Thursday, August 25, 2011

Malaysia Yang 'Sakit'

Apala dah jadi dengan keluarga zaman sekarang. Generally speaking, keganasan rumahtangga dan kes-kes jenayah yang melibatkan ahli keluarga semakin menjadi-jadi. Kucar-kacir sungguh.

Saya baru habis menterjemah satu buku agak ilmiah, yang berkisar sekitar keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, dan ketidakprihatinan terhadap orang kurang upaya dan warga tua.

Fakta-fakta yang diberi membuka mata saya seluas-luasnya. Amat menyedihkan. Walaupun saya pernah menjalani hidup sebagai ibu tunggal, keperitan saya tidak sampai ketahap sesetengah wanita yang dikisahkan di dalam buku tersebut.

Sekarang ni, nak baca suratkabar pun dah naik seriau. Kuak aja, terpampang kisah laki terajang bini, bapak tibai anak, atok perkosa cucu. Lagi menggerunkan, kes-kes infanticide (bunuh anak sendiri). Dan macam zaman jahiliah... 

Walau apapun, akhbar tetap saya dampingi sebab akhbar salah satu sumber ilmu. Manusia yang menolak membaca akhbar (arus perdana atau sebaliknya) atas dasar kepartian, adalah manusia yang sempit fikirannya.

Sebagai seorang bekas wartawan, saya amat bersetuju akan penyiaran berita-berita seperti ini, walaupun sesetengah pembaca tidak gemar sensationalism macam ni.

Tapi bagi saya kalau dengan cara highlighting the issues kita dapat mengambil iktibar dan menjadikannya panduan hidup, tiada salahnya. 

Yang jadi masalah ialah tendency orang kita untuk menyembunyikan salahlaku dan pretend all's well in Fool's Paradise. Hidup penuh kepura-puraan. Adalah ini yang kita mahu? 

Masalah sosial yang ada ditambah lagi dengan gejala salahlaku seks di antara remaja, terutamanya seks rambang dan open admission of homosexuality, yang membuak-buak bagai air kumbahan di kolam pembetungan; hitam, putrid, kotor dan menjijikkan.

Betapa banyaknya blog-blog yang mengagungkan gaya hidup gay. Kita yang masih berfikiran tradisional dianggap kolot, tak maju. Bagi mereka, hak untuk menjadi gay/lesbian mengatasi hak Allah swt ke atas kita. Nauzubillah...
  
Semalam terbaca pasal sorang budak pompuan umur 14 tahun yang dengan bangganya mengaku 'aku pernah 'maen' dan memperlekehkan kedaraan, seolah-olah virginity itu satu yang memalukan. 

Tak ubah seperti di Barat, di mana kebanyakan remaja perempuan tidak sabar mahu memerdekakan diri mereka daripada selaput dara, tak kisah sapa yang 'terjah' asalkan tertebuk, sebab remaining a virgin is soooo not cool.  

Juga kisah tragis di mana seorang bapa di Kluang, Johor, menghumban tiga anaknya sendiri (dua perempuan berumur 3 dan 5 tahun dan seorang lelaki 2 tahun) ke dalam kolam, selepas bertelingkah dengan ahli keluarga. Ketiga-tiganya maut lemas.

Semalam jugak TV3 menyiarkan kes seorang bapak baran di Bukit Besi, Terengganu, yang mengelar tengkuk anak dengan parang selepas bertekak dengan bini dalam kereta. Syukur usia sikecil masih panjang.. 

Di Ampangan, Seremban, seorang isteri patah hidung ditumbuk suami kerana  'angin' apabila bini mintak duit nak beli baju raya empat orang anak mereka.

Isteri dapat tahu suami baru dapat bonus, lantas mintak, sebab sebelumnya si suami buat bodo akan permintaan yang sama.

Alangkah malangnya nasib ibu dan anak-anak ini; bukan mintak untuk diri sendiri, atau untuk anak tiri atau anak angkat. Kemanalah perginya syahdu Ramadhan untuk lelaki ini..

Ni belum lagi masuk bab mubaligh Kristian dok cucuk jarum nak murtadkan anak-anak muda Islam yang kebanyakannya memang dah shaky aqidah disebabkan kurang didikan agama.

Sekarangpun dah ada akaun khas di  Facebook untuk Islam yang dah murtad. Bangga sungguh mereka menjadi apostates. 

Ke mana halatuju kita ni?

12 comments:

Anonymous said...

Aku Hensem

Pemikiran policymakers kita banyak yang stagnant. Mereka tidak mempunyai vision yang jelas tentang arah tuju negara dalam menyediakan polisi sosial untuk negara.

Policymakers=Politicians

Cat-from-Sydney said...

Aunty Puteri,
Is this the price we have to pay for "kemajuan"? I'd rather be a cat. Tak sakit kepala. purrrr *giggles*

Kama At-Tarawis said...

AH - I agree with you. politicians yang ada sekarang, from both sides of the divide,semua tak bleh pakai.sometimes i feel so despondent..

cat - betul, hidup senang, makan pun orang bagi. poop pun orang tolong scoop buang. such bliss! LOL

Anonymous said...

dear kama,
saya di antara yang skeptikal apabila terlalu banyak berita sensasi disiarkan di media. pertama kerana saya rasa majoriti pembaca tidak melihat berita tersebut dari sudut positif.... dan keduanya, maaf ini ada kaitan dengan kewartawanan; ialah cara 'highlighting' yang tidak menjurus kepada pengajaran... wartawan mengatakan mereka hanya melapor - tetapi dalam banyak kes panas, pembaca celik dapat melihat bagaimana sesuatu berita itu di sensasikan..
oleh itu timbullah pengakuan berani mati insan-insan daif yang mmg mencari sebab mengharuskan gaya hidup songsang atau pun perlakuan buas mereka tanpa rasa malu dan bersalah...
still kehidupan naif bukanlah tiket selamat dalam dunia sekarang..

sher

Jawa Bernam said...

agak setuju juga. pihak kerajaan dan pembangkang sepatutnya bekerjasama membanteras dan menolong rakyat Malaysia. I'm not a politician person but i'm interested with it. We can see how they adapt certain situation and handle certain issues. But byk politician yang hanya sekadar cakap, no act. kes-kes zaman sekarang bukanlah berpunca dari politician totally but from individu itu sendiri. Apabila hati dah gelap memang tak dapat nak tolong. Cuma kembali semula ke fitrah Allah SWT, kehidupan sebelum pemodenan. tanpa hp,pc,fb, and another media acceses.

Unknown said...

SALAM,
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF MEMAAFKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

AuntieYan said...

Salam Kak Puteri,

Memang benar apa yang Kak Puteri utarakan...naik seram dibuatnya dengan situasi sekarang, tak tahu mana salahnya...Bagi sayalah, pendidikan itu bermula dari rumah, tapi sayangnya ramai yang terjebak bila silap percaturan.
Mungkinkah ini yang dikatakan dunia akhir zaman???

Kama At-Tarawis said...

sher - reporters dont decide how their stories get published. tugas mereka hanya menulis. decision lies in the hands of the bosses. kadangkala news item yg dah ditulis akan diubahsuai penyampaiannya untuk memenuhi citarasa pembaca. let's face it; the common man (read: ppl who buy newspapers, thus customers)suka baca sensationalised stories. itu naluri manusia. unfortunately, it's the same man who will complain about sensationalism. the poor reporters always get whacked one way or the other.. it's a case of shooting the messanger..

wak - kalaulah semua kembalike fitrah Allah swt alangkah baiknya. modernisation tu sebenarnya bagus; Allah tak suruh kita duduk dalam kedaifan ilmu, cuma kita kena buat pertimbangan sendiri - yg baik kita ambik, yg tak elok kita tolak tepi..

LF - saya pun begitu jugak. selamat hariraya maaf dipinta kalau ada salah silap di mana2. saya hantar email kat LF aritu, belum ada jawapan...

Yan - mungkin kerana ramai mak bapak modern yg kurang bagi tekanan agama kepada anak2. pergaulan pulak terlalu bebas. anak2 modern, kalau ditegur cepat melenting, adab sopan dengan orang tua dianggap tak penting. kita dulu nak angkat suara pun tak berani.. la ni anak terajang mak bapak dan jadi satu kebiasaan..

لف توف™ said...
This comment has been removed by the author.
لف توف™ said...

Nak tambah satu.
Mertua yg mengganggu sehingga rumah tangga anak-menantu menjadi kucar kacir.
Apa punya turrrr ¿

AnnoyinglyAnonymous-LemanPulut said...

Kak Kama,

Teringat masa dolu-dolu, cerita pasal Budak-budak melayu ni kat University in US. Satu hari ntah camana discussions dalam lecture theatre menjurus kepada soal virgin tak virgin. Lecturer tanya sapa kat sini masih virgin. None of the Americans, of course, yang angkat tangan. Aleh-aleh sekali tu sorang Mat Melayu ni innocently jerrr angkat tangan ngaku (umur kurang lebih 21, 22 cam tu laaa).

Apa lagi, lecture habis kalu terus kawan ni kene kerumun oleh pompuan Minah Mat Salleh nak ajak berkenalan. Mat ni pulak jenis hensem-hensem sikit lagu tu.

Eyyy bukan Leman yer. Leman tak pernah mempunyai rezqi yang lagu tu. Hahaha.

Ok ni bab hal rezqi pulak yer. Hari-hari akhir puasa lapar ni kepala macam2 cerita pulak.

Ada sorang pemandu teksi kat KL ni. Satu hari kat kedai kopi macam biasa budak2 muda pegilah kerumun kat dia. Maklumlaaa nak dengar cerita-cerita orang yg berpengalaman.

So satu hari Dia ceritalaaa. Dia kene bawak penumpang keluar dari disko pukul 3,4 pagi macam tu laa. So ada sorang jer minah seksi melayu ni naik. Borak punya borak menjerumus laa kepada hal-hal yang sulit.

Tiba-tiba Minah tadi berkata, "Abang, kalau abang nak bawak saya ke rumah abang nak maen (istilah kak kama), bawaklah. Saya rela."

Kat sini pemandu tadi terberhenti dari bercerita, sambil mencapai kotak rokoknya, dan memasang sebatang rokok untuk dihisapnya.

"Habis? Habis? Abang buat tak? Abang terima tak?" Tanya sipendengar-pendengar muda tadi tanpa kesabaran.

"Laa.....", kata Abang pemandu Teksi tu.

"Kalau dah Rezqi depan mata tu, tak kan tak terima kot!"

Heheheh! Rosak betul yer diorang ni. Sampaikan terminologi "Rezqi" yang asalnya suci dari ugama pun disalahgunakan.

Duniaaaaaa dunia.

Leman.

Kama At-Tarawis said...

lap - mertua tak patut campur tangan dalam rumahtangga anak2. unless if asked by the involved parties themselves. ni yg lebih sudu dari mangkuk ni yg buat harunya.

leman - kalau kak kama la, dah orang nak sedekah.. ambik ajer ler..LOL