Monday, August 31, 2009

Layakkah Kamu?


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52





"NEGARA KU"



NEGARA KU,
TANAH TUMPAHNYA DARAH KU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA'



@@@@@



RUKUNEGARA



KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN



@@@@@


Sesiapa yang tidak tahu
atau tidak mampu
berbahasa Malaysia dengan baik
tetapi enggan mempelajarinya,

tidak tahu menyanyikan "Negara Ku"
dan malas mengambil tahu,

tidak pernah tergerak hati
untuk mengamati apa itu "Rukunegara"
apatah lagi menghayati dan menghafalnya,

TETAPI

dilahir dan dibesar, menimba ilmu, mencari makan
berkeluarga dan memupuk generasi baru di bumi bertuah ini,

dan tanpa segan silu menikmati segala kemudahan
yang disediakan oleh pemerintah untuk semua
termasuk yang tidak berbelah bagi kesetiaannya seperti aku,

dikala mulutmu mencerca tangan yang menyuapmu,


MAKA


sesungguhnya kamu tidak layak dipanggil Orang Malaysia,
dan tidak layak memegang Kerakyatan Malaysia

kerana, sudah lebih setengah abad berlalu
tapi kamu masih di takuk satu
Tidakkah kamu malu?




"LUAHAN HATI ANAK MALAYSIA SEJATI"

28 comments:

Queen Of The House said...

Hear! Hear!! My exact sentiments. Menyampah dengan orang yang tak malu menikmati apa saja yang boleh didapati dari negara & kerajaan, tapi at the same time mulut tak berhenti mengutuk kerajaan dan negara sendiri. Sampai dah nak mati pun tak menunjukkan satu pun unsur patriotisme.

Spices of Life said...

anak malaysia adalah rakyat yang bersyukur kerayatannya and tidak meminta apa yang hak negara itu ke atas nya maka apa yang patut ia lakukan demi memakmuran negara and kerharmonian antara rakyat. selamat menyambut hari Merdeka..

kay_leeda said...

Sokong sangat-sangat!! Apabila semua nya dah di depan mata, dan dapatnya tidak perlu berusaha bersusah payah, maka sikap bersyukur and berterima kasih jarang dilihat. Dan sikap inilah yang ditakuti akan memusnahkan segala yang ada sekarang.

Salam Merdeka Kak Puteri.

AWANG said...

Promo,

Sajak Merdeka : Kite Sah Sah Baru
di http://daerahdungun.blogspot.com/

Naz in Norway said...

Saya setuju 150%!
My sentiments, exactly.

Al-Manar said...

Hajjah,
Syaratnya terlalu ketat. Mahasa Melaysia sahajapun dah cukup Nampaknya tak layaklah tahun ini.
Pakcik

Al-Manar said...

Hajjah,
Do you see what I mean? Bahasa dah jadi Mahasa! Fortunately a very obsevant lady saw my 'darah' being spelt without 'h'.

Anonymous said...

so much for trying to unite Malaysia, where people like you and commenters here try to make things worse by expressing thoughtless mindset.kenyataan anda menunjukan hati yang busuk dan dendam .minda yang kurang bijak pada hari Merdeka ini.

Kama At-Tarawis said...

Anon 5.28 - thank you for your comment.

Kama At-Tarawis said...

Al-Manar - pakcik dah qualify awal2 lagi; your kerja amal speaks for itself.

Kama At-Tarawis said...

To all - kalau nak jadi rakyat america & britain pun kena sit for an english test. tak pass tak dapat permanent residency leading to citizenship. salah ker kalau kita ask for proficiency in the national language as qualifier? i think too many people like anon take things for granted.

Spices of Life said...

Hajjah.
so true nak dapat kan kerakyataan america or britain kena fasih berbahasa english, jika gagal tah bila di panggil balik utk interview and test. further more , kat usa ramai juga rakyat hispanic yang berbahasa sepanyol, tetapi tak pula saya nampak perlu sekolah kebangsaan sepanyol. bukan seperti negara kita. all I can say, be proud to be malaysian..be proud to speak malay.. tak di pandang bodoh jika seseorang tu berbahasa melayu.

Kak Teh said...

puteri, kalau dikenakan syarat macam di England, rasanya ramai yang tak akan pass. Orang Inggeris sendiri pun kalau ambik test ni mungkin tak pass. Kita ni terlalu lembut. terlalu memberi.

Kama At-Tarawis said...

Yup, kita memang lembut, sebab tu orang dah panjat kepala kita, caci raja raja kita dan hina agama kita. isu kepala lembu riuh rendah, yg kepala babi dicampak diperkarangan masjid kat kapar dulu sapa pun tak berdecit. polarisation makin teruk.. kalau kita bukak mulut dikata racist, kita diam dipijak2 kepala kita.. what gives? you can call me anything - hati busuk ker, dendam ker, apa ka.. why should I care? this is my country and i have every right to ask for peace and stability.

tasya said...

kak puteri,

ditto..in hati malaya movie last nite pon tunjuk how the non-malays leader dlu agreed for BM to be the National language and Islam agama rasmi..why question them now??org yg tak tau sejarah je cakap tak pikir..

Anonymous said...

Alo, Alo,

Going by the comments, Anon 5.28 must have been a regular victim of the school bully and hates every bit of his existence.

What can I say... it takes all kinds. ZZZZZzzzzz.

Derebar

Salt N Turmeric said...

Selamat Hari Merdeka Kak Puteri. I know its already Sept in Msia but it's still Aug 31 here. hehe.

Cakap pasal ni, I paling menyampah dgn melayu2 yg tak sedar diri. Sama ada anak orang kaya (parents or grandparents successful sbb gov tolong) or successful sbb masuk sekolah bagus (basically free school compared to here) and/or dpt scholar dari gov. Lepastu semua taknak mengaku yg diorang tu kaya/successful sbb gov tolong either directly or indirectly. Kalau susah tu, bising kata gov tak bagi itu ini tapi bila senang, tak pulak kata gov tolong. Macam anak ha....! :P

Anonymous said...

Salt & Tumeric,
You're right...govt tolong tp pakai duit siapa?Duit rakyat kan..? taxpayer's money. And it is their obligation anyway. What about taxpayer's money yg "hilang" thru PKFZ fiasco, and look at our politicians know(especially from U*NO), can you name one politician yg really live their life based on their salary yg x seberapa? Most are filthy rich, you can guess where they get their money from...yes, our tax payer's money!!!I'm not sure i can be proud being M'sian(by the way, i dah bayar my study loan ok, it is as good as pinjam from bank!!!).

Kama At-Tarawis said...

Anon 8.25 - yang argument bersimpang siur ke isu lain ni pehalnya? we were talking about people yang takder sense of pariotism, belonging, responsibility terhadap malaysia walaupun benefit from kemerdekaan. can you keep to the topic at hand?

kalau nak argue pasal lain, plse don't use this platform. memang banyak isu that can be debated. i may be pro-govt but I am not blind to UMNO's wayward ways and i too want to see changes. i was born before merdeka, btw, bukan saja saya tahu sejarah, saya juga telah melalui dan menjalani sejarah tanah air ini as opposed to you young punks.

credit must be given where credit is due. just because there exists bad hats in UMNO you want to tar all with the same brush? if you can't be rational with your argument, don't. there are place and time for everything, and this comment page is not the place for you to rave and rant about ppl enriching themselves.

PS: sekali sekala cuba cast a look at nuar brahim, pun politician, asal dari UMNO now dibelah sana.. dulu duduk banglo di dsara height now lagi besar banglo elsewhere.. dia pun dok enrich himself with duit rakyat juga dek oi. pak dia adik dia semua on the board of IOI pegang saham ;puluh jutaa ringgit.

kalau nak ukur baju, plese do it dibadan sendiri, ya.

Kama At-Tarawis said...
This comment has been removed by the author.
Hazia said...

Salam Ramadan & Selamat menyambut Merdeka.

I like your reply to Anon 8.25. I think the problem arises from selfishness & the tendency to use others for one's own agenda, rather than the sincerity to be united & maintain peace in the country.

Some seem to forget that we got Merdeka through peaceful negotiation, and not war like some countries. And some seem to be so hooked on unleashing war & havoc to initiate change. And they dare accuse people who disagree with them of being naive & backward too.

_deli said...

Salam Kak Puteri,

Teringin juga untuk masuk daun dalam perbalahan di atas. Tapi biarlah. Saya rasa elok saya muhasabah diri...

Negaraku: check.
Rukun Negara: hafal-check. hayati-emm...

Saya tertanya, kenapa KEluhuran dan KEdaulatan dan bukannya MEluhurKAN dan MENdaulatkan. Lantas BERsopan dan BERsusila?

Kalau berikrar bukankah seharusnya begitu? Bukan mempertikaikan sekadar bertanya.

Mungkin kerana dibaca out of context ie. tidak dari MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA...

Ada juga yang bertanya, luhur tu apa?

لف توف™ said...

Saya cukup geram bila orang masuk rumah dok tunjuk ekkk!!
To makEnon/pakEnon yang "I'm not sure i can be proud being M'sian".
If you're still in Malaysia it is high time you pack your bags and leave and if you're not home it is good time that you don't come back. It was your duty to pay back whatever study loan you owed; dont fret! Don't even complain that you had paid your taxes! For us, Malaysia is the place for us. Ada masalah we will live through it. Do whatever we can and we stand up whenever The Negara Ku is played. We teach our young ones the Rukun Negara. We live in harmony with our Ah Lians, Ah Kows, Maniams, Mutusamys and others who we know are "Good Malaysians".
Not proud to be a Malaysian?
Go, be a Brit, an Aussie or whatever. Tak jadi kudey pun.

Anonymous said...

Salam Puan,

Sering ke sini tapi pertamakali komen.

Seharusnya setiap rakyat perlu ada semangat patriotik dalam jiwa mereka. Tanpa mengira fahaman politik, kaum ataupun agama. Pemimpin datang dan pergi, namun tanahair tetap disini, memberikan setiap kita a sense of belonging.

Sedih bila setiap satu benda, termasuk sejarah, sambutan Merdeka pun hendak dipolitikkan. Patriotik kepada negara juga hendak dikenakan syarat2.

Why LIFE which is supposed to be simple, enjoyed by all is being made serabut, full of hatred by politicians ..all sides.

Macamanalah Raya nanti..janganlah dipolitikkan juga.

Kama At-Tarawis said...

Hazia, deli, lap, din - tq for making this posting a little more colourful than ususal.

Salt N Turmeric said...

Itulah dia melayu yg tak sedar diri yg i talked about Kak Puteri.

Tolong sikit ye, yg study loan tu kalau gomen tak bagi, hang tak dpt nak sambung study tau. sbb hang tu MELAYU lah gov bagi. sedar sikit diri tu. Kalau confident sgt kenapa tak apply aje fr bank loan? why even bother w gov loan? sbb tak layak lah kan?

kalau rasa tak proud being a msian, apa tunggu lagi, go give up your red malaysian passport. malaysia and malaysian dont need ppl like you. semoga negara lain boleh ambik you dgn english yg tak seberapa tu.

CHAIRMAN KAGA said...

PPSMI TU APA CERITE?
IALAH AKU DAH AGAK DAH....

Kama At-Tarawis said...

chairman kaga - hah? what about PPSMI? hang tau ka the orientation of this discussion? jeez... ni lagi satu, kalut betul. lain dibincang, lain pulak ditanya..