Friday, August 12, 2011

Kisah Kuih

Bulan Ramadhan banyak kuih. Jenis-jenis yang jarang di dengar pun menjelma. 

Kat bawah ni buah fikiran seorang hamba Allah yang sedang berpuasa dan dok boring tahap gaban.

Selalunya orang boring akan jadi creative.. jadi nikmatilah hasilnya.

 

Kuih KL Gangster, cukup ganas! - Lompat Tikam


Kuih seksi melekit - Puteri Mandi (bukan saya, saya mandi pakai sabun Lux, bukan ayaq gula)

 

One crap of a kuih (tapi sedap banget) - Taik Itik

 

Kuih anak dara Besut (mungkin anak Pakmat Fahmy) - Cek Mek Molek

 

Kuih awet muda (ala-ala maajun Mak Dara)  - Seri Muka


Kuih orang wara' (kegemaran Pak Malim, kucing Ray yang alim) - Kuih Ketayap, juga dikenali sebagai 'Jejaka Malang'... alaahai..



Kuih orang selekeh baru bangun tido dengan rambut kusut masai - Serabai



Kuih penyakit kronik lelaki - Batang Buruk (bulan puasa tak boleh elaborate)



Kuih kaki pukul (orang Nogori saja, sebab orang negeri lain tak kata "lompang". Kat Perak deme kata "penampo" ) - Lompang



Kuih 'zoo special' - Badak Berendam (sila ambil perhatian, gambar kuih yang kat bawah, yang kat atas tu adalah badak sebenar tengah berendam)


Kuih ciptaan abang polis trafik sedang tiup wisel - Sampreeeeet!


Kuih orang malas mandi dan dok berhimpit dalam gerabak LRT sambil angkat lengan pegang strap - Bau lu!


Kuih paling tenteram (sesuai untuk orang berbini ramai macam Saleh Yakob, yang mahu mencari ketenangan jiwa) - Makmur

 

Kuih rumah takder letrik - Tepung Pelita

 

Kuih khas untuk tok peraeh kaya - Jala Mas

 

Kuih untuk orang yang suka bercakap berdegor-degor tak pandang bumi - Kuih (masuk) Bakul (angkat sendiri)

 

Kuih yang saya kenal bila jadi warga Aloq Jangguih, Kedah - Kuih Telinga Hindu (ada orang sebut telinga K, ala Datuk K kot, tapi bekas mak mentua saya very diplomatic, jadi dia kata telinga H).



Kuih untuk orang yang suka lompat-lompat (pagar ker, tali ker, parti ker..) - Cekodok

20 comments:

Unknown said...

hhahahaha LoL...Lebih menarik dan terhibur apabila ada do sertakan gambar2...

My feverit...Puteri Mandi...hahaha~! dan Juga the last one...Cekodok...

ermmm, i hv one more, a-kok! ermmm maybe not so sesuai la kan...untuk di letakkan gambar...ahaks

Kama At-Tarawis said...

lOl pak pin! sebenarnya saya nak satu lagi .. apam balik.. tapi dok belek2 gambar apam balek dengan terbelah dan inti tersembui..isy tak boleh jadi.. satgi habeh pahala posa.. jadi take five dulu.. :D

لف توف™ said...

Kuih Telinga Hindu tu Koi Peniram.

Kama At-Tarawis said...

betui tu lap.. peneram. dan kuih teung pelita tu kalau kat perak depa panggei kuih limas (limaih).

Nawwar said...

haishhh dok meghepet tak habih, pi sambung buat translation tu.. satni nak tidoq pulak

*anak yang suka membebel*

terpaksa la membebel, ibu ku suka melawak. Tapi in real life, tak lawak pon. Garang gilerrrr

Unknown said...

SALAM,
KUIH YG SATU TU, TAK BERANI NAK MAKAN !

Siti Roffini said...

Hilarious. Paling lucu kuih penyakit kronik kaum lelaki!!! Wish I could be as creative when bored.

Anonymous said...

Puteri,

A true journalist you are!

Mula-mula baca saya taklah nak gelak sangat tapi semakin scroll semakin melucukan. Saya tak tahan dan gelak sorang2.

Nawwar,

Auntie pun macam mama you jugak. Auntie sedang bukan buat translation, tapi sedang edit translation.

Once in a while you need the break very badly. Tidak kalu boleh pitam jadinya. Tu yang singgah di blok mama u.

Kenanga

Nawwar said...

A.Kenanga : She's always like this when boredom strikes. Terlampau creative! Yup, sometimes you just have to take a breather from work and put your merapu hat on :)

Mak : Ma, kuih lompng tu bukan kuih kasui ke? I bet you didn't want to put Kasui sbab you can be more 'creative' with lompang kan. ok laa

mekyam said...

brilliant! yg buat mahal, ada illustrations. :DDD

AnnoyinglyAnonymous-LemanPulut said...

Kak Kama,

"Kuih apa menjadi harapan seorang pemimin negara?" - Kuih makmur
"Kuih apa yang disukai oleh budak2 bujang kampung yang gatal?" - Kuih putri mandi
"Kuih apa yang paling tidak boleh dipercayai?" - Kuih talam (dua muka)
"Kuih apa yang orang2 Iraq tersilap order dari Amerika?" - Kuih bom
"Kuih apa yang dicipta oleh Inul Daratista?" - Kuih Goyang
"Kuih apa yang macam tak ikhlaaaas jer?" - Kuih jemput-jemput.
"Kuih apa yang kalau salah eja, gerenti kene ban macam interlok?" - Kuih peria
"Kuih apa yang menjadi pemangkin homoseks?" - Kuih karipap
"Kuih apa yang menjadi kegilaan Marc Anthony dulu?" - Kuih lopes
"Kuih apa yang selalu mintak duit orang atau curi duit orang?" - Kuih pau
"Kuih apa yang menjadi kegemaran Idris dari MAS?" - Roti jala
"Kuih apa yang resipinya sanggup dibayar jutaan dollar oleh Mary Kay?" - Kuih seri muka.
"Kuih apa yang bagus di makan dengan kuih batang buruk?" - Kuih sepit. Tapi macam Kak Kama, jangan tanya banyak2 naa.
"Kuih apa yang boleh di baca saja, tak boleh di makan?" - Pulut. Leman Pulut.

Hehehehe

koolmokcikZ said...

LOL

masa baca ni kat dinding fb tak rasa lucu

bila kama siap kasi gambar dan komen sekali ... jadi lucu sangat

my fav is badak berendam ... the kueh not the nate

mekyam said...

more suggestions:

~ apit2 [gulung = rokok arab | lipat = surat cinta]

~ kasui

~ bingka

~ akak/akok [manis | berlauk]

~ koci

~ lapis

~ cara [manis |pedas | berlauk)

~ cakar ayam

~ sarang burung

~ wajik

~ tok aji serban

~ getas2

~ kepal

and courtesy of Awang Goneng...

~ che abah demang [encik abas demam] :DDD

Kama At-Tarawis said...

WAAA...! leman! kelasss gitewww!

folks, it does lift the gloom of lapaq (sikit2) posa kan..hehehe

rahilah ahmad said...

kelakar giler.....posa2 duk gelak...bravo! siap dgn description lagi...

DrSam said...

sapala yang bagi nama kuih taik itik tu....nasib baik sedap banget :)

Al-Manar said...

Tak nampak 'baik' pun?

jebat said...

Hey Leman,

Ko joint dengan husin lagi bagus .

Selama ni rupanya banyak nama kuih yang aku dah lupa.

Selamat berpuasa.

Anonymous said...

Oh God, you made me laugh so hard... I love the way you write and make things right...

ninotaziz said...

Badak berendam is my favourite, Kak Puteri!