Sunday, August 22, 2010

Isu Khutbah Jumaat

KES memperalatkan agama suci Islam demi politik semakin tenat di negara kita. Saya malaslah nak mengupasnya dengan panjang lebar.

Hati saya memang dah lama terguris, dan sebak saya tidak dapat diluahkan hanya dengan kata-kata di blog. Memadai saya kata bahawa saya sebenarnya amat takut.

Kecut perut memikirkan kemurkaan Ilahi. Apalah agaknya malapetaka yang akan menimpa kita ekoran kerenah umat Islam yang memperlekehkan agama sendiri untuk kutip 'political brownie points.'

Kes terbaru melibatkan khatib Masjid Padang Menora di Pulau Pinang yang dengan sengaja menggugurkan nama Yang DiPertuan Agung dalam doa khutbah Jumaat pada 25 Jun di masjid tersebut.

Bab tak ikut 'prepared text' yang disediakan oleh Majlis Agama Islam tu biasalah. Ikut kalu, tak boleh pulak selit ayat-ayat cinta politik.

Bukan tak tahu, mimbar sesetengah masjid, terutama masjid dikampung-kampung, dah lama jadi 'political platform'. Sekarang masjid bandar pun apa kurangnya.

Kini, di Masjid Padang Menora Pulau Pinang, nama Yang DiPertuan Agung Tuanku Mizan dengan sengaja digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE).

Bagi saya itu satu penghinaan kepada baginda on two counts; sebagai Ketua Agama Islam Negara (subsequently, hina agamalah tu) dan kepada institusi raja-raja.

Yang peliknya, bila isu itu jadi pengetahuan umum, pihak berkenaan menuduh ini semua dakyah UMNO, kononnya kerajaan BN punya fitnah.

Masalahnya, khatib tu sembahyang sorang2 ker? Bukan ker ramai yang berjemaah solat Jumaat? Takkan kesemua jemaah tu berbohong? Kalau nak bohong buat apa puasa dan bersolat?

Alih-alih, khatib tersebut, seorang pengikut tegar Parti PAS bernama Zakaria Ahmad, mengakui dalam satu wawancara dengan akhbar Sinar Harian bahawa dia dah lama berbuat demikian (dah dua tahun katanya).

Tapi bacalah pulak putar alam dia untuk meloloskan diri dari sepitan. Halus licin bak sutera jawapannya; terkedu orang mendengarnya hingga tenggelam motif sebenarnya.

By the way, orang PAS dah lama angkat LGE sebagai Khalifah, menyamakannya dengan Khalifah agung Islam, Umar Abdul Aziz.

Bagi sayalah, walau benci macam mana pun sesama Islam, amat tak patut kita cemari nama negarawan/pahlawan/ilmuan ulung Islam itu dengan mengangkat seorang al-kafirun ke tarafnya.

Bab khutbah ni pulak, di bawah ni saya perturunkan rukun-rukun khutbah sebagaimana yang saya fahami. Terima kasih kepada tuanpunya blog, Pejuang Bangsa, atas penjelasan.

Pengetahuan agama saya daif sekali; tidak setinggi dan sedalam orang PAS yang bijak memetik pelbagai ayat dan hadith. Saya hanyalah hamba Allah yang amat kerdil dan tidak sempurna.

Rukun khutbah yang perlu ada di dalam syarat SAH solat Jumaat ada lima:

1. Puji-pujian kepada Allah Subhanahu Wata'aala

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

3. Berpesan supaya bertaqwa.

4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.

5. Doa kepada orang-orang mukmin pada doa kedua.

Yang jadi musykil sikit pada saya sekarang ialah .... LGE tu tergolong di dalam golongan orang-orang mukmin ker?

Boleh sesiapa jelas secara terperinci apakah ciri-ciri orang mukmin? Kalau LGE tidak termasuk dalam golongan ini, maknanya rukun kelima tidak dipenuhi, menjadikan solat Jumaat itu tidak sah. Ini bukan perkara kecil.

Tuan Guru Nik Aziz pulak bila kena konar dan susah nak explain, terus kata 'itu pendapat peribadi.' Peribadi kot mana tu, Pok Nik? Ni bukan sembahyang sorang-sorang kat rumah; ni solat Jumaat!

Tak aci la response macam tu Pok Nik! Takkan takder fatwa kot? Kan ker Pok Nik suka keluarkan fatwa menghalalkan cara 'at the drop of a hat'?

16 comments:

لف توف™ said...

LGE tu tergolong di dalam golongan orang-orang mukmin pada pandangan PAS.
Islam PAS berbeza.

Unknown said...

we are living under trying times, lady, confusing times..no thanks to the politicians..but I still have faith..that one day all these will pass..what He has planned for us, who knows but Him, but I am sure one day truth will prevail...meantime..teguhkan iman, banyakkan solat dan doa and put our trust in Him..agar kita dilindungi dari KemurkaanNya..

Pak Zawi said...

I don't even know who to trust. The ever scheming Federal government is always trying to wrest those states that they have lost the way they did to Perak. They failed dismally to do the same in Selangor and I doubt you can blame people from believing the same is being done in Penang. Credibility once lost is not easy to regain.

koolmokcik said...

LGE prays to "Allah" doesn't he?

Anonymous said...

dalam politik semuanya boleh. kita tak boleh bayangkan seorang imam mendoakan keselamatan seorang bukan mukmin dan diaminkan oleh ratusan orang. imam dapat tauliah mana? belajar sekolah agama mana?

Anonymous said...

Kak Putri

Putar alam zakaria tu serupa macam brader nuar bin ibrahim the Big Bluffer.Orang Melayu kita lingkup kerana geng haprak ni!


wawa

Typhoon Sue said...

What i heard from someone who actually heard the doa is that, the doa wasn't for LGE as a 'mukmin' or anything of that sort. The rukun as you've mentioned was duly complied with and the doa in question was for LGE to be given petunjuk dan hidayah, so that he embrace Islam.

Nabi Muhammad s.a.w also prayed for some kafir quraisy leaders to be given perunjuk and hidayah, and when the doa was granted, we had saidina abu bakar, a former mortal enemy who bacame his most devoted follower and khalifah.

I haven't actually seen the text of the doa so i can't say who's spinning whose words, but if the doa is just for LGE to be given petunjuk and hidayah, i don't see what's wrong with it. As for the king, in what context was his name usually mentioned? In the same context as doa for LGE or what? If it is for the king to be given petunjuk dan hidayah, then it is already an insult for him.. so i doubt that his name was 'replaced' with LGE as reported. The doa for the king quite possibly was omitted in whole (whether to make way for the doa for LGE or otherwise), which may break rules of the jab.agama, but is not a non-compliance with the rukun.

just my 2 cents. i'm neither here nor there, but i'd like to hear the whole story with full facts, and texts

Red Alfa said...

We shouldn't comment on the isu khutbah Jumaat if we weren't there. Let it be our promise to ourselves this Ramadan not to carry fitnah or be carried away with it!

Ditto with Utusan Malaysia report especially it was reporting comments of somebody who was at the mosque that Friday. The problem with UM is it's got an agenda in Penang, in Selangor and in Kelantan and with that agenda the truth is always the casualty.


But please read at Sakmongkol's http://sakmongkol.blogspot.com/2010/08/what-does-umno-penang-fear.html

Siti Roffini said...

Salam Puteri,
It's a pity that there are still many out there who hate the ruling party, particularly UMNO, so much that nothing will persuade them to come to their senses. So enamoured are they by the smooth talking PAS that they are incapable of distinguishing right from wrong.

Kama At-Tarawis said...

Everyone is entitled to his or her own opinion, Perceptions differ, more often than not depending on one's political alignment and on which side of the fence one is on. Even the ones purportedly neutral have something to say on any given issue.

At the end of the day, it all boils down to dirty politics and even dirtier politicking. No one party can lay claim to anything good at this present moment; whatever their approach - race, religion, nationalism - they all belong in the gutter.

mek tonggek said...

kenapa benci PAS, kenapa suka UMNO?
kenapa suka AGAMA, tapi tak suka QUR'AN?

Kama At-Tarawis said...

mek - suka umno? ya rabbi, dengan umnolah yg saya dok hangat hati sekarang.. i am hoping for a change for the better..

benci pas? perjuangan pas saya tak benci, cuma saya tak suka dengan dolak dalik some of pas punya pemimpin.

suka agama tapi benci quran? LOL.. yang mek pi konar kot ni apehal pulak.. teruklah hang.. kalau saya benci quran saya tak solatla jawabnya.. buat apa solat, kena baca ayat quran.. aparaa...

ninotaziz said...

This is Ramadhan...may you all find peace in this beautiful month.

God, please bless me
Complete me
Lift me up constantly
Improve my station
In this life
Grant me rezeki
Show me the way
Give me health
Forgive me...

For we are weak, my friends
In so many ways

Take a break - watch a movie...
after terawih
I suggest My Name Is Khan

I did...

Kama At-Tarawis said...

hehehe, good one ninot..:-)

Unknown said...

mungkin pak zakaria dah tersilap dlm membacakan khutabahnya.. dia dah buat salah, n kalu dia mintak maaf (dia dah mintak maafkah?) apa akan jadik?? jika dia bertaubat nasuha (hanya allah yg tahu) apa akan jadik?? pandangan masayarakat pula kepadanya sesudah dia mintak maaf dan bertaubat (hanya allah yg tahu taubat seseorg hambaNYA) apa yg akan berlaku??? saya amat tertarik pada APA YG AKAN JADI JIKA... puncanya dah tahu, jalan penyelesaian pulak mcmana?? senario di MALAYSIA hanya cepat tahu punca shj.. penyelesaian HAMPEH.. jika ada solutiion, perlaksanaan pulak HAMPEH.. mcm2 la nie, harap sempat la kita semua MATI DLM IMAN...

p/s: PAS dan UMNO sampai MATI pun tidak akan bergabung jika HASAD DENGKI, IRI HATI, SYAK WASANGKA dan BUSUK PERUT masih lagik berleluasa dlm HATI@ mereka...

p/s2: KEDAH banyak berubah d bwh pemerintahan PAS, puak UMNO bwh exMB kedah yg dulu dah bukak mata bhawa LEADER depa dulu mmg LANUN..

p/s3: PERAK, S'NGOR masih lagik pening2 lalat.. bila la nak settle... waner gamok??

Kama At-Tarawis said...

ultra - dia dah mengakui (masa perjumpaan dengan pejabat agama islam pulau pinang) yg dia tersilap dan berjanji tak akan gunakan khutbah jumaat sedemikian rupa lagi. saya tak ambil pot kalau orang pas nak doakan LGE ker karpal ker, tapi biarlah bertempat. tiap2 kali solat 5 waktu tu, doa ajalah. ni guna mimbar jumaat... itu berbaur politik. kita bukan buta tak memahami tu.

apa akan jadi.. you tak tau saya pun tak tau, Allah aja yang tau. kalau kita sama2 tak tau, kenapa cepat nak kutuk mengutuk? just leave it in HIS hands aja la.

dah tak lalu saya dengan permusuhan PAS/UNMO ni. sama2 ego, perangai taik kucing dua2nya. tu sebab tak boleh capai penyelesaian.

your comment re former kedah state govt pun berbaur politik, panggil ex MB lanun la, apa la.. it shows yr political affiliation. kalu kita sincere, kita tolak tepi semua tu.. kalu azizan bagus dan terbukti, saya pun sokong. sapa tak sokong kalu boleh memperkasakan islam. tapi tengok pada yg ada buat masa ni, PAS tak perkasakan islam pun, lip service aja. habih macam mana? tu saya kata malas nak pikir... politik ni busuk sebusuk-busuknya..