asas.

Keperluan asas bagi setiap individu berdasarkan umur, jantina, saiz dan keaktifan adalah sama.

Nafsulah yang mengajak seseorang itu makan melebihi kuantiti purata yang orang lain makan. Wal hal sistem penghadaman tidak perlukan lebihan itu.

Nafsu boleh dikawal oleh akal, displin, kesedaran, panduan, peraturan dan hukum-hakam.

Realitinya, manusia ada yang lebih dan ada yang kurang. Begitu juga kawalan nafsu.

Ada yang berjaya mengawal kuantiti yang dimakan tetapi kurang berjaya mengawal apa yang dimakan.

Ada yang berjaya mengawal apa yang dibenarkan untuk dimakan tetapi kurang berjaya mengawal jumlah kanji yang dimakan.

Ironinya ada insan yang suka makan apa yang tidak dibenarkan tetapi makanan yang dibenarkan ditolak atau malu-malu kucing.

he he

Anonymous said...

Miss Gina,

Sepatutnya di pejabat bukanlah tempat untuk usik-mengusik. Memberikan respons yang secukupnya terhdap usikan biasa, tidaklah dianggap menggoda. begitu juga tidak responsif terhadap usikan berlebih-lebihan rakan-rakan tidaklah dianggap menyombong.

Lambat atau cepat memulakan sesuatu perjalanan bukanlah penentu siapa yang akan sampai dahulu. Begitu juga dengan suka dan duka. Kecerian yang seketika adakalanya lebih bermakna dari kebahagian yang berpanjangan tetapi berakhir dengan kemurungan; kesedihan yang sesaat itu adakalanya lebih perit dari kesedihan yang berpanjangan tetapi berakir dengan kegembiraan.

Chinglot

jaflam said...

Slm P3,
Artikal yg sangat menarik dan baik buat ingatan yg mahu tambah cawangan. Ada kawan saya ni masa ada isteri sibuk nak tambah cawangan kerana kononnya yang pertama pilihan ibu dan agak dah gemuk sikit. Takdir Allah isteri meninggal dan lepas enam bulan dia masih mencari ganti. Jenuh kawan sindir sebab dulu macam tak sabar2 nak kawin baru. Macam2 rupa, gaya dan umur kawan duk introduce sebagai pengganti tapi dia masih kelabu nak pilih yang mana. Akhir nya dia buat pilihan jugak janda tidak beranak dan umor lebih 40an. Nak jadi cerita pilihannya tu salin tak tumpah rupa dan bentuk badan macam arwah.... sebenarnya jodoh yang pertama dia tu dah yg terbaik Allah beri kat dia.

a woman said...

i think this was written by a woman!! haha

Kama At-Tarawis said...

Folks, my personal take on polygamy has always been based on 3 things yang berasaskan kemampuan: mampu zahir, mampu batin, mampu berlaku adil. kalau tiga2 tu boleh dipenuhi, bagi saya dah takder halangan kalau nak berpoligami.

bab feelings and emotion i.e cinta & kasih sayang tak ambik kira. sebabnya kalau suami kasih akan isterinya, tak mungkin dia melukai hanti si isteri tersebut sekalipun dia mampu zahir, mampu batin dan mampu berlaku adil. tapi kalau kasih sayang tu dah luput, for whatever reason, semua boleh jadi.

Jaflam - sesungguhnya Allah swt juga yg maha mengetahui kan..

Woman - kalau takpun, seornag suami yg sayang bini kot.. :-)

Anonymous said...

Apabila wanita "uzur", lelaki turut menerima tempias. Kalau satu minggu bolehlah dianggap tidak akan menguzurkan lelaki tetapi apa kata kalau wanita itu uzur lebih dari itu?

Walhal dalam konteks tajuk yang didiskusikan lelaki jarang sangat uzur. Malah dalam keadaan uzur, fungsi lelaki sebagai pelengkap kepada wanita jarang terganggu. Makanya kalau ada kefahaman tentang yang ini, amanlah dunia!

Hik-Hik-Hik

Anonymous said...

salam,

maam, i luv this..it reminds me of my ex boss..a man who shares the exact sentiment as en. suami orang...
katanye org lelaki ada 2 kepala..kepala besar & kepala kecik...when decisions & reasoning are made by kepala kecik...he'll be in trouble ;)
and yes...dia sgt2 sayang bini & anak2...mentah2 je ditolak calon2 yg bini bwk utk dia kawin lg satu...i think these man are rare...hiks

adib

Anonymous said...

memang syok dengak macam2 komen kat sini, tapi, yang penting ialah nawaitu kita, kalau baik, baiklah jadinya.