Thursday, March 18, 2010

Ena



Meet Ena, my current competitor for Pak Abu's affection. Patah tumbuh hilang bergantilah katakan. Punyalah laju beli replacement golf bag untuk ganti yang hilang lesap bersama-sama kereta yang kecurian dua minggu lepas.

Agaknya, ditakdirkan saya pergi dulu, entah-entah selaju inilah jugak dia cari pengganti kot. Apa tidaknya, dapat peluang keemasan untuk upgrade ke model yang baru sikit. Apapun, kalau ditakdir macam tu, apo nak dikato eh?

It was a good thing the stolen set was insured. Kalau tidak lagilah semput nak kena keluar fulush beli yang baru. Penyudahnya, Pak Abu cuma guna slightly over RM1,000 duit sendiri; selainnya tu covered by insurance.

Dalam minggu pertama kehilangan golf setnya, Pak Abu macam kucing hilang anak. Duduk bangun semua tak kena. Restless semacam. Mood pulak lebih jo'ong (cloudy) daripada awan musim tengkujuh yang pernah saya lalui zaman dolu-dolu.

Ada sorang mamat suruh dia pi tinjau kat Cash Converter kalau-kalau dah dikorbankan kat situ oleh penyangak terbabit. Maka dengan penuh harapan berangkatlah kami buat intaian kat CC outlet di Taman Megah. Malang sekali takder di sana.

Disebabkan golf ni berhantu, come hell or high water nak kena pi jugak ketuk bola tu, so dia pinjam member punya spare set. Jenuh swing tak menjadi. Maklumlah, barang pinjam. Lagilah mendadak angin puspus. Silap cakap sikit melenting, sentiasa berasap nak meletup macam Pinatubo. Sakit jiwa dibuatnya.

Finally, one day last week, terburailah all the pent-up emotions. Berdentam dentum macam pertunjukan bunga api sambut tahun baru. Nasib baik cepat dapat insurance approval. Kalau tidak, mau aja saya pindah duduk kat budget hotel atau rumah tumpangan mana-mana sementara dia beli set baru. Lotih den!

As for the stolen car, kelibat pun tak nampak. Kami pun dah talqinkan. Peluang dapat balik is as good as nil. Dengar cerita spare parts kereta jenis ni amat laris sekali dipasaran. Kalau jumpa pun, kerangka ajalah kot. Takpalah, dah ditakdirkan rezeki kami setakat itu saja dengan that car.

So now kami berdua berkongsi kereta dengan anak-anak sementara shopping around for a decent secondhand car. Tak guna beli yang baru pun, it's an unnecessary waste of hard-earned money.

Mudah-mudahan by March end, dah ada wheels balik. Seksalah tinggal di bandar dan takder kereta. Patah kaki betul dibuatnya. Kalaulah Kuala Lumpur ni macam London, berselirat dengan tube lines dan bus service yang sungguh reliable, lainlah cerita...

19 comments:

Naz in Norway said...

Tahniah Pak Abu.
Walaupun wujudnya *orang ketiga* dan masa Pak Abu dah berkurangan dengan Mak Abu, Mak Abu sebenarnya harus bersyukur kerana senyum Pak Abu akan semakin lebar mulai dari sekarang ... dan bukan lagi dalam tangisan!

Kama At-Tarawis said...

Naz - sebenarnya mak abu amatlah gembira dia kembali menghayun 'cangkul' sepenuh masa di padang golf, kalau dok depan mata mak abu 24/7, mak abu lemaih!

Pi Bani said...

Haha... boleh terperanjat Kak Ena tengok title posting you ni.

Lain kali kalau ketiadaan golf set, suruhlah Pak Abu pi berkebun mana-mana and hayun a real cangkul! ;)

mamasita said...

Tahniah berkalung2 pada Pak Abu, Mak Abu dan 'Ena'..hehe

Kerana 'Ena'lah, kasihsayang Pak Abu dan Mak Abu sentiasa mekar wangi setiap malam..siang2 Enalah yang kena buat kerja membanting tulang besi, takkira hujan/panas terik!
Tapi waktu malam, Mak Abu jugak yang dipeluk cium sayang.
Nasib badan Mak Abu..untung2!

Pat said...

Hahaha! And you named her, did you - this Ena who's the 'other woman' in your lives?

I have one, too - an 'other woman' - but she's a mermaid. And I haven't named her yet. When the tides are high, there is no keeping my husband from her! I am convinced it is her, and not the fish, who calls to him from the sea each time ;)

Cat-from-Sydney said...

Aunty Puteri,
Please pass this message to Pak Abu: Ena will make a very fine scratching post for Jules and Lillie. So, take good care lest you incur Mak Abu's wrath. teeheehee...
pssstttt...I'm on your side. purrr...meow!

D said...

awwww... I can only imagine the torment you had to bear before the arrival of Ena! ;)

Semoga Ena setia dgn Pak Abu sepertimana setianya Pak Abu dgn Mak Abu! LOL!

Unknown said...

hhahahaha... memula ingat kak ena... rupanya golf set... laa ni kan akak, golf set pun ada nama naaa? mesti lepaih ni Pak Abu akan kata kat akak...

(anggaran dialog jelah ni... Mak Abu... jgn lupa amik Ena dalam kereta tu naaa... elok-elok sikit masa amik kluaq tu... hahahaha)

takpe, yg penting this Ena tak bernyawa.... hahahaha

tireless mom said...

Competitor? Dont worry, you sure win, pants down, oopppss I mean hands down.

Mrs Mahaguru58 said...

Ohhh... I too have 'Ena' that I have to compete with but her name is 'Acer'. Harap akak bersabar ye... senyummm sokmo.

P.S. I read your blog religiously.

Tommy Yewfigure said...

Come on Puteri, admit it that u r very glad too. It must had been a longggg 2 weeks for both of u..wink2.

So Pak Abu must be excited for Tiger Woods come back too I supposed :))

Enjoy ur golfing weekend!

Cheers,
Tommy

Anonymous said...

Pak Abu n Madam,

Need a ride? Call me. The club has my h/p number. It's door to door service...that is why they call me-

Derebar

kay_leeda said...

Sedap nama teman baru *wink* Iyer lah kan dari Pak Abu dok depan serabut semacam, biorrr lah dia sekali-sekali kluar dgn si Ena ni :)

Masa Pak Abu dating dgn Ena, Mak Abu boleh relax kan pala...pi SPA ke, shopping ker.... sementara nunggu di pick up oleh derebar(s) heh..heh.. :)

Unknown said...

..no, lady. Ena was never your competitor..even tho she likes to thing so..:)..for a hundred Enas, no matter the model, will not replaced u..and she knows it..that u r humouring her..and that one day she will ended up as CatinSydney's scratching post..and if takdir happens as you said in your 2nd para..well..he has his golf to keep him busy..:) cheers, lady..

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Teruk jugak penangan golf ni ya..macam rokok jugak bagi ol rascal...saya dah lama terluka dek rokok ni (kalau rokok takda la)muka masam,muncung panjang sejenkal,jangan lah tanya soalan bodoh masa tu..alamat kena dengar radio rosak laa...

amimy01@yahoo.com said...

Salam Kama
Saya ex hantu golferess dan ada dua golf set lama disimpan buat kenangan. Pernah bermain di old course st andrews dan sun city di afrika selatan dan pernah juga main 45 holes sehari, 36 holes sehari pekara biasa!!! Saya sangat faham perasaan pak abu bila tak dapat bergolf walau sehari. Tentu sekarang ia happy dapat candunya balik ha ha ha ...
Amimy

Unknown said...

ehehehe...terhibur Pp membaca kes skendal Ena dgn Pak Abu ini...Silap2 nanti kerana cemburu, Mak Abu pun pi hayun cik Ena jugak ! apamacam??

Pp

Kak Teh said...

puteri, I attempted a few times to comment nut it just disappeared when i press publish. Let's see if this works.

Glad Pak Abu found a new companion to swing around with. Tell him to electronically tag it.

Kama At-Tarawis said...

Naz - contrary to the norm, inilah orang ketiga yang ku nanti2kan..lol

Pi - despite his bucolic background,I dont think he ever angkat cangkul all his life. saya masa budak2 pernah juga tolong my grandma mencangkul buat batas nak tanam pokok bunga.

Mamasita - syukur alhamdulillah dia meraban kat golf course aja.

Pat - ena and that mermaid of yours share a special quality, Pat; they manage to lure our men away from us..(in my case, i'm mighty glad she does..)

Cat - his previous set also served as an occasional scratching post, so was his spare set. there was nothing he could do about it. no amount of admonition worked.

D - in the realm of loyalty, i hv the feeling ena fares better than me because she doesnt talk back.. ena tu "isteri mithali"..LOL

RG - oh, i dont hv the strength to carry Ena, RG! 'Pompuan' tu berat macam besi! (sebab dia besi..lol)

TM - Aha.. you got me there!

MrsM58 - awww, this is so sweet. Welcome to my humble abode, ma'am. Ena says hello to 'Acer'. you know how they are.. birds of a feather do flock together..lol

Tommy - you are absolutely right there. and I am very happy he's back to the course. golfers and smokers sama la.. addicts all.

Derebar - tq for the offer, dear. so far so good, masih ada kids' car to lanyak..lol

Kay - i am happy ena is keeping him company. memang pun whenever he goes golfing i go merayau2 kat One Utama, for two things mostly; ultimate mocha at Coffee Bean (I'm a coffee junkie) and tengok buku at MPH.

Pakmat - when i'm dead and gone, tak kisahla apa dia nak buat kan? kita punya cerita dah tamat..

Ezza - gian golf dengan gian rokok sama..

Amimy - it's not easy to give up golf. wonder how you did it. your game has taken you places lady; how nice!

Pp - when i first married him i took up professional coaching, Pp, kononnya nak join him on the course. tapi tak tahanlah.. the heat alone put me off.

Kak Teh - not sure if they hv electronic tagging at the club. aklau ada, it's definitely worth doing.