Saturday, September 26, 2009

Kuzi Ayam MakTok


This recipe is Arabic in origin and is usually made with lamb. But I learned the chicken version and have been cooking this every Raya since. The recipe is here to oblige blogger Ezza who had asked for it.

It is very easy to make and can be eaten with either nasi minyak or roti Arab. It's also ideal for children because it's not hot, but if you want a little sizzle, just add one or two more cili merah. I like cooking it the way it is, though. Happy trying and please tell me the outcome.


KUZI AYAM MAKTOK


Seekor ayam, sederhana besarnya
1 tin susu cair (Ideal)
1 botol sos tomato (del Monte)
1 sudu besar rempah korma (serbuk atau paste)
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 labu bawang besar
3/4 cawan minyak sapi
1 sudu besar kicap manis
Garam secukupnya


Cara membuat:

Ayam dipotong kecil-kecil (bite-sized), kemudian digaul dengan sedikit garam kunyit dan digoreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan lebihan minyak.

Bawang merah, bawang putih, cili hijau dan cili merah dikisar (blend) tapi janganlah sampai lumat. Bawang besar di hiris bulat-bulat.

Dalam mangkuk berasingan campurkan susu cair, sos tomato, rempah korma, kicap manis dan ramuan yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam, kacau sedikit hingga ayam sebati dengan minyak sapi, kemudian tuangkan campuran susu cair tadi. Masak diapi sederhana hingga kuah menggelegak dan ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa, angkat dan hidang.


ends

21 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Terima kasih Kak Puteri...

Akan saya buat hari ini atau esok...bahan bahan nya pun mudah....tengok gambar dah tergoda...
Terima kasih banyak2..nanti bila dah buat saya letak gambar sekali...
Salam hari raya dari kami di Klang...

mamasita said...

Yummy..thanks Puteri.

Somehow you've made me lose the fear of making Kuzi. I ingat susah rupanya easy jer..TQ TQ.

Pi Bani said...

Payah sikit nak masak ni... pasal ada 2 benda my mom tak tahan - susu and minyak sapi! Confirm sakit satu badan!

Kak Teh said...

in syallah akan cuba. Pernah juga rasa kuzi di rumah kenduri.

Kama At-Tarawis said...

Ezza - selamat mencuba. sure ezza buat sedap sebab ada air tangan.

Mamasita - yang jadi senang sebab pakai pre-prepared rempah (rempah korma). kalau buat from scratch, harula jugak. I pun malaih eh..

Pi -As opposed to me, Pi, saya suka masakan yg ada minyak sapi dan susu cair. I like the smell of ghee. between santan and susu cair, I prefer the latter.

Kak Teh - I think kak Teh buat sebelah mata aja.. hehe.. punyala senang.

mawar said...

Saya rasa cara masak kuzi tu tak abis belajar lagi.
Recipe dan cara masak tak cukup. Ayam tu kena perap ngan halia selain dari kunyit. Bahan bahan lain ialah badam , kismis, pedal dan hati ayam. Kismis dan badam digoreng. Pedal ayam da hati ayam juga dipotong halus dan digoreng letak tepi untuk dimasukkan dalam kuah supaya pekat. kismis tu akan menjadikan kuahnya manis dan pedal serta hati ayam tu akan menjadi lebih pekat dan umph...resipi sebenar juga memasukkan koma-koma dalam kuahnya..akan jadi kuahnya sedikit merah dan wangi tidak pucat..walau bagaimana pun . Selain roti Arab bun Kentucky juga sedap dimakan dengan kuzi...begitu juga dengan nasi minyak atau nasi tomato.Walaubagaimanapun tahniah diketengahkan masakan kuzi ini dan secara asasnya ok le.

Kama At-Tarawis said...

Mawar - terima kasih atas sumbangan idea. yg u ajar ni lagi sedap bunyinya..hehehe.. nanti saya nak cuba.. my recipe tu dah di'simplified'kan.. Ezza, cuba buat cara ni pulak.. tengok camno..

NanaDJ said...

Puteri, Am going to try your recipe, look sedap. At the moment if I can, rasa dah tak nak masuk dapur nor see another chicken - need badly to recover from cookingthon. But what to do, duty calls.

Kama At-Tarawis said...

NanaDJ - I share your sentiment, tapi like you said lah.. apa nak buat, duty calls. from raya day, I have been cooking nasi minyak and kuzi ayam on an (almost) daily basis sebab visitors ramai datang. But it's ok, twice a year (and the occasional request) isn't bad..:)

Kak Teh said...

puteri, pls go to http://noorizeyes.blogspot.com/ to see pix of Tok Bet's visit to see my mak and family. sigh! I missed the reunion again. You will see a lot of familiar faces.

Kama At-Tarawis said...

Kak Teh - I hv viewed the pictures. Now baru nampak muka masing-masing dengan jelas.. nice family pics, those..

Cat-from-Sydney said...

Aunty Puteri,
Can we use tuna instead of chicken? purrr.....
Did Lillie eat any? Lucky cat!

tee said...

salam... masakan kuzi memang feberet anak2 Tee... not much different from my mom's receipe.. cuma yang berbedanya ialah bawang besar dimayam dan digoreng hingga perang dan dikisar.Memang menyelerakan.. :)

tee said...

and i agree with mawar.. my mom pun ada masukkan kismis, badam, hati & pedal ayam.. (tu yang dok berebut selalu).. hehe.. n also daun ketumbar utk menwangikan lagi aromanya..

:)

mawar said...

Kama,
Sebenarnya ada rempah khusus untuk kuzi ni yang boleh diperolehi dari Kelantan. Maaf Puan Kama kerana mencelah... saya adalah peminat fanatik Kuzi...dan Ketupat sotong.

Fadhil said...

Salam Kak Kama,

I think I'll try this recipe with lamb. Anything with ghee is sure to taste and smell delicious.

Thanks for the recipe.

Kama At-Tarawis said...

Cat - kuzi tuna? erwww...LOL

Tee & Mawar - terimakasih kerana bagi input. memang next time saya nak cuba you all punya version pulak. saya pernah makan yg ada buah badam dan kuzi tu.. sedap. tak tau pulak ada rempah khas untuknya> waaa... nampaknya kena pesan dengan member2 kota barulah ni..

Oldstock - my simplified version senang sesangat nak buat. minyak sapi tu sedap baunya kan? tapi some ppl tak tahan pulak.. i like it so much.

ray said...

Komen Pak Malim kucing ray yg alim.

Saya tak pandai masak, kata Pak Malim yg berbaju pesak. Susah, sebab tangan saya, berbulu, kata Pak Malim sambil mengunyah kuih bahulu. Kama, baru2 ni, ada pi One Utama, tak? kata Pak Malim sambil minum susu kotak. Bawa sekali, ayam kuzi, kata Pak Malim sambil duduk atas kerusi.

Kama At-Tarawis said...

Ray - Kama ni almost hari2 pi One Utama.. saja suka jalan2..

Anonymous said...

Salam Kak Kama, I'm MrsN's gf@office.

Tried 'your' Kuzi. Mmg mati2 ingat masak kuzi susah and leceh and banyak songeh.

For working mum 5 anak,& takde maid pula, I prefer yg simple mcm tu tapi masih ada taste kuzi.

Dan yg pentingnya, all the kids SUKAAAAA. Bapak budak too.

Mama now suka hati sebab dah pandai buat kuzi. Hehe.

mia-sara

Kama At-Tarawis said...

mia-sara - aaaaa, tu yang kak puteri nak dengar tuuu..! am glad it turned out ok and that the family like it.. :)