Saturday, January 23, 2010

Minda Yang Terencat


Saya bukan kaki nonton TV. Tengok wayang jauh sekali. Bak kata orang Terengganu, doh nok buak guane, memang tak suka sejak zaman budak lagi. Mungkin kerana saya gemar membaca, hingga tumpul minat pada sinematografi.

Saya masih ingat nama dua filem yang saya tengok dalam tempoh 14 tahun; pada 1987 saya ikut rakan wartawan tonton 'Ruthless People', satu filem komidi lakunan Danny de Vito dan Bette Midler.

Lepas tu, tidaklah saya melangkah kaki ke panggung wayang lagi hinggalah tak lama selepas kawin dengan Pak Abu pada tahun 2001, di mana kami pi tengok 'Pearl Harbour'.

[Dan diwaktu itulah saya mengetahui satu kehebatan Pak Abu; dalam kebingitan bom berdentam dentum menghujani 'Pearl Harbour', Pak Abu nyenyak berdengkur dikerusi sebelah!]

Kini dah masuk sembilan tahun menjadi isteri Pak Abu, berapa kali dah ke panggung wayang (kini dipanggil pawagam) boleh bilang sebelah tangan. Lima jari pun tak lepas rasanya.

Filem terakhir kami tonton di pawagam ialah kisah seram 'Shutter', versi Inggeris, dua tahun yang lalu (versi asal Thai dah tengok terlebih dulu kat home video). Kalau harapkan orang macam saya, lingkuplah industri perfileman!

Bab menonton TV pulak, berita, dokumentari dan 'talk shows' jadi pilihan. Siri yang saya gemari hanya 'CSI' (tu pun tak consistent menonton). Filem dan sebarang program hiburan lain tak minat langsung (kecuali talent show 'American Idol').

Saya terpanggil menulis tentang topik ini kerana saya ingin memahami bagaimana sesetengah orang boleh mengadap TV berjam-jam lamanya, tengok rancangan yang dihidang bertali arus tanpa merehatkan mata. Tak pening ka? Kalau saya, sah dah migraine tu.

Dah gitu, channel surfing pulak. Sekelip mata dah flip saluran. Apa yang ditengok kalau asyik dok tekan butang tukar saluran memanjang? Snippets of conversations here and there; entah apa-apa jalan ceritanya pun tak dapat dipastikan.

Saya jenis yang mesti tahu mula dan akhir. Ada hujung, ada pangkalnya. Main copot kat tengah-tengah ni 'no can do' lah. Especially kalau watak tu tetiba kojol (tanpa disedari) dalam masa asyik dok surfing kat channel lain. Maik aiihh, punyalah frustrating, satu penyiksaan pada saya!

Lagi satu saya tak faham bagaimana sesetengah orang boleh multi-tasking; tengok TV sambil menjahit atau surfing the net atau main computer game ataupun bergebang kat talipon dengan member. Yang nonton TV sambil membaca pun ada!

I can only do one thing at a time. Mungkin sebab saya lembab sikit, susah nak comprehend orang yang cekap multi-task. Ada kemungkinan kelembapan inilah yang menyebabkan saya jadi irritable bila pengamatan diganggu.

So there goes the myth about women and multi-tasking. Menurut pakar, orang perempuan sangat cekap multi-tasking. I am sorry to note saya satu-satunya wanita yang takder kebolehan untuk multi-task! Mungkin minda dah terencat sikit kot....

8 comments:

NanaDJ said...

Puteri,
Like you I hardly watch any movies, the last one was on Michael Jackson, because I am a fan and before that Talentime because Azean invited me to the premier. Neither do I watch tv that often - only watch when tennis, F1 or rugby is on. I do watch Asian Food Channel but now that American Idol is on - that i will watch avidly while doing sudoku. Yes I am guilty of multitasking, used to study while listening to the radio!
I know what you love besides Pak Abu - sebut karaoke and your eyes will light up!

Kak Teh said...

puteri, i must admit i love Masterchef and UK Border Force, Passport control. But i think series ni dah habis - malas nak tengok yang lain.

Oh yes - american idol. Baru tengok satu.

Kama said...

Nana - The trouble with me is that I get distracted so easily. I can't even read, let alone write, if the radio is a tad loud (what's loud to my ears usually is normal to others.) peace and quiet is my scene; that's why I prefer late evening to daytime, when everything is winding down.

Yes, karaoke makes me alive.. hehehe..


Kak Teh - Yes, the latest season of American Idol has begun.. and I'm parked in front of the TV once again for it.. :)

3yearshousewife said...

Kak, I can multitask in front of the telly. TV + lipat kain, they go together just fine.

Kama said...

3YH - hehehe, I like this vision, lipat kain sambil watch TV.. so homely wan.. :)

bangkai said...

I've been married to my wife for 16 years now. We gave not gone to the movies even once; not even while courting. Reason? I don't know how to buy movie tickets - I kid you not!

zaitgha said...

Kak Puteri,

Your fav are mine too...CSIs series and AI he he....but Horatio season is ending soon...sob sob sob...

Kama said...

Mat B - we are two peas in a pod. I too have never bought movie tickets in my entire life thus far.

Zai - That Horatio is so brooding handsome! ehehe..