Monday, December 19, 2011

Meremang...

Hingga semalam, sudah lama "dia" tidak menonjolkan diri. Saya berkata demikian sebab saya sudah lupa bilakah episod terdahulu.

Termenung saya sejenak untuk mengingatinya. Kalau tidak kerana catatan blog, tak mungkin saya dapat recall 'lawatannya' yang terakhir sebelum ini.

Sebenarnya, sejak kepulangan kami daripada Tanah Suci, "dia" hampir lenyap dari hidup saya. Mungkin sebab saya tidak lagi terbawa-bawa dengan arus hidup penuh kepura-puraan seperti dulu. 

Saya amat arif dengan kehadirannya, walaupun saya tidak begitu pasti "dia" siapa. Setiap kehadirannya akan menderaukan darah saya; cuak ada, seriau pun ada. Yang tiada hanya perasaan takut.

Saya tahu tiada apa yang perlu saya takutkan. Saya terima kehadirannya sebagai makhluk Allah Subhanahu Wata'ala, dengan hati yang terbuka.

Semalam saya sengaja melengahkan solat Zohor walaupun azan sudah lama berkumandang. Kuat betul dorongan syaitan supaya kekal mengadap laptop.

Jam sudah hampir 2.30 petang. Pak Abu sudah lama ke padang golf. Tee-offnya selepas Zohor; sepertimana biasa, beliau solat di surau kelab bersama rakan-rakan yang lain. 

Saya pulak (malu nak admit sebenarnya) masih leka melayan Facebook dan YouTube (sudah tentunya lagu-lagu Mandarin yang amat saya minati).

Mata sudah mulai kuyu, kepala pun dah mula terhangguk-hangguk. Sungguhpun begitu saya sedar solat belum disempurnakan. Tapi amatlah malas nak beransur ke bilik air untuk berwudhuk.

"Isyy, ngantuknya! Tidur dululah sekejap. Dapat satu jam cukuplah. Bangun 3.30, ambik wudhuk, solat, dan tunggu sampai masuk Asar. Amacam? Tak payah wudhuk banyak kali!"

Waah, meriah betul fikiran saya waktu tu. With the benefit of hindsight, saya sedar itulah bisikan syaitan, mungkin untuk mengulit saya ke alam mimpi hingga terlepas Zohor.

Tanpa lengah, saya masuk ke bilik tidur dan melabuhkan badan ke atas tilam empuk sambil mencapai bantal buat dakapan.

Dalam keadaan separa hanyut itu tiba-tiba... ADOI! jerit saya sambil bingkas bangun menggerak-gerakkan kaki. Ada sesuatu telah 'menoreh' tapak kaki kiri saya, seolah-olah dengan kuku yang amat tajam. Perit sekali hingga terhencut-hencut saya dibuatnya.

Saya pandang sekeliling..... sudah tentu tiada apa dan siapa di dalam bilik tidur. Meremang roma saya, perasaan mengantuk terbang entah ke mana. Meluru saya ke bilik air untuk berwudhuk dan mengerjakan solat.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkanlah daku yang sangat lemah ini.."  

10 comments:

Ariffin Mamat said...

Betul kata Puteri...bila 'dia' hadir...tak perlu takut...meremang tu biasa lah...kita ada senjata, kita ada ayat2 Quran!

Sebelum pulang, semasa lawatan terahir saya ke ladang udang...saya di cuit2 untuk bangun dari tidur, saya ingatkan Luqman, sebab jari jemarinya kecil...saya tepis...terdengar pulak hilai seperti geli hati...saya buka mata, baru tersedar saya d ladang, mana kan ada Luqman di situ!

Meremang saya....

'Dia' ada.. lagi kita takut lagi 'dia' akan mengusik...

Ezza said...

Agak nya dia marah sebab akak melewat kan solat tu...

luahfikiran said...

SALAM,
SEMALAM MENANTU PUTERI ... UNTUK BERTEMU DI ALAM REALITI. KEMBALI KPD N3 INI, BAGUS DIBACA DAN DIAMBIL PERINGATAN OLEH KITA SEMUA. KERJA SYAITAN LAKNATULLAH MEMANG BEGITU ... KERJA DIA NAK MEROSAKKAN KITA ... TETAPI TAK MENGAPA ! KITA DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH .... DENGAN SENDIRINYA SYAITAN KALAH ! LF ADA MENULIS BEBERAPA N3 TENTANG SYAITAN LAKNATULLAH INI. LF NAK TEWASKAN DIA SEBERAPA BOLEH !

Cat-from-Sydney said...

Aunty Puteri,
Tapikan baguslah "dia" tu kejutkan dan terperanjatkan supaya cepat solat...Boleh kawan dengan Brad yang macam clock work, mesti kejutkan Mama for solat subuh, or else gigit hidung. purrr....meow!

pakmat said...

..salam lady...hmm..you have an old coot watching over you..like my children...but my children, the ole coot is me...:)..take care..

Cheqna said...

Salam Kak Puteri,

Saya pulak tumpang meremang..ish ish..saya memohon kekuatan drpd Allah SWT dan berlindung dengan-NYA dari segala gangguan yang melalaikan.

Taka care kak.

Anonymous said...

Salaam Kak,
Saya selalu diekori "dia" juga, takut dah tak ada cuma bila "dia" datang, akan rasa meremang, jantung berdebar debar. Yang saya tau, "dia" yang usik saya tu bukan seagama.

Kerananya, waktu solat dia akan berdesir berbunyi di tepi telinga, malam malam buta sekali dia terpacak di hujung katil.

Tapi yang saya tak lupa, bila saya lewatkan bangun subuh, tiba tiba ada pekikan di teling "celakalah kamu wahai manusia"....terus bangkit!. SubhanaAllah, saya hambaNya yang lalai dan cuai. Yang itu saya tau "dia" species lain :).

p/s: hanya orang ada 6th sense tau "siksa" bertemankan "dia". :)

Gina

Just me said...

eeeeeeeeeeeeee.... tatuuutnya! well, not takutlah, but seram!

thanks for sharing, kak puteri *hugs*

jooli said...

Wow, hebat juga si dia.
For me, if I purposely do other things and hope to leave solat to the last minute, I'd normally be forced to miss it. There would always be something that happens: visitors suddenly arrive at the gate (if at home), a phone call from the boss (if at the office)etc.

Chenon Ishak said...

Kenapa "dia" selalu membuat kita merasai kehadhirannya ketika kita bersolat di dini Hari? Sometimes I ask myself why "he/she" dares to disturb us when we are actually worshipping the Almighty .
I have to admit that I am a penakut person ...to the extent that I refuse to go down to the kitchen if no one is downstairs, eventhough the maid's room is by the kitchen...
It seems so illogical that we are being disturbed during our prayer ...is 'he' not scared of his creator? All along I thought my house is haunted but thank you for sharing ....now I know I am not alone ....there are others who have the same experience ...