(gambar hanya sebagai hiasan)
Someone dear sent me an e-mail on the following - found it in my inbox this morning - and I would like to share it with you.
Read it with an open mind. The last thing I want my Muslim lady friends to think is that I'm ramming issues down their throat. I'm not; just sharing, for mutual benefit.
Personally, I find it intriguing enough to reconsider my current way of dressing...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dalil wajib memakai jilbab (in English jilbab means 'overcoat') berdasarkan firman Allah:
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [Al-Ahzab (33):59]
Apakah makna jilbab itu?
Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).
Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki.
Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam i.e pakaian rumah atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya.
Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan (diwajibkan) memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.
Wajib memakai tsaub (pakaian), di samping jilbab
Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya.
Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah:
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka.” [TMQ An-Nur (24):60].
Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub).
Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan.
Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi.
Adapun sifat-sifat jilbab/pakaian wanita adalah sebagai berikut:
1. Menutup seluruh badan, kecuali bahagian yang boleh dibuka.
Allah berfirman:
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"Dan janganlah mereka (wanita-wanita beriman) menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada mereka." [QS. 24:31]
Allah melarang wanita menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak. Tentang perhiasan yang biasa nampak, maka ada dua penafsiran ulama:
a) Pakaian yang dikenakan. Ini pendapat Ibnu Mas’ud.
b) Wajah dan dua telapak tangan. Ini merupakan pendapat sahabat: Aisyah, Ibnu Umar, dan Ibnu Abbas. Juga merupakan pendapat Ibnu Jarir, Al-Baihaqi, Adz-Dzahabi, Al-Qurthubi, Ibnul Qoththon, Al-Albani.
Dan ini pendapat yang lebih kuat, kerana merupakan amal yang berlaku pada banyak wanita di zaman Nabi dan setelahnya. (Jilbab Mar’atil Muslimah, hal: 41, 51, 52, 59).
Dengan demikian wanita muslimah wajib menutupi seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan telapak tangan.
Menutup wajah wanita tidaklah wajib, namun bukanlah perbuatan yang berlebihan, bahkan hal itu merupakan keutamaan, kerana dilakukan oleh isteri-isteri Nabi dan sebahagian sahabat wanita di zaman itu dan setelahnya.
Sheikh Nasaruddin al-bani berkata: "Lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah."
2. Bukan merupakan perhiasan.
Tujuan perintah berjilbab adalah untuk menutupi perhiasan. Kalau jilbab/pakaian itu sendiri dihiasi, dengan renda dan pelbagai aksesori, warna-warni yang menarik pandangan orang, maka ini termasuk “tabarruj” yang terlarang. Allah berfirman:
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
"Dan janganlah para wanita mukminat itu menampakkan perhiasan mereka." [QS. 24:31]
Allah juga berfirman:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُوْلَى
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu tabarruj." [QS. 33:33]
Tabarruj artinya perbuatan wanita yang menampakkan perhiasannya, keindahan-keindahannya, dan segala yang wajib ditutupi, yang berupa perkara-perkara yang mendorong syahwat laki-laki”. (Jilbab Mar’atil Muslimah, hal:120)
Oleh kerana itulah jika keluar rumah, hendaklah wanita memakai pakaian yang berwarna gelap, tidak menyala dan berwarna-warni sehingga akan menarik pandangan orang.
Wallahu'alam.
20 comments:
Satu pengongsian yang baik.. kena baca banyak kali lagi ni baru boleh faham dan sampaikan ke Mok Wang..
Semuga kita di terima sebagai pencari kebenaran
SALAM,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN. AMAT JELAS, IA ADALAH PERINTAH ALLAH. USAH LAGI KITA BERALASAN.
p/s. Menunggu kedatangan hjh n suami. Teringin sgt nak bertemu
wan & LF - saya sentiasa memikirkan, kalau noorkumalasari yg cukup glamour dulupun boleh give up dan berhijrah ke jilbab dan khimar sudah berdekad lamanya, kenapa tidak kita (specifically sayalah) yg tak glamer langsung ni... nothing to lose and everything to gain..
great info. thanks kama.
Thanks for sharing, Puteri. Anything is good for sharing and discussing with an open mind.
thank you for sharing this, sis. Been wearing jilbab/abaya for the pasts 5 years. very comfortable & practical for performing solat.
Kool, Kteh, BeG - tq for such positive response.
apa komen tuan dalam perkara ini, tuan Syed ada buat ulasan dalam blog dia
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/12/aurat-in-quran.html
pohon ulas tuan. sebab confius
dinmai - kak puteri pun confius gak ni..
Why not post a picture (or a few in different poses) of you in one and let your visitors comment? Then you may resolve to change your wardrobe. The world is full of surprises and we are not getting any younger, for sure.
hehehe pakcik, nak tergelaklah pulak baca suggestion pakcik suruh posing2 ni..dokleh eh, kita malu skek..
Untuk ini saya setuju dan tiada yang lain daripada setuju belaka
tertulis dengan sahih
Kak Puteri...right now a lot of ladies yang pakai tudung use a lot of bling...the one I cannot stand are the tudung with shiny beads/detail. Also the decorative dangling ones that hang from the chin...eeek!!!
Menutup wajah wanita tidaklah wajib, namun bukanlah perbuatan yang berlebihan, bahkan hal itu merupakan keutamaan, kerana dilakukan oleh isteri-isteri Nabi dan sebahagian sahabat wanita di zaman itu dan setelahnya.
Sheikh Nasaruddin al-bani berkata: "Lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah."
But why are those observing this practise always looked upon as 'extremist'?
anon - saya juga beranggapan demikian..
aida - accessorising the tudung into a fashionable item dah jadi satu kemestian pulak for some folks.. saya sendiri pun kurang gemar tengok yg dangle kat dagu tu, tapi masing2 punya citarasa lahkan..
alia - i share your sentiment. while i do not hv the inclination towards face cover - only for practical reasons and nothing else really (for self identification, senang nak makan minum dsb..), i feel that purdah is seen more as a custom/tradition of the arabs, thus the unflattering comments. i can understand purdah in the context of desert living..
be that as it may, if it is allowed (walaupun bukan satu kemestian) in islam, and if some muslim women feel comfortable berpurdah besides wanting to follow the tradition of the Prophet's wives, apa salahnya? bukan berdosa ...
setuju 100 peratus! Semoga isteri dan anak perempuan saya juga akan merenungi dalil2 dan akan memahami dengan minda dan hati yang terbuka.
besttttt...jika hanya suami yang melihat wajah isteri! Itu pun waktu di rumah....jika d luar rumah suami pun tak nampak....so jika dah rindu kena lah cepat2 balek ke rumah...hehehe.
ala-ala misteri gitu.
ps: ada pendapat berlainan dari pendapat yang di tulis ini kah Puteri?
LOL Pak Pin... you hv the knack for making me laugh... ceria sungguh yr comment... hehehehe.. seriously, though, ada kebenarannya apa yg Pak Pin katakan..
Salam kak,
I agree with Pak Pin. I wore the niqab during hajj recently. Such a liberating experience, masha Allah!Suddenly you feel protected & men don't bother searching for your face. I would've continue wearing it if work permits such attire..
Kak Putri...thanks. I agree with Brown-eyed Girl. My experience wearing niqab throughout the hajj period was awesome! Kalau dibenarkan memakainya ketika bertugas, pasti saya lakukan..... Insyaallah kita sama-sama ingat mengingatkan.
P/S: We met during Pak Pin's book launching. Saya duduk belakang-belakang...backbencher. Hehe.
BeG & Suria - kak puteri sanjung yg pakai niqab sebab it's not the easiest thing to do...
Post a Comment