Friday, October 15, 2010

Siapa Kamu?

Untuk renungan bersama di hari Jumaat:

Siapakah orang yang sibuk? - Mereka yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya? - Mereka yang ditimpa musibah lalu berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" dan berkata lagi "Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? - Mereka yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? - Mereka tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? - Mereka yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? - Mereka yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah paling luas? - Mereka yang mati dengan membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah paling sempit lagi dihimpit? - Mereka yang mati tanpa membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? - Mereka yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah orang yang kedekut? - Mereka yang membiar ilmu ini dan tidak berkongsi dengan orang lain. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

5 comments:

  1. selalunya orang kata, harta tidak akan dibawa ke mati...

    sebenarnya kenyataan itu salah...

    Harta yang diinfaqkan ke jalan kebaikan dan jihadfisabillah akan menjadi pembela, seperti mana surah-surah yang dilazimkan pembacaannya...

    apa pun, terima kasih kerana mengingatkan siapa kita... Insya-Allah semoga jari-jari yang mengetuk aksara dan membentuk bait-bait ayat ini, mengalirkan sama, ilmu pengetahuan yang bermanfaat, sama ada secara sedar, mahupun tidak sedar...

    ReplyDelete
  2. thank you kak puteri. i like this.

    - rina

    ReplyDelete
  3. see Kak Kama... not many who intrested in topics like this... who are we..?

    ReplyDelete
  4. ctw - benar sekali kata2 ctw, bahawa harta yg digunakan kejalan kebaikan akan membela kita di'sana' nanti..

    rina & anon - sama-sama kasih..

    cu - yang penting ianya dibaca dan dihayati bersama, tak gitu..

    ReplyDelete