.... saya hanya tahu layan lelaki. Saya tak minta untuk menjual tubuh, tetapi itu saja pekerjaan mampu saya kerjakan kerana saya tak bersekolah tinggi."
Itu pengakuan Suzie, seorang pelayan pelanggan (GRO) berbangsa Melayu dan beragama Islam, yang kini sarat mengandung anak luar nikah, yang mahu menjual bayi itu kepada satu pasangan bukan Islam dengan bayaran RM22,000.
Kisah wanita berumur 22 tahun dari Selayang, Selangor, yang melacurkan diri sejak umur 17 tahun lagi apabila mula bertugas sebagai seorang GRO di sebuah pusat hiburan ini terpampang di muka depan Harian Metro semalam.
Kisah Suzie menjadi tatapan umum apabila beliau berjaya dipujuk oleh wartawan Harian Metro supaya memasuki Rumah Kebajikan dan Remaja (Kewaja), Gombak, Rabu lalu untuk mendapat perlindungan dan bimbingan sebelum melahirkan bayinya.
"Sebenarnya saya nak berubah, tetapi kehadiran anak ini mengubah fikiran saya. Bagaimana saya mahu menyara anak ini nanti, jadi pilihan yang ada hanya kembali ke pekerjaan asal sebagai GRO."
Kata Suzie, dia takut kalau-kalau anak yang dikandungnya itu akan menderita tak cukup makan kalau dia 'bersara' daripada melacurkan diri kerana pendapatannya lumayan, dalam RM3,000 seminggu hanya dengan melayan beberapa lelaki.
Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata dia tidak tahu bagaimana untuk kembali kepangkal jalan kerana sudah selesa hidup mewah dengan bergelumang maksiat.
"Setiap kali melihat wanita bertudung, terdetik hati untuk berubah, tetapi sukar mengenangkan pekerjaan saya lakukan ini, malah kebanyakan rakan saya juga GRO dan hidup kami sudah sebati dengan dosa."
Suzie mengakui tenang di Rumah Kebajikan tersebut kerana tidak lagi diganggui panggilan daripada 'ibu ayam' yang meminta melayan pelanggan, dan juga kerana dia digalak beribadat dan mengingati Tuhan.
Selain diberi bimbingan agama, dia juga dinasihati dan dipujuk pihak Kewaja supaya tidak mengulangi dosa silamnya selain didorong agar mencari pekerjaan yang halal selepas bersalin nanti.
Ini berikutan dia mengakui malu dan menganggap dirinya hina di mata masyarakat walaupun jauh dilubuk hatinya mahu memulakan hidup baru bersama bayi yang bakal dilahirkan.
Terkedu saya membaca kisah Suzie, walaupun saya boleh dikatakan sudah lali dengan kisah keruntuhan moral sebegini kerana latarbelakang kerjaya saya sebagai bekas wartawan akhbar.
Naluri keibuan saya terusik. Wanita muda ini sedang berada di persimpangan hidup, pemikirannya bercelaru. She is clear about right or wrong, yet very confused at the same time.
Dia mahu berubah tetapi takut dengan ketidakpastian masa depan. Janganlah pula hendaknya ada di antara kita yang menjuih bibir dan berprasangka buruk dengan mempersoalkan keikhlasannya.
Sebelum kita menuding jari atau adopt the holier than thou attitude berhubung Suzie, kita perlu beringat bahawa apa yang dialami wanita ini tidak mustahil boleh berlaku ke atas keluarga atau anak buah kita.

Entah kemelut apa yang dilaluinya sebelum ini sehingga membawa dia ke jalan maksiat adalah diluar pengetahuan kita.
Yang pasti dia sudah insaf walaupun masih terkapai-kapai mencari dahan yang kukuh untuk berpaut. Jadi siapakah kita untuk menghukum dia?
Saya menurunkan kisah Suzie untuk kita renungi bersama, agar kita tidak alpa dengan persekitaran kita, dan agar kita sentiasa mengambil tahu akan urusan anak-anak kita.
Tanggungjawab ibubapa amatlah berat. Disebabkan anak-anak itu amanah Allah swt, tidak dapat tidak kita mesti pastikan mereka mendapat didikan agama yang sempurna, untuk menghindar daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai Tuhan.
Semoga Suzie berjaya kembali ke jalan yang diredhai ......
PS:
Saya tumpang seriau bila ada emak-emak di kalangan kita yang cukup suka mengomen pasal anak dara orang. Kita sepatutnya jaga anak dara kita, bukan ambik tahu tepi kain anak orang lain.
Nak besarkan anak perempuan di zaman penuh pancaroba ini bukan satu perkara enteng. Terlalu banyak dugaan, silap-silap haribulan kita yang menanggung beban malu... Na'uzubillahiminzaalik!
Teringat saya kepada seorang kenalan 'mulut berek' yang suka mencemuh anak dara orang. Bukan setakat itu saja, mak bapak budak perempuan tersebut pun dibabitkan sekali, dikatanya tak pandai bela anak.
Penghujungnya, anak perempuannya sendiri (berpelajaran tinggi dan lulusan universiti) di cekup pegawai Jabatan Agama dalam keadaan mengaibkan, terbukti hamil, dikahwinkan dengan tergesa-gesa tapi tak aman dan akhirnya bercerai-berai.
Jadi beringatlah selalu, Allah sentiasa mengawasi perbuatan dan tuturkata kita...
7 comments:
Kak Puteri,
Life isn't easy but we've got to make the best out of it kan? May Allah shower us with His hidayah always...
xxx
D - Indeed, you couldn't have been more right. Ameen to your du'a, D..
Yang pasti kita di letak di dunia ini bukan untuk menghukum sesiapa.. semuga ada yang ingin membantu.. mengembalikan Suzie kejalan yang lebih baik..
Wan - if only semua orang beringat sedemikian.. bahawa kerja kita bukan menghukum tapi membantu.. ni yang nak condemn lebih ramai daripada yg nak tolong.. mereka lupa Allah swt tu Maha Pengampun..
Kita nak supaya kita tak di hukum..
Kita nak supaya kita tak di hina..
kita nak di permudah segala..
semasa mengadap Azza Wajalla..
Eloklah kita belajar "treat" makhlukNya.. sapertimana kita hendak Dia "treat" kita di sana.. Dok Gittu??
..hmm..(tongue-in-cheek, lady..so, hold your horses..)..another case for polygamy?..cheers..
LMAO Pak Mat! :D
Post a Comment