Monday, November 23, 2009

Bo Lah Awe...

Jemaah Haji Malaysia daripada maktab kami semasa menziarahi medan Perang Uhud dipinggir Kota Mekah. Syahdu melihat perkuburan para Syuhada terutama tempat bersemadinya Saiyyidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah saw, yang gugur di peperangan tersebut.


[Bo Lah, dalam loghat Kelantan bermaksud Cukuplah. Ertikata Bahasa Inggeris yang paling hampir mungkin enough is enough. Marilah kita merenung bersama halatuju kita sebagai saudara seagama. Yang penting: politik diketepikan, ibadah diutamakan]

Kadangkala saya rasa dosa diri ini bertambah-tambah pulak sejak dua menjak ni. Musykil jugak bila memikirkannya, lebih-lebih lagi kerana pada hemat saya dosa yang dibuat hanyalah 'dosa kering' semata-mata. Tapi kerisauan tetap menggugat jiwa.

Apa tidaknya, menjelang Hari Wukuf, yang mana di musim Haji ini jatuh pada hari Khamis 26 November, genaplah setahun saya menadah tangan di Arafah, dengan linangan airmata memohon keampunan Ilahi.

Keheningan malam di Muzdalifah dan Mina masih terasa, dan sebak kembali bertakhta di dada bila menghayati saat-saat syahdu mengatur langkah-langkah kecil mengelilingi Kaabah yang suci.

Kalau boleh, diri ini tak mahu lagi mempersiakan sisa-sisa hidup yang sudah menjelang senja ini dengan dosa. Tak kiralah apa jenis dosa sekalipun, apatah lagi dosa besar.

Tapi, saban hari tidak lekang daripada membaca rentetan dan cetusan hati pembicara politik semasa tanahair, baik dari pihak kerajaan maupun pembangkang. Pelbagai isu diperkatakan dan kadangkala bahasa yang digunakan begitu kesat sekali.

Tuduh menuduh, keji mengeji, fitnah memfitnah, maki hamun dan carutan; demi mendokong pegangan politik yang berbeza kita sanggup mencemar maruah diri kita sendiri. Dimana letaknya ketinggian pekerti kita sebagai seorang Muslim?

Pokok pangkalnya saya sekadar membaca; benar atau tidak isi kandung komentar sudah tentu sekali tidak dapat saya pastikan. Andainya fitnah, maka secara tidak langsung terbabitlah saya kerana turut berburuk sangka terhadap sipenama. Inilah dosa kering yang saya maksudkan.

Kenapalah begitu tidak keruan sekali keadaan umat kita sekarang. Bila agaknya kita hendak berbaik-baik sesama kita demi agama, andainya tidak mahu berdamai demi bangsa dan negara?

Adakah politik itu tonggak segala-galanya sehingga kesucian agama tergamak diperlekehkan begitu rupa? Tidak wajarkah kita bersatu demi Ummah? Sesungguhnya, EGO telah meranap dan meruntuhkan akhlak dan aqidah antara kita .....




13 comments:

Al-Manar said...

Hajjah,

Syabas kerana timbulnya pearasaan yang mencerminkan kesederan dan keinsafan. Saya rasa ego, perlumbaan kuasa dan kebendaan menjadi salah satu sebab keadaan yang berlaku. Tiada lagi keinginan mengambil tahu samaada masih adakah diluar sana mereka yang betul betul memerlukan bantuan. Tnggal ‘rhetoric’ sahaja laungan berkhidmat kerana ugama dan bangsa.

Pi Bani said...

Kerana itulah saya menjauhkan diri dari apa-apa saja yang berkaitan dengan politik. Buat kerja senyap-senyap tanpa melibatkan orang politik lebih memberi kepuasan diri...

Matt Kopikarat said...

Salam..inilah detik2 yang dinantikan-nantikan oleh ummat Islam, bertuah kepada sesiapa yang terpilih menjejakkan kaki di bumi ambiya, semoga Kak Puteri terus segar dan boleh mengerjakan haji pada masa-masa akan datang..Insya Allah,
Deen

kay_leeda said...

Kak Puteri,

Disana nanti kita sama sahaja. Apa yang diukur adalah amal kebajikan dan dosa pahala kita. Jika ini menjadi pegangan, InshaAllah, tidak buntu hala tuju.

Memang tak bisa melupakan saat-saat syahdu di Arafah, Muzdalifah dan Mina serta di Mekah dan Madinah. Rindunya hati untuk ke sana lagi....

mawar said...

Hajjah,

Bo lah..dok ballah, dok keras keng....serabut juga dalam pala..kemelut politik masih berlarutan, MCA dengan Tiong Lai dan EGM nya.. yang pemulanya dari Soi Lek ..semuanya kerana kuasa dan habuan kemewahan bukan untuk kesajahteraan atau keadilan....pening pala pula bila kes Dr Asri dan polemik pro Wahabbi dan ASWJ...keliru kita orang awam hilang arah...dan terkini TG Nik Aziz dengan anak menantunya..kesian dan simpati kelurusan dan kejujurannya diambil peluang oleh mereka yang tamak dan terserlah ketidaktentuan pendiriannya dan rupanya beliau manusia biasa tidak maksum...Wallahuwalam. Bo Llah.....tak buat kuzi ke raya ni...

Kama At-Tarawis said...

Al-Manar - indeed, hanya rhetoric semata-mata. If only they practise "less words more work.."

Pi - you hv the right approach. Buat amal dalam diam ni lebih afdaL

Deen - Begitulah hendaknya.

Kay - tiap2 malam kak puteri dok tengok Hajj reports semasa buletin utama tv3, asyik sebak sentiasa..

Mawar - benar sekali. kita yang 'jahil tukil' ni jadi mangsa, keliru berpanjangan..

luahfikiran said...

Salam.
Setuju dgn apa yang hajjah perkatakan. Saya seringkali membangkitkan soal kepentingan ukhwah dan perpaduan ummah dalam blog saya. Sedih melihat ulama bertelagah dengan ulama. Isu kecil menjadi pertelingkahan besar, sementara kemungkaran yang nyata di depan mata dibiarkan. Agama pula diperalatkan dengan hujah-hujah yang disesuaikan untuk tujuan politik.Orang lain buat ada sahaja yang tak kena, tetapi bila sendiri/ kawan buat tak apa, tak menjadi isu. Semuanya kerana politik dan kerana kuasa. Politik yang asalnya bersifat murni dan bertujuan mulia telah menjadi kotor dan menjijikkan. Nampaknya begitu sukar untuk mengharapkan perubahan di luar sana. Dengan itu, kita tumpukan perhatian utama kita untuk membangunkan diri dan keluarga kita selaras dengan tuntutan Allah Yang Maha Berkuasa.InsyaAllah. Amin!

لف توف™ said...

Letak sebelah sat bab "Bo Lah Awe..."
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
MAAP ZAHIR & BATHIN
Kalau ada komen-komen yang tersasaq, mintak maaf 1000 alopogies.

Pak Zawi said...

Kama,
Selamat hari Raya Iduladha. Lupakan sejenak segala sengketa.

Tommy Yewfigure said...

Hi Puteri,

Before I get too carried away, here's wishing u & the family;

"Selamat Hari Raya Haji."

Salam,
Tommy

Kama At-Tarawis said...

LF,lap, Pak Zawi, Tommy - Many happy returns for the day.. selamat hariraya iduladha..

bRAVEhEART said...

Salam Kama, salam perkenalan waktu singgah sejenak diblog ini. Semoga hubungan kita akan terus dan berkekalan ~ bRAVEhEART

Kama At-Tarawis said...

Bh - terima kasih kerana singgah ke rumah kama;)