Friday, February 5, 2010

Mindaku Letiiiiihhh...

Sejak perbicaraan 'the infamous case' bermula, saya dah butakan mata dan pekakkan telinga. Malas nak ambik pot whatever is going on. Gasak kau oranglah. Liwat ker, lawat ker, lewat ker..I don't want to know.

Kalau tak buat, well and good, syukur alhamdulillah. Tapi kalau buat, tanggunglah sendiri. Kalau tak dapat balasan di dunia, akhirat ada; tunggu ajalah. Bukankah kiamat tu benar, pengadilan (final judgement) tu benar, pembalasan tu pun benar?

Allah Subhanahu Wata'ala Maha Mengetahui. Dialah The Ultimate Judge and Jury. Kita manusia kerdil ni apa tau? Bukak mulut, buat dosa kering; itu aja yang kita dok lakukan selama ni.

I have my own opinions tapi biarlah ia kekal di sanubari saya sendiri. Tak perlu orang lain tahu. Saya juga sentiasa berpegang kepada "berani kerana benar, takut kerana salah." Apa nak ditakutkan kalau kita dipihak yang benar?

Kita semua patut adopt some degree of civility in dealing with this explosive and repulsive issue. Kata mengata, tuduh menuduh, tuding menuding jari, fitnah memfitnah, cabar mencabar; apa yang kita dapat? Dosa yang bertimpal-timpal free free aja, that's what.

Dosa yang sedia ada pada diri kita pun berlonggok tak terampun, pi tambah lagi. Kan ke bodoh piang dan bingai namanya tu? Kenapa kita beriya-iya sangat nak memperbodohkan diri kita sendiri?

Orang lain bersusah payah buat amal ibadah nak tambah pahala untuk bekalan mati; kita dengan rela hati dok kutip dosa secara shortcut supaya cepat sikit perjalanan ke neraka jahanam. Bijak sungguh ....

Let the court decide sapa betul sapa salah. Ni baru mahkamah dunia. Mahkamah akhirat belum lagi tu. All the best kepada kedua-duanya. Yang pasti ialah "one is right, the other is wrong." Itu hakikatnya. Sapa betul sapa salah, wallahu'alam. Saya bukan nujum.

Lagi satu; yang pi angkat sepanduk menjerit meraban depan mahkamah macam badut sarkas tu apa ke jadahnya? Takder kerja lain ker sampai sanggup ambik cuti daripada ofis? Tak kiralah kau orang penyokong sapa.

Pi cari rezeki halal lebih baik daripada dok bertepuk sorak macam beruk mek yeh dan terloncat-loncat bak kera kena belacan. Kadangkala difikirkan, the simians are better behaved daripada kau orang.

Gasak kaulah Nuar. Gasak kaulah Saiful. Semoga Allah swt memelihara yang dianiaya, menghukum yang menganiaya, dan memberi petunjukNya kepada kita akan kebenaran di antaranya.

And may Allah swt have mercy on us all, umatNya yang bengap tak berkesudahan ini. Amin.


19 comments:

Unknown said...

Amiiinnnnnn....

Saya pun marahkan, rasa nak muntah buka paper cerita itu, buka TV lintasan berita itu juga... haaaiiihhh...

Kak, dahlah minda sy juga letih, kaki punletih kak!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Saya pun dah letih kak oi....

nak tgk tv pun naik loya, apa lagi bila anak anak bertanya..

macam akak cakap, kita ni kalau tak tau lebih baik diam dari menuding jari ke arah mana... buat dosa jer..yang ada pun pun tak terampun apa lagi nak menambah lagi dengar cerita2 begini...yang tahu cuma si nuar, si epul dan Allah saja...

Jom pi karaoke pun baik..hehehe

kay_leeda said...

Same here.....I tak mo dengaq apa-apa!!! No no no...lantak hang lah. Kalu buat ke tak buat ke, ada I kisah?? So pls spare me the details!!

Benda ni dah sampai tahap memualkan yang nak boleh terkeluar isi perut color hijau cekelat bagai. Memang tak faham napa lah ada jugak lagi orang yang nak sua-sua kan pada kita ceria macam ni...ishhhh!! *bengang*

kay_leeda said...

oopppsss...I meant "cerita". Tak de "ceria" nyer bende like this :(

Tommy Yewfigure said...

Hi Puteri,

Do u remember this song lyrics;

I could just sit around makin' music all day long.
As long as I'm makin' my music.
I know I can't do nobody no wrong.
And who knows? Maybe I'll come up with a song.
And make people wanna stop their fussin' and fightin'
Long enough to sing a song.

Sad, I’d always being accused of being indifference, selfish, couldn’t care less but then again I’d always been taught to stay away from matters pertaining to race, religion & politics. What’s the point of getting involved in matters that is beyond our control? By throwing stones, slinging mud? No, life is too short for these antics, there’re much better things to do lah, e.g like frantic weekend shopping in Jakarta by the container loads, wink2……hahaha.{Good stress theraphy}

Cheers & have a good weekend all.

Tommy

P/S – I’d long given up on what others think of me, ya bite me!

mamasita said...

Right on..stop the show! Stop the circus! Stop the haloobaloo! Stop all these garbage throwing!
We the rakyat of Malaysia are fed up with the frenzy!
Banner tak banner..this is a court case! Ridiculous betul..not the place nak berkempen!

PM kena do someting now..kalau tak malu Malaysia..

Pi Bani said...

I memang dah lama maleh nak ambik pot benda-benda ni. Menyakitkan jiwa je. Whoever yang salah, kalau lepas sekalipun kat dunia, kat akhirat takkan terlepas. Buat speculation sendiri takde apa pekdah pun.

Baiklah concentrate on insan-insan yang perlu bantuan & boleh kita tolong kat luar sana...

Unknown said...

..my sentiments exactly, lady..and I am sure the sentiments of many others who are totally sick with the whole circus..

kay_leeda said...

Tumpang lalu Kak Puteri..

Aiikkkkk Ko-ko Tommy ku itu sampai ke sini dia promo weekend wipe out we all, sudah lebey ni Ko-ko *wink*

Ko-ko...I terasa tau..heh...heh.

Anonymous said...

.......

Just once, how I'd like to see the headline say
Not much to print today can't find nothing bad to say.....

We sure could use a little good news today....

From "A Little Good News"; Anne Murray.

Sofie

Kama At-Tarawis said...

oh sofie, how right you are.. i remember that song... :-)

لف توف™ said...

It would be better that you cook another dish. Make minda works for a good cause. That Chicken a la King with Buttered Rice was superb.

Desert Rose said...

yUP. Ke dua2 pun sama? LOL , mungkinkah cinta yg putus di tengah jalan waaaaaa

D said...

Kak Puteri,
being away from home doesn't mean I'm cut off from the sensational news in Malaysia :). However, belip it or not, I only realised that it's a circus out there after seeing all the updates blog titles (+picts) on your blogroll!!! My, my, my... Malaysians, blogs and (dirty)politics all go hand in hand.

Biarkan Si Lunchai-lunchai terjun dengan labu mereka! I tak ambik pot!

x

Unknown said...

Salam Hajjah Kama,
I share your views about this "political circus" that has become the latest "trade mark" of Malaysia. I dok cari makan mengajar kat Ajman University, UAE since August 2009. Waktu mula2 sampai and my students got to know that I'm from Malaysia... semua habis puji Malaysia... cantik la, friendly people la, clean la.. truly asian la, etc. Then came the "Allah" issue... the Arabs here were asking me how come Malays ingat "Allah" only belongs to them [btw, here in UAE its truly multinational - we have varieties of Arabs - Lebanese, Jordanian, Egyptian, Moroccon, Algerian, Palestinian, Emiratis, Sudanese, you name it.. and Iranians, Bangladeshis, Pakistanis, Indians and the mat salleh la...] - they don't understand why it could become a big issue since "Allah" to them has been used and referred to since eons... AND NOW, "The Behind Soap Opera" Season2! My students were wondering whatever happened to good old Malaysia and Malaysians!? And I wonder too! I think our rotting politicians would stop at NOTHING to achieve their personal agenda, even at the expense of flushing the country down the drain! Its just sickening, ain't it!!?

3yearshousewife said...

Ada bagusnya jugak saya selalu ketinggalan keretapi bab2 citer sensasi & tak berapa sensasi kat Msia tu. Tapi mmg dr dulu pun maleh nak layan sume org gila & drama2 gila yg dia org lakonkan.

Kama At-Tarawis said...

RG, Zah, KaY, Mamasita - memang muak dah ketahap maksima. baik pi berlingkaq ataih sofa baca buku or tengok tv lagi baik..:-)

Tommy - the more i think about how transient our life on earth is, the more i want to stay far far away from all these nonsense and do more worthwhile thing.

Pi - you are one of those yg patut dicontohi because you walk the talk. takdak pi mengarut sana sini, instead you are dedicated to yr calling.

Pakmat - what can we do, pakmat, but to expdct a circus when both the establishment and the opposition are peopled by clowns and court jesters?

LaP - when minda pening, masuk dapoq and start cooking! Looks like I hv to rummage through my late grandma's recipes, nak cuba something different pulak.. hehehe

DR - that's another way of looking at it.. putus cinta! LOL

D & 3YH - mengalahkan drama minggu ini kan? dengan scriptnya yang vulgar dan plotnya yang berputar belit.. adduuii..

Baha - tq for dropping by. what can I say? you hv got it spot on.
i wish we can turn back the clock, to the time when we had the respect of the international community. la ni taktau apa nak kata.. personally i feel dirtied by our piliticians' shenanigans...

Pok Soh... said...

sekadar selingan, selagi nadi berdenyut... apa salahnya, tak banyak sikit...

Kama At-Tarawis said...

Poksoh - berbagai perspektif ada.. Allah swt juga yg Maha Mengetahui..