Tuesday, June 16, 2009

Lousy Week

It has been a lousy week minggu lepas sehingga saya kebuntuan fikiran untuk menghasilkan sebarang tulisan.. perasaan ini berbaur marah dan sedih melihat gelagat kaum sendiri...

1) Lee Kuan Yew came a-visit, bukan setakat melawat sebenarnya, tetapi meninjau riak-riak politik Malaysia at ground level to strategise Singapore's own. "Melayu Mudah Lupa" di Malaysia pun menyambut kedatangan rakan karib Zionis ini dengan senyuman lebar, ditambah memberi 'thumb's up' for good measure.

Saya amat dukacita; bersatu sesama Islam ditolak dengan begitu lantang atas dasar ketidak-sefahaman politik, tetapi bersekongkol dengan jalang politik al-kafirun yang mendokong perkauman sehingga memecah-belahkan negara disatu ketika dulu diaminkan. Sesungguhnya.. MELAYU MUDAH LUPA!

2) Anwar Ibrahim raised the ante untuk political survivalnya dengan endorsing kepulangan seorang petualang negara; a traitor and a murderer. Saya tidak akan lupa walau sedetik pun bahawa "Bapak Komunis" Chin Peng adalah pendokong komunisme yang tidak pernah menyesali maupun meninggalkan fahamannya, tidak seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh yang dibenar pulang kerana sudah berbalik hati (mungkin kerana sedar hayat sudah tiba dipenghujungnya).

My late father-in-law was murdered by communists in the heart of Kuala Lumpur on his way to work, his body riddled with 11 bullet holes.... 35 tahun telah berlalu sejak peristiwa hitam itu, tetapi saya tidak pernah lupa jasad kaku berlumuran darah disorong masuk ke dalam Hospital Kuala Lumpur.... itu "sumbangan" Chin Peng dan kuncu-kuncunya kepada keluarga kami..

3) Seorang majikan sialan menyeksa pembantu rumahnya dengan begitu zalim selama tiga tahun... di simbah air panas, dipukul kepala dan telinga dengan penukul apabila membuat sedikit kesalahan, diberi makan nasi kosong sehari sekali, disogok potongan daging babi kalau mahu lauk...

Mujurlah wanita malang itu dapat memboloskan diri minggu lepas dan lari ke Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan perlindungan .. membuak kemarahanku terhadap si majikan syaitan ini. Make her pay, make her pay; bukan setakat RM17,000 gaji yang tidak dibayarnya selama ini, tetapi seksakan hidupnya..

4) Seorang datuk dari neraka jahanam merogol cucunya sendiri...si kecil masih dalam sekolah rendah. Tidak cukup setakat itu, si datuk celaka bergilir dengan beberapa lelaki lain, ahli keluarga sendiri, mempergunakan simalang .. tidak mampu saya berkata-kata lagi.... terurai air mata membacanya.. begitu hiba hati ini melihat manusia yang telah hilang perhitungan ....




18 comments:

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Hjjh. Puteri,

Ya...tak tahu apa nak jadi dengan dengan negara kita sekarang ini. Macam dah tak selamat. Hari-hari kita dengar orang kena bunuh, kena tikam kena rogol. Yang ada kuasa sibuk menegakkan benang basahnya. Yang kalah takmo terima hakikat kekakalahan...
Memang pelikkan?..sesama Islam takmo berdamai...aduhhhh!..Semoga Allah lindungi kita semua Amin.

Pi Bani said...

Sebab tu I sekarang dah malas nak baca suratkhabar. Kebanyakan berita jenis yang memudaratkan kesihatan mental!

Bila masing-masing cuma memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain, inilah akibatnya.

edelweiss said...

Kak Puteri,

Chek pun sama mcm kak Pi Bani...malas sangat nak baca suratkhabar....menakutkan!

Kenapalah manusia sekarang dah hilang sifat kemanusiaan?

Semoga kita semua dipelihara Allah S.W.T

Kak Ezza@makcik Blogger said...

salam kak..

melayu sini tak mampu nak berfikir panjang dah...tak nampak ke macam mana keadaan orang islam kat selatan Thai tu...tgh sembahyang pun kena tembak...melayu kat sini sanggup baring atas jalan raya sebab tak puas hati pasal kuasa....pada hai kita menyembah tuhan yang sama hari hari....Melayu sekarang dah tak bersatu.....pada saya ini semua angkara yang gila nak jadik PM tu....
maaf kak ..terover sikit daaa

Pak Cik Tony said...
This comment has been removed by the author.
Zendra said...

Kama, other than books and cats, I get the sense you "read" people very well too! Each with their own personal agenda haha.
Betul lah, our country macam tak progress - crumbling buildings, roads, hillsides n what have u, wanton abuse and neglect, divides turning to chasms ... hai tak tau lah
Tapi itu 2 cawan teh kat atas tu very inviting.... make mine peach tea next time I drop by, please? :)

lizaimen's blog said...

Salam Auntie Kama, this is aflizaimen (kak teh's niece)..been an ardent follower of your blog but today's blog brought chills as I was there at Tok Chik Rahman's funeral. I must have been about 9 years old. I remember counting the bullet holes and the long walk to the cemetary...We use to frequent Tok Chik's house when I was little and I haven't seen Uncle Najib since then... Mom said Uncle used to hang out at our house when he was a bachelor.
It was truly a great loss not only for us but for the country as well...
My mom kirim salam...she said ingat tak kak liah/abg lid...Funny how you have somehow become my 'aunt' through this blog...

Kama said...

Oh goodness Lizaimen.. your recollection brought tears to my eyes.. of course i remember kak liah/abg lid only too well.. thanks for dropping by & salam to the family..insyaallah panjang umur bila kak teh balik kita jumpa..

mekyam said...

dear puteri,

after reading this entry, i now understand better where you're coming from wrt your comment on my wall.

it is really hard not to be affected by all the ills and evils that afflict humankind.

we can pray for iktibar and keinsafan each time such a thing blight our horizon.

kay_leeda said...

Kak Puteri,

I've been busy, hence tak sempat nak baca newspaper or watch the news. Mungkin ada juga baik nya coz I was spared the disgust of the "misfortunes" you mentioned.

I recall this one song I used to sing in school, "Selamat lah Malaysia raya, negara ku yg ku cintai..."

How I wish life is as simple as it used to be back then.....

Anonymous said...

Puteri,

If there is such a thing as being the wrong person in the right religion, then that man with the thumb's up would certainly fit the bill.

Derebar

Kama said...

Auntie Yan, Pi, Edelweiss, Ezza - I wish I can lay off newspapers too tapi in my line of work, kena baca sebanyak ada everyday.. the more you read, lagi depressed jadinya.. *sigh*

Zendra - I hv this teh serai, manufactured by a friend. lemongrass, it seems, banyak khasiatnya, even in cancer prevention (katanyalah..).. come hv a cuppa with me :)

Mekyam & Kay - I was plain disgusted with the goings-on.. apalah nak jadi kat orang kita ni..

Derebar - hehehe, tak brani den cakap banyak eh.. nanti kono hantam kau kau.. golo dek eh..!

Bustaman said...

I feel your pain.
Teringat "Pendekar Bujang Lapok" -cobaan!

Kak Teh said...

Puteri, I see you have made my niece's acquiantance. Yes, the whole gang used to hang out at my sister's house in Kampung Tunku, esp during Jumaat prayers.

Yes, i can understand your pain. I hate to read the newspapers too but I have to make it my business to read. I've had a horrible week too and I have completed the trilogy, Lousy, Crazy and Horrible week.

mamasita said...

Hai Puteri.
Hope you'll have a better week ahead. May you and Pak Abu be healthy and happy always!

luvluvluv said...

Dear Kak Puteri

I am from Singapore, share the same thinking when my PM LKY visited M'sia.

Btw, salam perkenalan.

Kama said...

W'salam luvluv.. tq for dropping by. I was in spore just 2 months ago.. pleasant trip, nice stay..:)

luvluvluv said...

Dear Kak Puteri

Saya tahu....btw saya ni kawan cik puan Naz.....

Bole lah kita tukar tukar cerita !