Inilah jadinya bila berotakkan kepala lutut. Pemikiran jadi sempit, bercelaru dan tak keruan. Kebolehan membuat pertimbangan yang wajar lenyap, semata-mata kerana dendam kesumat. Kesudahannya, kebodohan sendiri terserlah.
Pagi tadi saya membaca dalam akhbar 'The Star' wawancara pemberita Philip Golingai dengan makhluk berbangsa Indonesia bernama Adian Napitupulu, 38 tahun, berasal dari suku kaum Batak, yang mengangkat dirinya sebagai ketua kumpulan 'vigilante' Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat), yang mana matlamatnya ialah 'Ganyang Malaysia'.
Kumpulan inilah yang telah melakukan operasi 'sweeping' rakyat Malaysia di Menteng, Jakarta pada Sept 8 yang lalu. Dengan berbekalkan buluh runcing, mereka bermaharajalela buat seketika di kotaraya Jakarta, memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya untuk menahan rakyat Malaysia. Malang bagi mereka, tiada pulak orang Malaysia lalu di situ pada waktu tersebut.
Golingai bertemu Adian di Jakarta hasil usaha seorang wartawan Indonesia bernama Samiaji Bintang. Bukan main bersemangat lagi si Adian ini ketika ditemubual oleh Golingai. Ditanya oleh Golingai apa tujuan 'sweeping' itu, dia menjawab, "Kerana kerajaan Malaysia 'sweeping' rakyat Indonesia di Malaysia."
Begitu terserlah 'kepintaran' Adian dengan jawapan ini. Tahukah dia bahawa di Malaysia ada 2 juta pendatang haram Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini, disamping 1.4 juta warga dari seluruh pelusuk Indonesia yang masuk secara sah dan berkerja membanting tulang empat kerat mencari rezeki demi menampung kehidupan keluarga mereka di kampung?
Operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah untuk menangkap pendatang haram ini dan menghantar mereka pulang. Kalau benar-benar mahu mencari rezeki yang halal di Malaysia, kenapa tidak dimulakan dengan perbuatan yang juga halal, iaitu masuk secara halal? Saya yakin polis dan imigresen Indonesia juga akan bertindak sama jika berhadapan keadaan yang serupa.
Mungkin kehadiran 2 juta pendatang haram ini isu kecil kepada Adian, memandangkan penduduk Indonesia seramai 237 juta. Tetapi dia lupa (atau mungkin jahil) bahawa penduduk Malaysia hanya 27 juta dan 2 juta itu merupakan 7.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini! Dan jika diambilkira 1.4 juta yang masuk secara sah, ini bermakna lebih 10 peratus daripada penduduk di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia semata-mata.
Saya ingin bertanya: "Senangkah kamu jika 23 juta daripada 237 juta penduduk di Indonesia terdiri daripada pendatang asing yang bukan warga sendiri tetapi menggunakan prasarana negara kamu dengan sepenuhnya? Mampukah kamu bertindak dengan prihatin seperti kami? Kalau diukur dengan apa yang saya lihat hari ini, kamu tidak mampu bertimbang rasa."
Kumpulan Bendera ini telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia dan telah mengumumkan akan menyerang Malaysia pada 8hb Oktober ini, iaitu hari Khamis akan datang. Di wawancara tersebut, Adian juga telah memberikan Golingai satu nota pengisytiharan perang bertajuk "Ganyang Malaysia!"
Pengisytiharan tersebut mengatakan bahawa rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badik Palembang dan pedang Sisingamagaraja (kesemuanya senjata tradisi Indonesia) telah berikrar bermandi darah untuk menghapuskan Malaysia.[Perhatikan bagaimana setiap senjata diberi nama tempat yang khusus dalam nota tersebut, mungkin takut dimaling agaknya, walaupun kita juga ada golok, badik, keris, pedang, panah dsb].
Kemudian dia menunjukkan satu senarai 'kesalahan' Malaysia yang mendorong kepada pengisytiharan tersebut: tuntutan Malaysia terhadap kepulauan Sipadan, Ligitan dan Jemur, mencuri budaya Indonesia (makanan rendang, lagu Rasa Sayang dan tarian Pendet antaranya), menyiksa rakyat Indonesia (ada 34 nama dalam senarai).
Jemu jelak saya hendak memperkatakan persoalan ini sebenarnya. Tidak ada gunanya berdialog dengan manusia yang berdendam dan taksub, yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa antara kita memang ada lintas budaya kerana kita serumpun.
Hanya 34 nama di antara 3.4 juta warga Indonesia (sah dan haram) di Malaysia? Bagaimana dengan penjenayah Indonesia yang berleluasa di Malaysia membunuh, merompak, mencuri, merogol dan sebagainya? Saya kira senarai mangsa mereka lebih panjang daripada 34 nama. Malah, tidak dapat dinafikan kadar jenayah di negara ini mencanak dengan kehadiran mereka. Ini bukan omong kosong; ia boleh dibuktikan.
Menurut Adian, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Katanya lagi mereka telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia - pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang - yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula. [PS: Sesiapa yang ada bibik sila ambil perhatian. Perlu tau demi keselamatan rumah].
Saya tidak pasti sama ada pekerja-pekerja yang dimaksudkan itu (rata-rata yang mencari rezeki halal di sini) akan sanggup mencurah pasir ke periuk nasi sendiri semata-mata kerana patriotisme terpesong ini. Sanggupkah mereka mematahkan punca rezeki mereka kerana ini?
Tambah 'pakar strategis perang' ini lagi, pada tarikh tersebut 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal - tidak lut ditikam atau ditembak - akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo.
"Dari Pontianak kami akan menawan Kuching dan dari Nunukan kami akan menawan bandar Malaysia yang terdekat." Apabila ditanya apa nama bandar tersebut dia menjawab tidak tahu. (So much for a war strategist!) Note: Bandar Malaysia terdekat selepas Nunukan ialah Tawau. Dalam masa enam hingga lapan bulan, kata Adian, Bendera akan berjaya menakluki Kuala Lumpur.
Saya tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis membaca temubual ini. Yang pasti, Adian dan para pengikutnya seolah-olah terlalu teruja untuk 'ganyang Malaysia' sehingga tenggelam punca.
Hanya satu saja nasihat ikhlas dari saya: Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, lebih baik kalian berangkat ke Padang. Dua gempa bumi dua hari berturut-turut telah mengakibatkan lebih seribu kematian dan tiga ribu lagi masih hilang. Ataupun, kalian menyusur Tasikmalaya di Pulau Jawa tempat kalian sendiri, dimana berlaku gempa bumi sebulan yang lalu.
Cuba kalian kerah tenaga membantu mangsa senegara kalian yang amat memerlukannya. Bawa senjata kalian ke Padang dan gunalah golok Betawi mu untuk mengorek timbunan bagi mengeluarkan mayat-mayat yang kian reput di bawah runtuhan.
Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini dibantui pasukan penyelamat dari seluruh dunia termasuk pasukan SMART, Tentera, Bulan Sabit Merah dan lain-lain dari Malaysia. Malah, berbagai tabung telah dimulakan oleh pihak swasta di Malaysia untuk membantu.
Salurkan tenaga kalian kepada tugas membantu anak bangsa sendiri. Itu lebih membawa manfaat.
PS: Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan dua lagi gempa bumi di Indonesia, satu di Papua dan satu lagi di Sulawesi.
PS: Terdapat mangsa gempa bumi dengan angkuh menolak bantuan daripada Malaysia, kononnya dari sumber haram, tapi menerima bantuan daripada negara-negara bukan Islam. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun masih bongkak.
PS: Para pelajar kita tidak dilayan ketika meminta bantuan makanan. Mereka diberitahu, keutamaan adalah kepada rakyat tempatan. Mereka lupa bahawa kehadiran para pelajar kita itu turut memberi sumber pendapatan kepada mereka.
Mendidih darahku bila memikirkan tindak tanduk segelintir manusia yang tidak mengenang budi ini.
HENTIKAN SAJA PENGAMBILAN SEMUA PEKERJA DARIPADA INDONESIA. BUKA PELUANG ITU KEPADA NEGARA LAIN. TIADA GUNANYA KITA BERBUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU MENGHARGAINYA.

27 comments:
Capek deh dengan serangan golongan tertentu di Indonesia terhadap Malaysia dan rakyat Malaysia. Sebetulnya hanya segelintir saja yang menjadi provakatornya, tapi sentimen anti-Malaysia ini memang semakin terasa sejak satu dua tahun yang terakhir ini, rata-rata orang Indonesia yang saya kenal cepat sekali mengkritik dan mengecam hal-hal yang mereka pandang sebagai penghinaan bagi mereka. Sepertinya mereka sangat cepat tersinggung dan emosional dalam bereaksi. Dari pengalaman pribadi memang banyak yang tidak dapat diajak berdiskusi secara rasional. Dalam komentar di koran juga yang disiarkan selalunya komentar yang bernada negatif terhadap Malaysia. Saat kami menuliskan komentar yang lebih imbang dan pro-Malaysia, selalunya nga muncul. Kalau mau dipikirkan secara waras, apalah yang menjadi salah kita selain dari fakta bahwa kita sedikit lebih maju dari segi ekonomi dibandingkan dengan mereka. Padahal Indonesia seharusnya bisa lebih memiliki keyakinan diri sebagai sebuah bangsa yang besar dan tidak perlu bersifat 'petty'.
If they want to run amok, they should considering more for Palestine and such. Grrr!
Kalau begitu mungkin I nak dermakan sebahgian keuntungan jualan lukisan2 ke penuntut2 Malaysia di Padang.
Kalau beginilah sikap pihak Indonesia, takpayahlah kita tunjuk kesian. Menyampah betul dengan sikap angkuh mereka!
Tapi masalahnya..kita kesian dengan mangsa2 gempabumi di Padang!
Tapi diaorang tak kesian dengan our students!
Here in Malaysia, we kesian their poverty-stricken people..takreti buat kerjarumah pun kita tetap bersabar.Takdepun nak dera2!
Komen Pak Malim kucing ray yg alim.
Saya sakit lutut, kata Pak Malim sambil terkentut. Kalau siapa2 nak pinjamkan otak dia, masukkan dalam lutut saya, okay jugak, kata Pak Malim sambil menembak gagak. Boleh buat kusyen, kata Pak Malim sambil menyapu losyen. Jangan marah, kata Pak Malim yg cedera parah.
Salam, kekadang kita kena juga merenung kenapa mereka jadi begitu.... mungkin ada hasutan halus pengkhianat dari Malaysia juga....
Golongan ini tidak berpelajaran, otak beku kerana hidup susah dan daif, makan hanya sekali sehari, maka mudah ditipu dan diupah janji dapat sebungkus nasi......
Mereka ini tidak tahu sejarah, buta budaya serumpun malah bodoh lebih dari sapi, berani sesama sendiri sahaja. Kalau mereka cerdik berilmu, etnik Cina cuma ada 20 juta lebih sahaja dari jmlah warga peribumi Indon, yang menjangkau 230 juta, tetapi etnik inilah yang menguasai ekonomi negara mereka, membeli seluruh jiwa raga peribumi termasuk maruah diri. Sedangkan peribumi merempat ke Malaysia mencari rezeki..... inilah kebodohan mereka....
Kalau mereka tahun sejarah konfrantasi sekitar 1963, di Johor sahaja berapa ramai perajurit komando mereka terkorban walau pun kebal tidak lot senjata, tetapi tulang belulang komando ini hancur diterjah peluru askar-askar Melayu malaysia...... cubalah datang dengan ilmu kebal mereka melalui laut, mumgkin berkubur ditengah laut di baham jerung.....
Cuba kita renung akan kebesran Allah, selepas beberapa minggu mereka menghina Malaysia, membakar, menginjak bendera Malaysia yang berdaulat dengan Raja yang berdaaulat, negara mereka diturun bala gempa di pulau Jawa, tak sampai dua minggu Sumatera pula diturun bala gempa yang dasyat. Itulah daulatnya sebuah negara Islam yang ber Sultan.. Indon, nama saja ramai umat Islam terbesar di dunia, ulama-ulama yang terbilang, tetapi sampai sekarang masih tidak mampu mengujudkan sebuah negara Islam macam Malaysia mendahulukan Islam dalam pemerintahan negara. Sebab itu ada wanita Indon masih bernikah di Malaysia sedangkan mempunyai suami di Indon.....
Hajjah,
Meradang sungguh bunyi nada. Dalam hati nasib baik sudah habis bulan puasa. Saya pun bersetuju, tumpang marah sajalah. Apakan daya tangan ....
Pakcik
I could not find words to describe this post. Tetapi ianya adalah suatu lontaran fakta yang tegar dan tepat ke muka para extremist itu bersama lenggok bahasa yang indah.
Syabas
puteri, I just cant find words to express how I feel right now.
Kama, excuse me. Jangan dok buang masa dengan si Batak nih! Tak payah dok bagi fakta. Mind set depa dah keraih kematu.
Simpan ayaq lioq tu.
Kita marah tetap marah, tapi keep head cool.
Si Batak tu nak mai ganyang Malaysia? Mai la. Tak dak sapa nak larang dia. Ada la nanti habuan untuk dia.
Patriotisme tak kena tempat.
Dah laa bodoh sombong pulak lagi!
Sikit-sikit nak begaduh.
Very apt. Otak dah turun ke lutut
**** gerammmmmmmmmmmmmmmmmmm****
memang bodohhhhhh betullll.
Kak Puteri,
Memang menyirap darah dengar such stupidity. Dia tak tau how much of help WE have extended to them. Dengan pekerja asing nya, dengan membela PATI-PATI nya. Try going to Chow Kit, it's now like a kabupaten in Jawa. Still WE allow them to do so, biar lah...sama-sama cari rezeki.
I take this as a penghinaan to US. Apa kata kita be tough, let them rot, nasib lah kalau tak berberas kat kampung halaman they all tu. Ha bila perut tak berisi, baru tahu tinggi rendah nya langit.
You sure otak nya letak kat lutut. I think it's else where lah...grrr!!
Kak Hajar,
Barulah I tahu ketuanya Batak rupanya.Bukan ke Batak tu 'makan orang? Kak Hajar.
Kak Kama,
Selalu jadi silence reader kat sini but posting nih buat i tinggal jejak...honestly i mmg menyampah dgn Indon since dia org buat benda2 petty mcm....masa i ada maid dulu, maid i buat mcm family...bila dia balik for good budak2 pun dah besar2 so rasanyer i dont need the assitant but bila my biz agak ok ingat nak jugak lah ambik just to take care of the house...not so much for the biz tapi bila dgr citer mcm pasal maid nih rasa tawar hati la pulak...bila dah baca and tgk reactions these stupid ppl lagi la muak i and i rasa kita patut hantar jer sumer indon yg kat sini balik and tak payah dok beriya2 nak tolong dia org nih...tak sedar di untung betul....mmg i geram dgn dia org nih....sori kak terpanjang la pulak
(Kalau bab nak begaduh cepat cepat sokong kama -- memang satu kepala , satu angin)
Satu lagi gempa bumi berskala richter 9.0 ka berlaku kat sana, liappp laa puak yang bodoh sombong nie.
Masin tulisan nie masin laaaa.
Kepada si Batak!!
Mai laaa. Kami dok tunggu!
Habaq kata nak mai, kami tau.
Tak habaq pun kami akan tau.
Ada satu hidangan special untuk hang!
..and that is saying it, lady..way to go..
Otak turun ke lutut still ok. Yang sebetulnya otak dah tak ada. Itu sebabnya tak boleh fikir secara rasional. Setuju tamatkan sahaja pengambilan pembantu rumah dari Indonesia. Tahulah nanti kita nak cari drpd negara mana? Malaysia ni tempat mereka mencari rezeki. Jadi mengapa perlu banyak cakap! Baru sahaja berlaku gempa bumi dan kita rakyat Malaysia amat simpati. Kita sanggup membantu. Tak mahu cakap terima kasih pun tak apa. Allah mengetahui keikhlasan kita.
saya di bandung aman damai je..
xde pape pon sbenarnye..
ketika pulang dari cuti beraya melalui jakarta pon masih dilayan dengan baik oleh mereka..
media tempatan(malaysia) & indonesia sbenarnya membakar kemarahan rakyat masing2..
slalu je putar belit fakta..
Indira & Pupuchik - low self esteem dan jengkel dengan progress negara kita antara sebab ini berlaku.
Mamasita - elok juga disalurkan sumbangan kepada warga kita yg memerlukan.
Ray - tak marah, walaupun parah
kata kama yg naik baih pi aloq merah..
YG - yg saya pasti ada diantara ketua pembangkang kita berada di jakarta berbincang dengan youth leaders disana hanya seminggu sebelum kejadian berlaku. jarum halus, ya?
Al-Manar - saya pun begitu, pakcik; hanya bisa meluahkan perasaan melalui pena yg tak sepertinya ini.
Elviza - all is lost on them, mungkin kekerasan jawapnya.
Kak Teh - loss for words I am too, sometimes.
Laptop - Sarang tebuan jangan dijolok..
Edelweiss - pedih telinga belum hilang hingga kini.
Kay - saya lebih terhina daripada marah.
Pak Tuo - dulu-dulu dengarnya Batak people practised cannibalism. sekarang mereka practise 'ganyangism'...:/
Zaitgha - stuju. masalahnya, kita baik, cepat kesian, murah hati..
Pakmat - when the occasional 'angin' rises.. hehehe
lf - banyak sumber lain; kita aja ambik jalan senang.dulu sebelum zaman 'indon-influx' pembantu rumah Muslim women dari Nara & Yala & Pattani. kuat agama dan rajin.
3rdmarch - kalau dibandung aman, baguslah. just because it didn't happen to you, doesn't mean it doesn't happen at all. I think your thinking sorely needs a shift re the media.
Kak Puteri, i read abt them wanting to tax the relief supplies yg kita hantar and then taknak tolong unload them from the cargo on thestar the other day. I tell you, angin i dibuatnya. Apa haram jadah treat kita camtu? Dah lah kita hantar our own team to help our students and people and also their people, lagi nak eksyen.
This ganyang msia dari dulu lagi but i tak pernah ambik kisah but this time around they've done too much and crossed the line. we have always kow taw to them as a respect for a neighbour but i think its high time we DEMAND some respect back.
Dear Puteri,
Islam ask us to bersatu padu. There must be a way out. After all they are a very very small group as you said. There are bigger things facing the 2 countries viz-a-viz other countries in the region as well as the world. I think the integration of the economies of the 2 countries is paramount for the development of both. That is why the 2 peoples must support the idea of the Super Bridge linking West Malaysia and Sumatera. The benefits of this bridge Allah saja yang tahu. May be history of the old empire will repeat itself.
Salam.
Bukit Besi
Goblok!......Batak goblok rupa nya yang jadi ketua.
Pak Man tak sabar nak berdepan dengan sigoblok ini.
Sila lah datang!.
Farina - Tak baik tolak bantuan, kan? help should be accepted with thanks..
Man - as my bibik said semalam "ini semua bikin susah keluarga kami saja. adik saya di kampung telpon mau tau kok dimalaysia ada persiapan mau perang..." kesian kat simple-minded folks yg jdi mangsa anxiety.
BB - You couldn't hv said it any better. was ventng my spleen, for want of something to say. sebenarnya saya rasa sedih dan terhina lebih dari marah..
Aunty Puteri,
Tak baik marah-marah, nanti cepat tua. Anyway, as you pointed out, Indonesia is a country of 237 million AND yang nak Ganyang Malaysia tu tak sampai beribu pun. It's unfortunate that they are given space by the media. Malaysian media should also play their role in not giving space to these people.
About taxing relief supplies from Malaysia, let's put it in perspective. Every country has it's own rules and regulations with regards to border control including Indonesia. So we'll have to respect these rules and regulations. At present, supplies are aplenty within Indonesia and cheaper.
And we shouldn't stoop to the level of the very people that we are angry at by calling them names especially by making race or tribal references. Only Allah SWT knows best and the truth will prevail. InsyaAllah. Sabarlah sayang....meow!
Iya, memang tidak ada gunanya berbuat baik pada yang tidak menghargainya namun di sisi lain, keadaan akan bertambah parah kalau Malaysia terlalu bereaksi. Dan kalau memang menimbulkan ketegangan di antara kedua negara ini adalah agenda pihak-pihak tertentu bukankah kita sudah termakan pancing? Sekalipun dibandingkan dengan Indonesia kita negara yang kecil tapi biarlah kita berjiwa besar. Tidak membalas itu bukan kelemahan tapi kekuatan; pengendalian diri/self control is more difficult...eh...kedengarannya seperti menggurui..best stop hehe.
I think lutut tu is still a mulia place for the otak to go. A case like this is more for the otak to go to b*nt*t. Terbakar....
Si Batak tu lama tak makan orang kut, mai lah sini rasa daging orang Malaysia, silap haribulan Batak jadi Katak, terus mati katak, mai lah kalau tak malu...
Salam, Sila surf blog kawan,
http://bumiyang.blogspot.com/
Kenapa Kama X adakan "follower" di blog ini?
Ia lebih mudah untuk meng "link" kan blog2 tersebut jika perlu...
Post a Comment