Thursday, March 4, 2010

Dungun Di hatiku

Penghujung Mei ini genap tiga tahun Mak kembali ke Rahmatullah. Allahyarhamah Nor Zaleha pergi mengadap Ilahi berikutan kidney failure pada umur 72 tahun, meninggalkan lapan anak, lebih dua puluh cucu dan hampir sepuluh cicit.

Semasa menghadiri majlis reunion bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Besi pada Sabtu lepas, saya bersama adik, Nor Zahana, yang juga alumnae SKBB, meluangkan masa menziarahi pusara Mak dan Bapak di Dungun. Malang sekali kami tak pasti yang mana satu pusara Opah.

Lama betul tak karau air; kat tepi pusara tu ada satu perigi, so kami karaulah air setimba sorang untuk disiram keatas pusara keduanya, disamping mensadaqahkan Al-Fatihah keatas roh mereka. Semoga Allah swt mengasihani mereka dan memberi kelapangan kepada mereka. Amin.

Saya sentiasa berpesan dengan anak-anak: sekembalinya saya ke Rahmatullah, saya mahu pusara saya tanpa adornments (binaan/hiasan). Jangan sekali-kali dibina apa-apa diatasnya. Cukup hanya dua nisan untuk menandakan tempat...


Pantai Dungun yang damai dan hening tapi amat mengguris perasaan. Sayu betul hati semasa berdiri di sini. Pantai ni membawa berbagai kenangan manis; inilah tempat saya menghabiskan masa buat revision dan study sebelum exam, tempat kami girl guides ber'campfire', dan tempat bersantai dengan kawan-kawan sekolah. [masa tu belum ada manmade embankment seperti dalam gambar].

Namun demikian, duka hati ini terubat kerana dapat berjumpa dengan guru-guru yang mendidik saya sejak Darjah Satu (1966). Bayangkan saja, kini usia saya menjangkau 56, dan diketemukan kembali dengan mereka setelah hampir setengah abad tidak bersua. Alhamdulillah, syukur. [Reunion story to come..]

18 comments:

Kak Teh said...

AL Fatehah kepada arwah Mak, Bapak dan Opah.

mamasita said...

A very lovely entry and heart tugging moment of your visit to your parents grave..and Opah's.

Your memory of Pantai Dungun long ago is extremely nostalgic and forever refreshing.

p.s. Thanks, I dah lama tak ziarah kubur my parents. Will jengok soon.
My late father kat Pekan and my late mum kat Bukit Kiara.

NanaDJ said...

Puteri,
Al Fatehah to your parents and grandma.
With such beautiful scenery and memory I don't blame you for feeling so nostalgic. Lucky you.
Alas my JB is no more, all that is left are a few places 'yang masih menggamit memori', but things are not the same any more.

Naz in Norway said...

Salam..
AlFatihah for your parents and Opah.

Fadhil said...

Kak Kama and I now have the same pic of Dungun beach. Tempat saya menikmati kopok lekor dan ikan celup tepung di waktu petang sambil merasa tiupan angin laut...

Kama At-Tarawis said...

Kak Teh & Naz - tk atas keperihatinan.

Mamasita & Nana - tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat bermain..

Oldstock - yes, kat across the road tu ada stall kropok lekor. That day kami balik pun singgah kat situ ...

Unknown said...

..when I read this post, I was glad..to those who have been to Dungun and Kuala Dungun, savoured its beaches and coves, Dungun will always be some place special..inasmuch as you reminisced of your schooldays and your zaman dara..and remembered the loss of your parents..taking in the peace of the grave..set on a lil rise of a sandy, white beach and the ever present breeze from the sea, affirming His greatness, whispering and echoing your Fatihah through the trees..yes, Pakmat can see you there in my mind's eye..and I am glad...for you have set the trauma of the stolen car behind..parents tend to die...and worldly properties are only ours for the duration it is with us..and pakmat talks too much..:) cheers..

Anonymous said...

Madame Kama,

Alfatehah to both your parents and opah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Siapalah kita tanpa mereka.

Berita tentang Dungun memang membawa memori silam. Entah bila boleh pulang kesana. Jika puan dan keluarga datang ke UK, jemput ke rumah saya.

AJ
Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch.

Zendra said...

May their souls be placed among their blessed... Ameen



PS
My first taste of Nasi Kukus was at Dungun :)

Kama At-Tarawis said...

Pakmat - Dungun will always be 'home' no matter how far and how long I've been away. And you know what they say about home being where the heart is; thaT'S so very true..

Anon 10.40 - Thank you for visiting and for yr gracious invite. Insyaallah, if ever we are travelling to UK (and we hope to in the not-too-distant future), we'll let you know.

As for Dungun, the essense of the place remains although there are structural changes here and there. One day you'll come home too, Insyaallah.

Zen - Ameen, Ameen Yarabbil-aalamin. Ah, nasi kukus..yg diletak santan & daun pandan sikit tu wanginya tak terkira..

Pak Zawi said...

Kama,
AlFatehah untuk arwah.
Pak Zawi juga cuma memerlukan dua batu nisan sebagai penanda. Pak Zawi tak dapat fikirkan apa perlu lebih dari itu kerana kawasan kubur adalah hak awam.
It's been ages since I last set foot in Dungun. It had been our regular stop when we were plying the KB-JB and later Kulai route wayback in 1979 and earlier. I guess it is time to revisit Dungun.
Maybe a leisurely car ride next year when Fatthiyah retires from teaching by end of this year. A night stop each in Penarik, Merang, Dungun and Cherating before ending in KL would be nice.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Salam Kak puteri...

Al Fatehah buat mak bapak dan Opah...Orang ganu panggil opah ye!
Pada kami sekeluarga, bulan April ada lah bulan kesedihan...anak dan mak saya pergi dalam bulan April...tapi yang pergi biar lah pergi..Saya ni pun kalau boleh nak pusara yang macam tu jugak..tiada binaan dan cuma ada nisan saja sebagai penanda...
Kubur anak saya pun saya buat macam tu tapi ada orang kata saya ni tak sayang kan anak...entah lah...saya ni cuma ikut apa yang nabi suruh ..itu saja...tapi masyarakat di sini lain....kubur di hias dengan macam macam batu binaan...ada marble..kayu jati dan lain lain..malah ada yang taruk pokok bonsai di atas nya...saya pun tak faham....

Kama At-Tarawis said...

Pak Zawi & Zah - kubur ni setakat tanda. buat apa nak dibuat mahligai diatasnya. itu pendapat sayalah; tak berani lebey-lebey pulak nanti ada yg marah kat saya.. hehe..

Singgahlah kat Dungun Pak Zawi. pantai masih pristine tapi shorelinenya dah berubah sikit disebabkan erosion. dan sekarang ada embankment batu pulak.

Zah - my grandma asalnya dari kuala kangsar, sebab tu kami panggil opah. dia kawin dengan orang kelantan dan bermastautin di pantai timur hingga habis hayatnya.

Wan Sharif said...

Salam,
Having follow your writing since knowing, you are also from Terang Ganu. I am from Pulau Duyong.. Been in Lembah Kelang since 1979..
Appreciate your memory of Dungun.. I am married to Sungai Udang lass in 1991..
Alfatehah to your beloved Mum, Dad and Opah..
Wan M Sharif

Wan Sharif said...

Glad to know somebody who is very passionate about Dungun. I hope to retire in Dungun soon. Hope MB plan on turning Teluk Bidara to tourism spot will not destroy the Area..

Kama At-Tarawis said...

Orebule/Wan Sharif - Salam kembali Orang Ganu! TQ for visiting. Kita antara orang2 'krepok lekor' yg dah lama mencari rezeki di Lembah Klang. Kalau buleh saya pun nak retire di Dungun, tapi apakan daya, the possibility is remote.. terlalu banyak yg perlu diconsider.

Teluk Bidara tu tempat kami berkelah masa saya kecik2 dulu. I still hv some photos yg tok ayah ambik .. the cove and the caves surrounding it were stunning.. i hv not been to teluk bidara since 1964..

Wan Sharif said...

Thank you for your kind reply..
hopeful to gather all Trengganu bloggers one day.. although I am yet to be one..

TATA said...

Kak Put3,

Alfatihah kepada mereka yang telah pergi. TATA pun sudah tidak punya ibubapa dan tok serta tok ki di dungun, hanya ada seorang kakak je kat situ.

Nak ke teluk ddara senang sikit sekarang ni sebab doh ada gertok dari pasar dungun ke seberang pintasang. dok perlu lalu kut jauh doh.

setuju ngan wan sharif, we have to get together one day. Just 4 anok dungun